Tuesday, October 11, 2011

Download The Cave Of The Golden Rose

Sapa pernah tengok cerita The Cave Of The Golden Rose dulu, mesti masih ingat 3 watak utama cite tu kan - Fantaghiro, Tarabas dan Ramualdo. Tapi aku paling suka Tarabas. hehehehe..





Sekarang TV9 telah siarkan balik cite ni setiap Ahad pukul 10.00 malam. Setakat hari ni, aku belum tengok satu episod pon. cite ni dah start dari 11 september lepas lagi. jadi, untuk yang terlepas episod2 sebelum ni kat TV9 tu, boleh download kat link kat bawah. aku tahu dari blog Kak Yong.




apalagi, download la cepat ;)


Monday, October 10, 2011

Bini-Biniku Gangster & Baby Girl

Tak tahu aku nak letak tajuk apa. tapi intipati cerita aku nanti memang ada 2 benda tu. hehehehe ;p


Tak tahu nak cite apa seminggu dua ni sebab basically life cycle macam biasa. tak ada yang menarik. i mean cycle yang sama sahaja - pergi kerja, balik kerja, prepare dinner @ dinner kat luar dan tidur. macam tu tiap2 hari. ada la 2,3 kali sebelum balik rumah singgah beli lauk, isi minyak etc. boring kannnn.


weekend pon tak ada aktiviti menarik yang dibuat. mostly banyak lepak kat rumah. rasanya 2 hari memang tak cukup kot nak bersantai2 di rumah. cuma petang semalam keluar sekejap pergi ambik mesin rumput kat rumah cousin di Setia Alam. tapi dah terlekat kat rumah dia tengok Bini-Biniku Gangster. laki aku bukan seronok lagi tengok movie tu. mengilai kih kih kih. amboi awak, ada hati nak tambah 'cawangan' ke.. mula la soalan2 pelik yang ditanya.


Bila tiba time Yana tu cakap dia izinkan Sam kahwin dengan Intan. kan si Yana tu mengalir air mata kan. laki aku tanya, "Pompuan memang macam tu ek, dah bagi tapi still sedih". aku tak tahu nak jawab apa tapi aku paham kot kenapa si Yana menangis masa tu. i just only can't describe the feeling. hanya wanita je kot paham kenapa. it doesn't mean kita tak ikhlas kan tapi lebih kepada redha dan pengorbanan tu aku rasa bukan kecik. Sapa la sanggup bermadu kan kalau tak ada sebab yang munasabah.


Ada la lagi soalan2 laki aku tanya tapi aku banyak jeling je malas nak layan sebab dia bukan serius tanya. gelak je lebihhhh. tapi syok jugak movie ni. aku suka sangat watak Yana. memang lakonan dia menjadi la berbanding dengan si Intan. masa scene2 bergaduh tu pon, aku rasa memang Yana bagus. time gedik2 nga Sam pon memang comel je. Aku nga laki aku pon lebih kurang macam tu la.. wakakakakkk *tipu*


Dan seminggu dua juga, ramai gila my friends yang dapat baby. most of them dapat baby girl. jeles aii tau.

Congrats to Fana, Zarith dan Lya. semua dapat baby girl.



Fana's baby girl, Nurin Balqis. *cilok dari fb fana*


Dan tak lupa kepada emma, congrats dapat baby boy, dah sepasang dah ko..


Tahniah korang. semoga korang akan menjadi ibu yang terbaik. doakan aku agar cepat2 dapat menimang baby macam korang ek. insya Allah.



Wednesday, October 5, 2011

7 Perkara Unexpected Yang Buat Korang Happy ;p

Hari rabu biasanya orang buat entry tanpa berkata2. letak gambar je. tapi disebabkan aku rajin singgah blog kawan2 hari ni, aku baca je entri-entri korang tanpa mengomen (sorry guys..), dengan tiba2 terjumpa satu contest yang menarik. hehehe.


syarat-syarat pon boleh dikatakan senang dan enjoy nak ikut. paling utama hadiah dia best. apa dia? ni kat bawah ni..



kasut coach!!! ORIGINAL. warna merah lagi. suka ;)


dan kebetulan yang unexpected, kasut tu saiz 5 dan kaki aku memang saiz 5. *lompat bintang*


Jadi, untuk memenangi kasut coach merah idaman aku (sekian lama) ini, aku kena cerita ceriti dengan korang semua "7 perkara unexpected yang buat saya happy". korang pon mesti ada banyak kisah 'kebetulan' dalam hidup kan. tapi korang baca dulu aku punya..hehehehe.. ada yang kisah benar, dan yang aku merapu meraban..hehehehe.. pandai2 la korang bezakan..hahahaha.. 


1. masa blogwalking pagi ni mencari contest dan giveaway yang menarik untuk join, terjumpa entri ini. sangat kebetulan, hadiah dia sangat sesuai dengan aku sebab hadiah kasut coach yang ditawarkan memang untuk insan2 yang size kasutnya 5 seperti aku dan aku memang peminat barang coach. unexpected. suka dan happy 1000x. bukan selalu contest kat blog bagi hadiah best macam ni kan ;p 


2. Dalam 20k manusia yang like page toshiba regza dan join kontest (kena buat survey) di toshiba regza malaysia, HANYA aku seorang menang tv lcd dari toshiba. rezeki yang tak disangka-sangka. alhamdulillah. tak sangka aku yang bertuah. ramai kot yang join...


3. Encik somi keluar lepak minum dengan kawan dia tanpa saya. dan balik dengan sebotol perfume idaman aku from Gucci. ingat encik somi pergi minum sahaja rupa pergi shopping sekali ;p dan shopping untuk saya je. nampak sangat awk sayang saya sangat2 kan..lalalalalalalalala... unexpected gift. 


4. Dapat hadiah honeymoon ke bali tahun lepas. tak pernah aku terbayang dapat pergi bercuti2 ke bali. dan memang fully sponsor (flight, hotel, dan kemudahan2 lain).. shopping je pakai duit sendiri. aku baru je berangan nak pergi bercuti ke pulau perhentian je, sekali dapat pergi bali.. 


5. Bila pergi kerja, bos on leave selama seminggu. Syok wooooo ;p sebab tak rasa stress sangat bila buat kerja walaupon kerja berlambak2. 


6. Bila dapat call dari Celcom, cakap aku menang contest Talkathon dapat hadiah RM5000 shopping voucher. aku nak shopping barang rumah dan tentula handbag seketul dua. *berangan je*


cantiknyaaaa madison leather sophia satchel. 
boleh sedondon dengan kasut coach tu ;p


7. Bila duit dah 'kering', tetiba ada kawan lama call cakap nak bayar hutang lama. rasa macam rezeki jatuh dari langit.


selamat sudah 7 perkara unexpected yang buat aku happy. sape tak happy kan bila perkara unexpected tu membahagiakan. tapi jangan la kita selalu berharap benda2 macam ni berlaku. yang penting kita usaha dan tawakal kan. kalau kita tak cuba, kita tak tahu hasilnya kan.


so, kalau korang rasa boleh menang kasut coach kat atas tu. jom la join dan sambil-sambil share perkara unexpected yang buat korang happy. tarikh tutup akhir bulan ni, 31 oktober 2011. link contest kat SINI.


aku tag: kak efa, aed (madi),  dan semua kawan yang pakai kasut size 5. 





Friday, September 30, 2011

MilkADeal: Beli Spa Deal Yang Murah. Sapa Nak Jugak, Jom Laaaa..



memang murah kot ;)  sape2 nak join sekali, boleh klik sini.


Related Posts with Thumbnails