Hari rabu biasanya orang buat entry tanpa berkata2. letak gambar je. tapi disebabkan aku rajin singgah blog kawan2 hari ni, aku baca je entri-entri korang tanpa mengomen (sorry guys..), dengan tiba2 terjumpa satu contest yang menarik. hehehe.
syarat-syarat pon boleh dikatakan senang dan enjoy nak ikut. paling utama hadiah dia best. apa dia? ni kat bawah ni..
kasut coach!!! ORIGINAL. warna merah lagi. suka ;)
dan kebetulan yang unexpected, kasut tu saiz 5 dan kaki aku memang saiz 5. *lompat bintang*
Jadi, untuk memenangi kasut coach merah idaman aku (sekian lama) ini, aku kena cerita ceriti dengan korang semua "7 perkara unexpected yang buat saya happy". korang pon mesti ada banyak kisah 'kebetulan' dalam hidup kan. tapi korang baca dulu aku punya..hehehehe.. ada yang kisah benar, dan yang aku merapu meraban..hehehehe.. pandai2 la korang bezakan..hahahaha..
1. masa blogwalking pagi ni mencari contest dan giveaway yang menarik untuk join, terjumpa entri
ini. sangat kebetulan, hadiah dia sangat sesuai dengan aku sebab hadiah kasut coach yang ditawarkan memang untuk insan2 yang size kasutnya 5 seperti aku dan aku memang peminat barang coach. unexpected. suka dan happy 1000x. bukan selalu contest kat blog bagi hadiah best macam ni kan ;p
2. Dalam 20k manusia yang like page toshiba regza dan join kontest (kena buat survey) di toshiba regza malaysia, HANYA aku seorang menang tv lcd dari toshiba. rezeki yang tak disangka-sangka. alhamdulillah. tak sangka aku yang bertuah. ramai kot yang join...
3. Encik somi keluar lepak minum dengan kawan dia tanpa saya. dan balik dengan sebotol perfume idaman aku from Gucci. ingat encik somi pergi minum sahaja rupa pergi shopping sekali ;p dan shopping untuk saya je. nampak sangat awk sayang saya sangat2 kan..lalalalalalalalala... unexpected gift.
4. Dapat hadiah honeymoon ke bali tahun lepas. tak pernah aku terbayang dapat pergi bercuti2 ke bali. dan memang fully sponsor (flight, hotel, dan kemudahan2 lain).. shopping je pakai duit sendiri. aku baru je berangan nak pergi bercuti ke pulau perhentian je, sekali dapat pergi bali..
5. Bila pergi kerja, bos on leave selama seminggu. Syok wooooo ;p sebab tak rasa stress sangat bila buat kerja walaupon kerja berlambak2.
6. Bila dapat call dari Celcom, cakap aku menang contest
Talkathon dapat hadiah RM5000 shopping voucher. aku nak shopping barang rumah dan tentula handbag seketul dua. *berangan je*
cantiknyaaaa madison leather sophia satchel.
boleh sedondon dengan kasut coach tu ;p
7. Bila duit dah 'kering', tetiba ada kawan lama call cakap nak bayar hutang lama. rasa macam rezeki jatuh dari langit.
selamat sudah 7 perkara unexpected yang buat aku happy. sape tak happy kan bila perkara unexpected tu membahagiakan. tapi jangan la kita selalu berharap benda2 macam ni berlaku. yang penting kita usaha dan tawakal kan. kalau kita tak cuba, kita tak tahu hasilnya kan.
so, kalau korang rasa boleh menang kasut coach kat atas tu. jom la join dan sambil-sambil share perkara unexpected yang buat korang happy. tarikh tutup akhir bulan ni, 31 oktober 2011. link contest kat
SINI.
aku tag: kak efa, aed (madi), dan semua kawan yang pakai kasut size 5.