Alhamdulillah, dalam beberapa jam (depends la pada berapa banyak post yang korang delete la) aku dapat hampir semua post2 yang aku delete. Ada yang aku malas nak publish balik post2 aku tu, bukan sebab dah hilang terus. So, sebenarnya memang aku dapat balik semua post2 aku yang aku terdelete tu. Bila ingat2 balik, memang scary la. Macam mana boleh cuai, padahal aku dah cukup berhati-hati masa nak delete tu...
Actually cara nak recover balik ni ada banyak cara (aku baca tapi ada aku tak amek port sebab nak cepat, so aku skip je yang mana aku rasa leceh dan ambil masa yang lama nak buat). Aku jumpa satu cara aku rasa paling cepat, korang tak payah nak karang balik post korang tu, tak payah nak copy-paste, tak payah nak upload balik pic2 yang sepatutnya ada dalam post tu, tak payah nak retrieve balik dalam picasa.
Pertama, aku senaraikan dulu step2 yang korang kena ikut pastu aku baru bagi contoh so korang lagi paham.
1. Cuba recall balik keywords dari deleted posts. contohnya, tajuk post tu ke..
2. Taip keywords tu kat serach engine. Aku guna Google dan cari cached copy dari post yang terdelete tu. Macam aku, aku taip, "movie review: petaibududurian".. Biasanya akan keluar banyak2 post yang korang publish, tak kira dah delete atau belum.. So, kat kat situ boleh pilih..
3. Cuba la view cached post tu..
4. Cari PostID dari page source yang korang dah buka tu. guna ctrl+F kalau nak cari
5. Pergi edit post
6. Replace PostID post yang korang buka tu dengan PostID dari post yang korang delete tu.
7. Lepas replace dan tekan enter, akan keluar balik post yang terdelete tu.
8. Apa lagi, tekan publish la. Tak payah nak edit ke apa, mmg keluar sebijik sejibun. selesai masalah!
Aku memula tak paham jugak baca step ni especially tang post id tu, so sila tengok contoh kat bawah.
Step 1 & 2:
Katalah aku terdelete post '#TSDayOut to Kuala Selangor - Taman Alam Kuala Selangor', So aku pergi Google dan search.
Aku taip "tsdayout; petaibududurian" macam kat bawah. Pandai2 la korang nak letak keyword apa. be creative :)
sila click on the pic untuk lebih jelas.
Step 3 & 4:
View cached post macam pic kat bawah.
sila click on the pic untuk lebih jelas.
Bila source page dah keluar, korang tekan Ctrl + F dan cari "PostId".
Copy PostId (yang dalam kotak merah) tu.
Step 5 & 6 & 7 & 8:
Buka blogger.com korang, pergi ke Dashboard dan tekan Edit Posts untuk buka post editor.
Lepas tu korang akan nampak kat address bar korang something like this,
Pastu korang replace post id yang tu dengan post id yang korang dah copy kat step 4 tu dan tekan Enter.
Korang akan nampak balik post yang korang delete tu.
Apa lagi, tekan publish la.
Post tu akan appear kat blog korang macam asal, sama date dan time, komen2 semua ada balik.
Dah, siap. boleh tido lena...hihi...
credit to http://www.bloggertipsandtricks.com