Aku nak cerita sedikit pengalaman aku pergi buat tuntutan di Tribunal Pengguna. Aku tak pasti la kalau ada cawangan lain (untuk KL) tapi yang aku pergi ni dekat The Mall, tingkat 16. Tuntutan apa yang aku buat tu, biarlah aku rahsiakan atas sebab2 tertentu. Mungkin satu hari nanti, kalau aku ada kekuatan, aku share kat sini.
Sebenarnya, memang dah lama aku nak pergi buat tuntutan. Tapi baru sekarang tergerak hati dan ada kekuatan. Untuk kali ni, aku cerita proses nak menuntut la. Sama ada aku berjaya dapat balik apa yang aku tuntut, akan aku share kemudian.
Ok la, untuk pihak yang ingin mengadu, dipanggil 'penuntut' dan bagi pihak yang dituntut dipanggil 'penentang'. Mungkin tak ramai yang tahu hak kita sebagai pengguna kan. Sekarang aku cerita sikit la dulu dari sudut 'penuntut'. Dan ramai jugak tak tahu yang kita ada badan khas yang murah, cekap dan pantas macam Tribunal Pengguna ni especially untuk kita sebagai pengguna atau pembeli atau pembayar. hehehe.. apa punya term dah aku guna ni...
Untuk mula2 ni, aku kasi contoh2 kes yang boleh buat tuntutan di Tribunal Pengguna ni. Korang baca link aku kasi ni ye. Malas aku nak copy kat sini sebab panjang.
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-119658.html
Ni kira sebahagian dari kes2 yang dituntut la. Kalau nak tahu lagi, korang boleh terjah terus laman web rasmi Tribunal Pengguna untuk tengok jenis2 tuntutan yang boleh korang buat.
http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=50&Itemid=36&lang=bm
Selain tu, korang boleh baca procedure2 lain untuk buat tuntutan kat sini
http://ttpm.kpdnkk.gov.my.
Apa yang aku nak share ni, mengikut pengalaman aku sendiri la. Aku buat cara konvensional iaitu, call dulu Tribunal Pengguna dan terus pergi kaunter untuk isi borang. Tak salah aku boleh isi online tapi leceh sikit la. Bagi aku, dalam kes2 macam ni, kita kena pergi sendiri kat kaunter dia dapat direct information atau call je kalau tak paham apa2. Kalau online ni, kadang2 diorang mungkin terlepas pandang. Dan dari pengalaman aku lepas2 (bukan dengan Tribunal Pengguna la, tapi gov sector), memang hampeh dan lembs..., sorry guys, bukan semua tapi mostly la..
Ok, back to topic.
First thing, korang pergi la amek borang atau download je kat laman web. Aku pergi amek kat kaunter sebab aku banyak nak tanya. Ada macam2 borang, tapi nama borang yang nak menuntut ni, Borang 1. Borang2 lain aku malas cite sebab aku tak tahu pon..hehehe..
Borang 1 ni korang kena isi sebanyak 3 salinan sebab 1 korang akan simpan, satu copy untuk pihak Tribunal dan satu lagi untuk pihak penentang. Dalam borang tu kena isi segala details korang (nama, no ic, alamat, no tel dan no faks) dan juga details penentang (nama/nama syarikat, no ic/no pendaftaran syarikat, alamat, no tel, no faks). Nombor pendaftaran syarikat tak wajib tapi kalau ada better la. Aku tak letak pon sebab tak tahu. Lepas tu korang kena nyatakan berapa jumlah tuntutan dan butir-butir tuntutan.
Yang butir-butir tuntutan tu yang panjang sikit nak karang. Macam aku, aku memang taip dan bagi yang aku print. Aku tak tulis kat borang. Lenguh kot nak tulis sampai 3 copy. So, aku bagitau awal2 ni kat korang, korang taip la siap2 kat rumah segala butir2 tuntutan korang. Nak 2-3 pages pon tak pe. Karang la sesuka hati asal puas hati ;p Aku buat dah macam karangan..hahahaha.. 1 page setengah.
