weekend lepas boring gila. sabtu ahad laki aku kerja. aku dok umah je layan tv dan internet. tapi petang ahad laki aku dah habis kerja awal so plan dengan lynn (wife kawan aku tapi sekarang dah jadi kawan aku dahhh..hehehe) nak pergi makan2 kat look out point ampang.
aku pernah sampai ke sana sebelum ni cuma tak pernah lagi makan2 kat situ. aku pergi sebab ada team building kat Cope Adventure. bawah sikit dari restoran2 yang ada kat situ je. kalau yang pernah pergi, mesti perasan cope adveture sebelah kiri before nak naik bukit kedua yang nak naik ke atas tu. sebab cope adventure pon atas bukit gak ;) masa dok cope adventure ni mmg best. nanti aku cerita lain la. kang cerita dah bercampur aduk..hehehe... cerita dah basi, dari bulan februari lagi pergi team building.
kat situ aku perasan ada 3 restoran; haven restaurant, look out point restaurant dan panorama restaurant.main dishes kat situ memang western. so korang memang direkemen untuk cuba western food la. aku pilih panorama sebab lynn cakap dia pernah makan kat situ. lagipon, kat area restoran tu ada menara boleh naik tengok view lagi cantik.
haven restaurant. tapi bukan makan kat sini ;)
aku order grill chicken chop sama dengan lynn cuma aku sos black pepper dia mushroom. laki aku order char kueh teow goreng dan pecek (laki lynn) order nasi ayam black pepper. semua sedap. air pon sedap, ice blended strawberry.
strawberry ice blended for me and lynn ;)
my hubby's
rice with black pepper chicken.
mine. grill chicken chop with black pepper sauce
lynn's, grill chicken chop with mushroom sauce
honey chicken wing
cuma tgh2 makan tu, hujan makin lebat dan kilat memang berdentum2.. gerun aku sebab yelah kami kan kat atas bukit, tinggi plak tu. cuak pon ada. dekat2 nak balik tu, hujan dah makin slow cuma kilat ada lagi la. sebelum balik, naik menara kejap bergambar bagai tapi kamera biasa jeee. kualiti gambar pon kureng jee.. hahahaha..
bila dah selesai, turun balik. perut dah kenyang, mata pon makin layu. heheheehee.. insya Allah, lain kali nak pergi lagi. sapa nak ikuttttt?? hehehehe...