Wednesday, September 21, 2011

Ahli keluarga baru. my niece dan bakal biras ;)

Alhamdulillah, walaupon belum bergelar ibu, 21 September 2011 aku dah bergelar ibu saudara to my niece. anak adik ipar i. welcome baby girl (tak ada nama lagi..hehehe) to this lovely family.




memang semua tunggu kelahiran ni sebab you're a baby girl. kalau baby boy, tunggu gak tapi tak se-excited macam ni. boleh? hahahaha..

oh ya, yang ni pon bakal join keluarga in-law. congrats mimi. nanti ada geng la..


congrats to both of u :) 


Tuesday, September 20, 2011

Langkawi 2011: Medan Selera Nelayan --> Seafood murah lagi lazat.

dah jadi entry berantai pula cerita langkawi aku ni kan. aku saje buat part by part. tak ada berserabut sangat korang nak baca. gambar-gambar pon banyak yang nak diupload. so to be fair, buat banyak2 entry senang kan. tapi dont worry, dah nak habis dah cerita langkawi aku ni. hehehe.


ok, sambung cerita selepas pekena laksa langkawi, kami terus gerak ke pekan Kuah untuk cari coklat seketul dua. aku beli tak banyak pon. daim sepeket besar, 2 ritter sport almond, 1 gold almond, dan 2,3 ketul lagi coklat. pinggan mangkuk semua aku tak beli sebab tak ada dalam budget. hahahaha.. insya Allah, kalau ada rezeki lebih, aku nak datang lagi langkawi untuk aktiviti ke pulau - mangrove tour dan island hopping. dua2 ni aku tak sempat pon nak buat.


penat pusing2 pekan Kuah, kami balik ke bilik untuk rest kejap. tak sempat tidur pon, just letak barang dan salin baju untuk mandi pantai.. hehehehe..syok mandi pantai dah lama tak main air pantai..


akhirnya, dinner di Medan Selera Nelayan. misi nak makan kat sini akhirnya berjaya. kesian first day kami datang sini kedai tutup. so, kali ni lepas maghrib kami terus terjah dan syukur, kedai ni bercahaya.. maknanya kedai tu buka..hehehehe...


cer cer tengok menu kami malam tu.



penuh satu meja. ada sotong goreng tepung, ketam masak sambal telur (terbaik!), ikan geruk bakar dan ulam-ulaman. nasi penuh satu mangkuk. 



cuba tengok tangan bam bam tu..hahahaha..





walaupon weekdays, walaupon tengah bulan plak tu.. org tetap ramai.



silau.



kesayanganku....


kalau sapa-sapa datang ke Langkawi, jangan lupa singgah kat medan selera nelayan ni. seafood memang fresh dan harga pon memang berpatutan.


untuk yang nak datang, boleh rujuk map ni.



sila klik pic untuk penglihatan yang lebih jelas. (kredit to Cik Kaki)


Kedai ni kat Jalan Bukit Malut. dekat dengan Langkawi Golf Club. kalau korang ada GPS, just type Langkawi Golf Club, insya Allah jumpa sebab dekat je dari tu. 


Lepas makan, kami tak terus balik ke bilik tapi pusing2 kat kat kawasan sekitar. konon nak tengok langkawi pada waktu malam. pukul 12 lebih baru balik bilik dan packing apa yang patut. lepas tu tidurrrrr ZzzZZzzzz...


Monday, September 19, 2011

Langkawi 2011: 2nd Day --> Laksa Tepi Airport Langkawi Memang Terbaikkkk!

Aku rasa, tak lengkap kalau ke Pulau Langkawi, tanpa pekena laksa langkawi. laksa langkawi ni adik beradik je dengan laksa utara..hahahaha.. tapi feeling makan kat tempat yang berbeza2 ni lain2 tau.. hahahaha..


so, masa otw balik ke pantai Chenang (note: resort kami di Chenang), kami pon singgah la makan laksa kat lori-lori yang ada di tepi airport Langkawi. tapi dalam pic kat bawah view laut kan. actually, port kami duduk ni ke bawah sikit, kira dekat dengan air laut tu. belakang aku, baru la airport.. hehehehe.. senang cakap pantai ni tepi airport tapi dipisahkan dengan jalan raya. ada paham kaaaa? hehehehe..






aku order laksa, rojak buah dengan air kelapa. RM11 semua. memang sedappp. tak salah aku, sepanjang pantai tepi airport tu ada 3 lori yang jual laksa (mungkin lebih tapi hari tu ada 3 je yang buka ;p).. aku pilih lori yang terakhir dari airport, yang first dari pantai chenang. aku lupa apa nama lori tu...



otw balik, ada kerbau melintas. gemok kerbau ni. memang banyak gila kerbau kat langkawi ni. 

