Sunday, June 5, 2011

KARAK

Dah tengok movie karak tak uols?



* pic from google *


Aku dah tengok semalam dengan encik suamiku yang tercinta ;p


Plan asal nak tengok fast & furious 5 tapi mmg selling fast. weekend plak.. memang laku macam goreng pisang panas la kan. so proceed to second choice which is KARAK. aku agak excited nak tengok sebenarnya tapi dalam masa yang sama, penakut. hehehe.


Aku nak tengok sangat sebab aku ni memang pengguna highway karak. sebelum2 ni, memang aku selalu je dengar cerita2 seram highway karak. so, bila ada movie pasal karak ni, aku agak teruja gak la nak tahu jalan cerita dia macam mana. lebih2 lagi, abang yusri saya yang arahkan..auwww ;p lagi la berkobar2 nak tengok walaupon dalam hati, takutnya. kalau tengok wayang, memang movie hantu adalah last choice aku. hahaha.


so the review are:

1. mula2 cerita ok la. aku dah pernah dengar cerita yang first scene ni. sama sebijik macam aku pernah dengar, di mana si isteri tunggu si suami tak balik2 lepas pergi cari pertolongan. last2 sampai la polis datang baru dia tahu apa terjadi kat suami dia. masa ni aku dah cuak, terkejut2..hahaha.. aku kan penakut cerita hantu ;)

2. pelakon2 dia dah ok. shera dan shahir mmg kira ok la berlakon. tak kaku sangat. kira ok untuk beginner kan. kira lepas ni boleh ambil lagi diorang berlakon. yang si kilafairy tu yang tak tahan. gedik semacam. mungkin skrip dia memang nak jadi macam tu kan. tapi body dia mmg meletupss. hahaha.. pinggang bak kerengga, tetek mantap... hahaha..bibir tak payah cakap la, menjuih jerrr..hehehe.. sorang lagi mamat tu, ok gak la..

3. jalan cerita macam tak best sikit. macam missing something. kira kesinambunagan cerita macam pelik skit. kalau buat drama ok kot cerita ni sebab panjang sikit. idea dah ada cuma nak jalan cerita mcm kelam kabut sikit.

4. teknologi CGI dia memang takleh lawan merong mahawangsa kot. especially yang part shera kat kubur tu. macam kureng skit kan tapi kira boleh dipuji dah utk filem Malaysia kan.

5. tak suka part yang shera peluk shahir lepas diorang selamat tu. tak payah la peluk2 kot. walaupon kalau real pon, agak tak sesuai kan. semua orang tahu reputasi shahir macam mana kan masa belum join AF kan. sekarang ni, drama dan filem melayu dah berani dah buat adegan peluk2 kan. dulu2 masih cover2 lagi. sekarang sesedap biskut cap pingpong je diorang peluk2.. hehehe..

6. part paling tak logik, masa kat toilet, si Jack nak kencing tu... yang dia ditegur oleh hantu perempuan dan budak lelaki tu, nape dia buat Jack macam berkhayal plak.. boleh plak dia berkhayal dan berimaginasi macam tu sedangkan dia tak percaya hantu. aku tak paham. patutnya, dia buat benda tu real la. tapi part paling best mestilah jumpa kereta volkswagen kuning tanpa driver tu. memang citer ni glamer gila kot di kalangan pengguna highway karak.

7. ending macam tak best. patutnya bagitahu la status shera. diorang jumpa ke tak. macam tergantung sikit kan. tapi semua tak sangka ending dia macam tu kan.

8. rate aku 6/10


pendek kata, aku nak cerita ni jadi drama. tak payah sambung jadi karak 2 ke apa yee.. kalau drama rasanya lagi best kot. hehehehe.. suka suki aku je komen macam ni.. hehehe..