Dan kalau korang ada sebarang bukti contohnya, resit pembayaran, quotation, penyata kad kredit, kontrak perjanjian ke, boleh la dikepilkan sekali tapi ingat kena 3 copy semua. Malah kalau kes seperti tuntutan untuk pusat slimmimg ke, kalau korang ada simpan iklan diorang, boleh bagi juga sebagai bukti. Contohnya, iklan cakap boleh kurus dalam masa seminggu, tapi 3 bulan pon tak kurus2 gak. So, ada unsur2 penipuan kat situ. Korang letak je la iklan tu jadi bukti (kalau simpan lagi la).
Mungkin ada yang tanya setengah kedai tu, siap letak SOLD ITEMS ARE NOT RETURNABLE OR EXCHANGABLE. Tapi untuk pengetahuan korang semua, kita sebagai pengguna, pembeli masih ada hak ok. So, jangan risau. Mungkin certain2 kes berpihak kepada penjual tapi mostly memang berpihak kita, pengguna.
Dah merapu dah aku ke laut. ok, bila korang dah isi semua dan lampirkan segala bukti, korang bagi kat akak kaunter tu.. hehehe.. Dia akan cop tarikh terima segala bagai dan hari tu gak korang akan dapat tarikh untuk 'pendengaran' nanti atau dalam kata lain kena masa court tribunal untuk bersidang la. hahaha.. takut tak..hahaha.. Jangan takut, ni bukan court macam main court tu. tapi still ada 'hakim', penuntut dan penentang. penentang mungkin nak bela diri kan dalam kata lain tak nak bayar jumlah tuntutan yang dituntut tu.
Bila dah dapat tarikh perbicaraan tu, pandai2 la arrange ye. Jangan pula tak pergi. hehehe.. Oh ya, lupa nak bagitahu, kan Borang 1 ada 3 copy kan. Untuk copy pihak penentang tu, korang kena serah kepada pihak penentang sendiri dan dapatkan cop dan tandantangan dari penentang sebagai tanda diorang dah terima borang. Borang diorang tu special sikit ada letak Borang 2. Borang 2 ni akak kaunter bagi lepas aku submit Borang 1. Borang 2 tu untuk pihak penentang nak bela diri la. Untuk serahan kepada pihak penentang tu, tak salah aku ada 3 cara nak serah iaitu.
1. Serah sendiri by hand dan dapatkan tandantangan serta cop penentang.
2. Pos yang ada akuan terima - aku guna cara ni walaupon sebenarnya otw nak balik memang lalu 'tempat' tu. Malas aku nak menghadap muka2 diorang.
3. Kalau korang pergi ke tempat diorang, diorang tak nak terima dan tak nak cop/sign, korang letak je kat situ dan blah. Lepas tu korang kena buat surat pesuruhjaya sumpah cakap yang korang dah hantar tapi diorang tak nak terima.
Semua cara tu ada baik buruk. Macam kes aku ni, aku guna pos kan. So, nanti bila diorang terima diorang kena send balik kad akuan terima tu kat aku. Biasanya amek masa 3-4 hari je. Jangan guna pos laju ke, pos express sebab tak sah. Sebab nanti kad akuan penerima tu la yang korang kena tunjuk kat tok hakim nanti, bukti korang dah send kat diorang. Tapi ada gak kes yang kad tu tak sampai2 balik sebab penerima tak nak send balik. So, memang masalah kena call pihak pos semula dan aku dah tak tahu dah..kena call balik Tribunal Pengguna ni... hehehe...
Aku harap sedikit sebanyak input yang aku share ni dapat jadi rujukan korang.
Dan sekarang aku tengah tunggu hari 'pembicaraan' aku..hehehe.. Pray for me ok. cisss berdebar la plak. hahahaha... nanti aku cerita pengalaman dalam 'court' plak..