Langkawi 2011: 2nd Day --> Langkawi Cable Car & Oriental Village. Hanging Bridge yang 'Menggayatkan' saya ;p

Actually ni kali kedua aku naik cable car langkawi. yang first dulu tahun 2006, masa ikut rombongan puteri pos (zaman praktikal di pejabat pengurus pos kelantan). aku pon dah ingat2 lupa feeling masa naik cable car time tu. yang aku ingat gayattttttt! hahahaha.


sebelum naik cable car, kami pusing2 dulu dalam oriental village. memang cantik view kat sini. ada macam2 kedai cenderahati, kraftangan. tapi aku hanya beli fridge magnet 3 ketul. RM10.




kesian kami. amek gambar pon asing2 sebab tak ada orang nak mintak tolong snap kan. takpela, asal ada kenangan kan. ni masa mula2 masuk. panas gila. memang cuaca cerah je la hari tu. alhamdulillah.. aku dah terpikir, kalau hujan, memang harapan sahaja la nak berjalan2 atas hanging bridge. sebab setahu aku, kalau hujan memang diorang tutup gate nak ke hanging bridge tu. even, kalau lantai hanging bridge tu basah pon, tak leh berjalan kat situ. kena tunggu betul2 kering.





lepak jap ambil angin.. jenguk2 tengok ikan. memang cantik kat sini. bdak2 mesti seronok tengok mcm2 haiwan ada kat sini. ada rabbit, rusa.. kalau tak silap, encik somi cakap last time dia dtg, siap boleh naik gajah. tapi masa kami cari2, tak ada plak. teringin gak nak naik...hihihi.. kena tunggu pergi krabi la kot encik somi kan kan... bila la agaknya tu ;p







tu semua kedai-kedai jual cenderamata, kraftangan, pakaian dan macam2 la lagi. ada jugak restoran, cafe dan food court. pasal makanan semua memang tak payah risau sebab memang banyak kedai kat situ. 


kalau nak beli fridge magnet, aku rasa kat sini tempat terbaik. banyak choice dan harga berpatutan la. masa aku pergi pekan kuah, brg2 cenderamata tak banyak sangat. harga pon sama. so, kalau datang sini, terus borong la yaaa.. harga makanan pula aku tak pasti mahal ke tak sebab kami tak makan pon kat sini. sebab otw balik nanti, nak singgah makan laksa tepi airport.. orang cakap best. tu cerita next entry ya.





kami hanya berdua je dalam cable car. memang tak ramai orang pon sebab weekdays. mat saleh dengan pak arab ramai la...



boleh nampak waterfall telaga tujuh dari cable car... memang cantik.. 
cuma bila tengok hasil dari kamera cabuk aku, memang la biasa je. 



menuju puncak mat chincang. makin tinggi makin bergetar jiwa ku rasa... hahaha... kat bawah tu memang hutan penuh dengan pokok hutan yang tinggi2 tu.. sayup je rasa.  




hanging bridge tu la yang aku nak naik sangat. hanging bride tu menghubungkan antara 2 puncak gunung, Gunung Mat Chincang dengan Gunung Raya.









ni masa kat middle station. memang view kat sini cantik sangat. korang boleh tengok view pulau dari sekeliling 360 degree. masa aku sampai sini, cuaca panas terik tapi sejuk sebab angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa. seram2 sejuk pon tengok gaung..hahahaha..


the climax of the trip:

HANGING BRIDGE

view memang cantik. subhanallah.


masa jalan atas hanging bridge tu, korang boleh nampak kat bawah melalui celah-celah lantai tu sebab memang lantai dia dia letak jarak2 sikit tapi tak jauh... aku lupa nak snap (apa la ko syima, lantai pon ko nak snap.. hahaha)





perasaan berada di puncak dua gunung, memang tak terkata. ketaqqqq lutut aku berjalan atas ni. tak habis pon jalan.. hahahaha ;p aku rasa masa aku daki gunung kinabalu pon tak dela rasa gayat macam ni. tak gayat langsung kot padahal mendaki tepi lereng gunung lagi.. siap kena pakai tali semua..

masa nak naik ke hanging bridge ni, ada trek sikit, tangga nak kena turun. top station ni atas sikit dari hanging bridge. semput2 aku berjalan. staminat out terus. hahaha..



aku lupa bila aku snap pic ni. sama ada masa kat atas top station atau dari cable car. confius confius. haha..



ni masa dah turun ke base station. lupa nak cerita tadi, masa mula2 masuk dalam cable car kat base station, akan ada orang snap pic kita. so, masa turun ni, pic yang diorang snap tu dah siap print semua. kalau nak beli pon boleh.. tak nak pon tak pe. tak salah aku, RM35. ada satu keping size 4R, 4 keping lagi 1R kot.. aku tak beli pon sebab pic aku tak cantik... wakakakakakakkk..



bye bye langkawi cable car... insya Allah, ada rezeki berjumpa lagi kita.. hehehe..


oh ya, fee nak masuk RM15 sahaja seorang bagi yang ada MYKad. rasanya kalau public holiday, RM30. apa2 korang boleh rujuk kat sini untuk more info. lagi satu, kalau korang nak datang ke cable car ni, make sure korang tak datang pada hari or date yang diaorang tutup for maintenance. kat web tadi korang boleh check date-date yang diorang tutup. kalau tak, memang kempunan la nak naik.. hehehe..


Related Posts with Thumbnails