Last 5 month aku pernah beli deal
spa dari milkadeal. tapi seminggu sebelum puasa baru sempat nak redeem dengan eena. spa tu kat kota damansara nama eve de beaute. ringkaskan cerita, memang best dan recommended. even, tak de paksa2 amek package ke apa. service pon bagus. aku bajet, dah kami bayar murah so mungkin service pon ala2 kadar tapi tak ok. service memang bagus dan aku memang suka. semua aku suka start dengan massage, scrub dan jacuzzi. message dengan stone memang best. kalau sapa2 pernah bertungku, macam tu rasa, panas2 sedap ;)
cuma ada la sikit2 benda yang aku tak puas hati. macam jacuzzi tu, kalau tengok gambar promotion memang menarik sangat siap ada rose tabur bagai lagi, tapi masa pergi tu, tak ada langsung, malah kena tambah duit rm12 untuk letak susu. aku decline aje, tapi eena beli.
Lagi satu yang menjadi kemusykilan aku, kenapa bila aku baca review dari blog eyriqazz.com, wife dia ada dapat voucher 20% untuk next visit. tapi kami tak dapat pon ;( mana aci kannn... ke ade kriteria2 tertentu nak dapat voucher tu.. aku rasa tak leh la bias kan sebab package ni dibeli dari well-known website macam milkadeal, of course orang akan buat review dan comparison semua, so kalau ada kes-kes macam agak tak sedap didengar kan.
yang lain2 puas hati (at least for me) sebab memang aku rilek sangat masa tu. aku pernah baca review dari blogger lain cakap masa berspa, ada bunyi bising semua sebab sebelah ada renovation. tapi masa aku pergi ok aje. kita tak boleh nak expect lebih-lebih sangat kan sebab bayar murah pon ;p tapi masa aku dan kawan aku pergi tu memang rilek dan worth la for our money.
Ni aku nak share antara package yang menarik masa aku pergi tu:
1. candle massage rm100 for 2 session. yang ni massage sahaja untuk 1 hour/session. candle tu bau wangi gila.
2. package yang sama macam aku amek worth rm168. untuk 3 session. no expired date. aku rasa mmg murah sebab aku pernah try massage kat downtown tu, harga rm50 full body. tapi kat sini tempat mmg selesa plus ko bukan setakat massage, ada scrub dan jacuzzi lagi.
dua tu je aku ingat. yang pasti ada lagi tapi yang dua paling menarik perhatian aku. kalau korang berminat nak tahu, boleh tengok website diorang
http://www.evedebeaute.com.
senang je nak cari spa eve de beaute ni. dari mutiara damansara korang straight je sebelah kanan ikea, cineleiasure, ikano semua... pastu sampai giza sunway, mall baru tu korang belok kanan. area2 situ la.
Address:
2A-2,JLN PJU 5/20D,THE STRAND KOTA DAMANSARA
Operation hours:
Monday – Friday 11 a.m. to 9 p.m.,
Saturday 11 a.m. to 9 p.m.,
Sunday, 11 a.m. to 9 p.m.
Tel No: 03-6142 3392