Friday, June 3, 2011

Sejuta Belia Di Putrajaya

Korang pergi tak hari belia di Putrajaya last weekend? cerita dah basi pon kan. hari ni baru ada masa nak bercerita. aku memula memang tak plan pon nak pergi sebab malas, panas dan ntah memang malas. tapi since apiz kena tolong kawan bos dia jaga booth Cebe, so aku pon saja la follow. lagipon apiz jaga kejap pon. pergi pon dah lambat, 3.30 kot sampai kat putrajaya.


aku jalan separuh je. banyak gak booth. orang cakap kalau datang hari sabtu lagi meriah sebab PM datang. orang pon ramai dan jalan memang sesak. nasib baik aku tak pergi hari sabtu. hahahaha.. tapi walaupon tak pergi semua, aku tak pulang dengan tangan kosong tau.. hehehe..


 hahahaha..


masa aku tengah jalan tu, ada satu produk sedang buat promosi dengan buat kuiz. kalau jawab dengan betul, dapat hamper. dan masa tu, tak ramai pon orang sebab tu aku join. hehehe.. nama produk tu, softfea. 





ada chandelier tu.... 





















ada pertunjukan payung terjun.. tapi masa aku tengok tu dah nak habis dahh...










sekian sahaja laporan saya untuk hari sejuta belia :)


Tuesday, May 31, 2011

Hilang Handphone, Pastu Jumpa Orang Yang Jujur

Tak tahu nak letak tajuk so bantai aje. dari tajuk tu pon, korang dah boleh agak aku nak cerita pasal apa kan. ending pon mungkin boleh agak kan...hahaha...


Semalam aku ada training kat Shah Alam. training ni ambil masa 2 bulan baru habis. kiranya akhir bulan 7 kot habis. company aku hantar 5 orang semua termasuk aku. semua new staff. belajar mainframe COBOL.


ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal training sebab training tak start lagi.. just sesi ice breaking dan briefing.. aku nak cerita first day aku sampai kat tempat training tu, aku dah hilang handphone. dah la sehari sebelum tu, masa pergi hari belia di putrajaya, handphone aku pon hilang.. tak dapat dikesan. tak tahu letak kat mana. tapi rupa2nya, ada dalam handbag adik aku. kecut perut dah aku takut kena marah kat laki aku. dia memang pantang sikit kalau aku cakap aku hilang handphone sebab memang aku cuai sikit kalau bab2 jaga handphone. handphone je, benda lain tak ada masalah.. hahaha..


panjang lebar la plak mukadimah.. sebenarnya tak tahu nak start cite macam mana. sebab pagi tu masa sampai agak kelam kabut aku cari tempat training tu. aku dah panik mula2 sebab ingat salah tempat.. lepas tanya2 orang rupa2nya dah betul tempat training kat situ. masa tu boleh terlupa plak nak call opismate yang sama training.. entah tak terpikir plak.. hahaha.. aku tanya 3, 4 orang gak.. hampir semua tak tahu tempat aku tanya tu. adoiiii..


aku ingat lagi, aku stop kat satu meja ni, keluarkan alamat pastu cari orang nak tanya tempat aku training tu. mula2 tanya orang yang lalu lalang, tak tahu.. pastu masuk kedai kat area tu tanya abang jual air, dia pon tak tahu. pastu akak yang dok makan kat situ, dia pon tak tahu. last2 aku sendiri nampak tempat tu. bila masuk, aku nampak opismate aku. so, lega laa.. masa tu kat ground floor... tetibe receptionist kat situ suruh naik 4th floor. kami pon naik. masa aku tengah jalan dan tunggu lif tu la aku perasan handphone aku tak ada. aku gali2 lagi tengok kot2 ade terselit ke apa.. memang tak ada. aku dah cuak dah.


aku pesan kat opismate aku suh reserve kan tempat untuk aku dan turun. mula2 aku pergi kat office kat ground floor tu. memang tak ada. pastu, pergi kat kereta aku, tak ada juga ;( berpeluh2 dah aku ke sana sini.. pastu aku jalan balik ikut jalan yang aku mula2 jalan tadi sebelum jumpa tempat training tu. aku tanya je sapa2 yang ada kat situ. oh ya, lupa... masa aku turun lif dari tingkat 4 tadi, aku minta pinjam handphone makcik cleaner tempat training tu, nak try call. bila call, handphone aku off. masuk voice mail bila call.. waaaa.. lagi la aku cuak. ya Allah sedihnya dalam hati..


