Thursday, April 26, 2012

Sekali Sekala Glamer...

Credit to Badz.


masuk paper Harian Metro harini... kalau online, boleh baca kat sini.


Bukan nak berbangga ke apa dapat masuk paper, tapi pengalaman yang ditimba sepanjang short trip to Kuala Selangor bulan Mac lepas bersama blogger2 lain macam Devi, Kak Ayu, Kak Ain, Dayat, Dan Arif dan ramai lagi, anjuran Tourism Selangor, memang PRICELESS!! Looking forward to joining this activity again and again....

Monday, April 23, 2012

Won Samsung Galaxy Y From Female Magazine!

Aku ni asyik buat post pasal menang contest je kan, kan..

Nak buat macam mana, itu je yang menarik yang berlaku dalam hidup aku setakat ni.. hahahaha.. tapi, insya Allah dalam masa terdekat, ada la kot citer best2 skit sebab next month nak pergi jalan2. Nak ke mana tu, biarlah rahsia.. hihi.. Macam la korang nak tahu sangat kan..


OK la, nak citer pasal hadiah lagi. Ni kemenangan lama dah dari bulan lepas lagi. Selepas dapat berita gembira menang new toy ni, esoknya atau 2 hari lepas tu, dapat berita gembira lagi menang another smartphone from Samsung. Kemenangan ni adalah yang pertama kali dari Female magazine..




Murah rezeki betul dengan samsung ni. Tapi dua-dua aku tak pakai. Yang pertama tu, dah selamat jual kat cousin, yang ni baru nak war2kan nak jual. Dah ada orang beli pon. Alhamdulillah..jual murah2 je kat adik encik suami. Market price RM499. Aku sendiri pon tak sempat nak tengok. Encik suami pergi collect pastu terus jual . Harap2 lepas ni, ada rezeki yang lain pula.


Saturday, April 21, 2012

Dapat 250 BIG Points...

Tak pernah2 aku menang contest yang meraih like/vote kat facebook, kali ni mungkin dah rezeki aku kot sebab masa aku tgh syok2 layan fb, masa tu dekat2 nak balik kerja dah.. ternampak status kat facebook BIG Shots kena describe BIG dalam 3 words, share status dan sape2 top 3 most liked comment by 8 pm akan menang 250 BIG points.


Alhamdulillah, kalau ada rezeki tak ke mana kan.. Aku terpilih dalam top 3 tu. Thanks kepada yang sudi like comment aku tu.. 



Pada sapa2 yang tak tahu apa BIG points, boleh baca post aku sebelum2 ni...




Yang terbaru, aku ada baca, walaupon tak guna BIG card masa book, korang tetap boleh isi BIG card no korang masa booking flight tu dan masih boleh collect points.. cuma, point tu akan dikreditkan dalam akaun korang bila dah fly. Kalau yang book guna BIG card, diorang akan terus kredit dalam akaun dlm masa beberapa hari je or maybe dalam masa sehari. 


Dan no more processing fee masa guna BIG card ni macam aku kena dulu...


More info, click SINI.


Pasal BIG points yang aku menang tu, tak tahu lagi nak guna untuk apa. Sama ada nak beli tiket flight or mungkin nak book hotel. Kena tunggu sale la kot baru berbaloi2...


Tuesday, April 17, 2012

My First So-Called Canvas Photo



Aku book from Airis Wall Deco. Belum gantung lagi, ahad lepas baru amek...


Dah nak masuk 2 tahun kawen, baru kalut nak tempah canvas photo ni bagai kan. hahaha..


Ini aku beli time promo, RM80 untuk 2 pcs. Dari segi kualiti, personally aku tak puas hati sangat tapi dengan harga yang dibayar, actually agak berbaloi la. Bila tengok dari jauh, cun jugak...


Maybe lepas ni boleh try book kat tempat lain pula. Any suggestion??
Related Posts with Thumbnails