alhamdulillah, setelah bercuti lebih seminggu di kampung, life back to normal - kerja, kerja dan kerja. punya malas nak pergi kerja padahal aku mula kerja pon hari selesa (6/9). hari isnin tu pon bukan aku buat apa-apa, bermalasan sahaja, tak kemas sangat pon rumah sebab mood ke laut. memang tak ada hati nak kemas baju-baju dalam luggage tu. yang aku rajin, basuh baju dengan jemur. yang lain2 seharian aku layan tv dengan internet. plan nak keluar pergi Giant beli barang basah pon tak jadi - malas punya pasal.
raya tahun ni, sama sahaja macam tahun lepas. persiapan pon ala-kadar. tapi biskut raya dan baju raya ada la. baju raya tahun ni memang menyakitkan hati, malas nak ingat balik. aku dapat baju tu pon, malam raya. nak tahu apa jadi dengan baju tu? besar gedabak!! aku tahu la aku dah mengembang sakan tahun ni, tapi tak ada lagi baju kurung yang lain tak muat.. semua muat lagi, kecuali baju2 kebaya - semuanya macam sarung nangka je aku tengok bila pakai.. muat tu memang muat tapi kalau dah ketat sangat, tak selesa jugak. cuma baju2 dan seluar2 kerja je banyak tak muat.. muahahahahaha.. lepas kahwin ni, aku ala2 baik sikit sebab kalau ketat sikit, memang aku tak pakai. kalau nak pakai apa2 pon, kena dapat approval dulu dari mandur besar. kadang2 kalau dah tak ada sangat baju, aku bantai je pakai, cuma pandai2 la ko sorok apa yang patut ye dokkk..
baju melayu si apiz pon tak siap jugak. aku punya la plan baik punya tahun ni nak sedondon kaler peach pagi2 raya. nampaknya tinggal angan sahaja la. kalau baju tu siap nanti, sedondon di pagi raya haji la. tu pon kalau balik, kalau tak raya je la kat kl ni. kalau pikir rindu kat kampung, kalau boleh tiap2 minggu nak balik kampung, tapi kalau pikir trafik jem, memang malas!
lepas kerja jumaat 26/9 (aku tak kerja sebab mc... hehehehehe), terus aku dan apiz pergi banting amek adik aku yang kerja kat sana. kami sampai banting tepat2 azan maghrib. buka dulu dengan air denga kurma. lepas amek adik aku, singgah kat satu kedai untuk berbuka puasa secara proper. order nasi lemak... memang sedapppp. lain kali datang banting boleh singgah lagi ;p
perjalanan balik ke kampung memang smooth. aku bajet jem la jugak kat MRR2 atau kat tol gombak dan bentong. apa... semuanya smooth dan tak jem langsung. mungkin ramai nak balik hari sabtu. yelah, lepas kerja nak rilek2 dulu atau mana tahu ada yang shopping lagi last minute. harga memang murah la. tapi aku dah tak pikir dah semua tu. aku pikir nak balik kampung je sebab dah lama wooo tak balik.. kali terakhir balik, bulan 3 lepas. lagipon, aku ala2 berharap gak la, kalau bertolak hari jumaat, jalan tak jem. dan alhamdulillah, memang tak jem cuma ada la sesetengah tempat yang jem tapi kejap je la tu pon jem yang boleh dihandle lagi. satu je tempat yang betul2 jem, atas bukit 7 - aku rasa semua yang pernah guna jalan bentong-gua musang tahu kot bukit 7. hanya kat situ jem tu pon sebab ada trailer accident, pi lentang jalan. adoooiiii.. yang lain2 clear. sampai bandar gua musang, isi minyak dan bersahur. lepas tu singgah RNR gua musang, solat subuh terus berdesup bertolak menuju kampung tercintaaaa.
balik kampung ni, sempat la bersahur dan berbuka di dua2 rumah. lagipon, rumah parents masing2 memang dekat. jarak dalam 2 km jeee pon. malam raya, tidur kat rumah parents in law dulu sebab tahun lepas dah giliran rumah aku. sehari sebelum raya, kami dah masak lauk2 untuk di makan pagi raya. serba ringkas je - roti jala dengan gulai ayam dan gulai ikan tongkol. gulai ikan tongkol tu makan nga nasi. ade sambal belacan dengan timun perghhhhh sedap bertambah2. hahahaha...
1 syawal, lebih kurang pukul 12, aku bertolak balik rumah parents aku plak. kebetulan sampai, sedara mara tengah ramai. rumah aku macam biasa, menu wajib, mesti ada sate. tahun ni, ada roti jala dengan gulai ayam. then, yang lain biskut dengan kek sahaja.
raya ni tak sempat sangat pon nak beraya sakan. setakat pergi kenduri kahwin je. tapi tak sempat nak pergi semua sebab raya ke 4 dan ke 5 aku demam. kepada mawaddah dan pie, congrats dear.. semoga perkahwinan kalian berdua diberkati oleh Allah dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
raya ke-5 iaitu hari sabtu kami dah bertolak balik kl. bertolak tengah malam dan tiba pagi ahad dengan selamatnya. petang ahad tu, pergi hantar adik aku kat banting dan singgah beraya kejap umah makcik di shah alam.
sekian kisah raya 2011.
p/s: next week cuti lagi. holidayyyyyyy!!!