pastu, masa berjalan cari tu, aku jumpa abang cleaner indon ni. tanya dia ada nampak tak telefon macam ni, macam tu rupanya... bla... bla... abang tu cakap kat mana hilang.. aku cakap tak pasti tapi area2 ni la. tadi saya lalu jalan ni.. huhu... abang tu cakap tak ada. aku pon jalan la. pastu baru 2,3 langkah jalan, abang tu panggil balik. dia cakap handphone apa..aku cakap la handphone apa, ada cover kaler purple.. dia cakap kat aku yang cina eh? errrr.. aku senyap je la sebab handphone aku bukan handphone cina... tapi kalau aku cakap tak, takut dia tak bagi aku tengok, tapi kalau aku cakap handphone cina.. eh mana ada handphone aku handphone ori...hahaha.. tapi aku buat2 tanya benda lain dan tidak menjawab soalan dia sambil2 tu dia jalan ajak aku jumpa kawan dia..sambil tu dia panggil nama kawan dia tu. perempuan.


sampai kat kat kakak tu, kawan abang tadi tu, dia tanya aku dulu. handphone apa. aku pon cakap handphone apa dan cover semua.. dan tibe2 dia keluarkan handphone aku. memang handphone aku. cuba korang bayangkan perasaan aku.. hanya Allah yang tahu (aceceh;p) memang aku ucap terima kasih berkali2.. tak tahu nak macam mana. memang diorang jujur gila. dua2 orang indon. aku pon bagilah sikit saguhati sebab diaorang baik hati dan jujur. tak sangka ada lagi orang jujur macam tu. yelah, kalau diorang tak mengaku pon, tak ada orang tahu kan...


aku memang mula2 tu dah pasrah dah sebab yelah sehari sebelum tu handphone hampir hilang tapi masih ada rezeki. masa tu dah pikir, mungkin handphone ni memang nak hilang.. dah tak ada rezeki kot. tapi alhamdulillah, ada rezeki aku lagi. memang berterima kasih sangat2 kat abang dan kakak indon tu. insya Allah, kalau terjumpa diorang lagi, nak juga ajak belanja makan plak.. lagipon, tiap2 hari aku pergi training sampai akhir bulan julai baru habis..


minta2 lepas ni, aku lebih berhati2. tak nak dah jadi macam ni.huhu.. bukan senang nak dapat balik handphone tu tau.

Sedap Kerrr Macaron Tuuu?

Sekarang kecoh semua dengan kesedapan macaron. ye ke sedap macaron ni? macam pelik je kan nama kuih/biskut/kek ni kan. google bagai... patutla pelik, Perancis maiiii ;)


macaron adalah:

Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white.2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich - credits to cik min



kecik kan macaron ni. actually ada macam2 size, bentuk love pon ada ;)


Aku terjebak nak try macaron ni lepas eena minta tolong aku belikan untuk dia untuk wedding cake. nak guna macaron ni nak deco2 kat kek dia. so, aku terjah cafe whisk kat empire subang. mahal weiii bende alah ni..kecik2 lebih kurang size duit 50 sen tu, rm2 seketul. aku beli setengah dozen untuk aku, untuk eena, aku beli sedozen plus 2 ketul yang besar.


* untuk lebih tumbesaran, sila klik pic *

ni kek yang aku dan emma deco tu guna macaron. 
kek tu eena tempah kat mana ntah.. kat blog tapi aku tak tahu. kalau nak tahu gak, kena aku tanya eena nanti. kat atas sekali, ada 2 macaron besar kaler biru dan pink.. 


Rasa macaron ni... pelbagai.. depends on filling dia apa.. ada macam2 filling ok. so, kalau ada sapa2 nak try macaron ni, boleh pergi empire subang cari cafe whisk. atau korang boleh order di blog cik min.



Related Posts with Thumbnails