Wednesday, April 13, 2011

[Sinopsis] Slot Seram TV3: Mantera Anjasmoro



Kali ni aku nak share sinopsis cerita seram kat TV3 yang selalu aku layan, Mantera Anjasmoro. Selalu laki aku je yang teman aku tengok cerita ni. Pernah sekali tu, dia boleh tertidur masa aku syok layan drama ni. Aku kejut dia berkali-kali gak sebab satu, takut nak tengok.. kedua, aku nak tengok jugak drama ni sebab bagi aku sangat bestttt.


Memang naik menyampah aku dekat si Fauziah Ghous tu, dah la rampas laki orang pastu dia nak bomoh pulak first wife (Eja) sebab nak laki untuk dia sorang jeee.. Tapi lama-lama aku tengok, rasa nak marah juga kat si Eja sebab guna cara kotor nak tambat hati suami dia balik. Entah la, kalau dah sakit hati, hilang segala pertimbangan..Boleh buat manusia lupa diri, lupa Allah.. minta jauh la semua ni dari hidup kita semua. 


Panjang lebar pulak aku mengomel erkkk..hahaha.. Kepada yang tak layan lagi cerita seram ni, jom layan setiap hari Khamis..malam Jumaat tu...hahahaha.. kat TV3, 9.00 malam. Lepas korang layan cerita ni, kan cerita seram kan.. terus masuk tidur, layan suami pulakkk...hahahahahha...


Ni sinopsis cerita Mantera Anjasmoro ni..berbelit2 lidah aku nak menyebut.. ni aku taip balik ambik dari majalah Media Hiburan.. rajin tak aku... hahahahaha..


-------------------------------------------------------------------------------------

SINOPSIS MANTERA ANJASMORO


Sabrina (Eja) dan Zahid (Adi Putra) adalah pasangan suami isteri yang berjaya dalam kerjaya masing2. Malangnya, selepas beberapa tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak dan menjadikan hubungan mereka semakin dingin. Lebih teruk, Sabrina menyedari suaminya, Zahid sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baiknya sendiri, Suria (Fauziah Ghous).


Sabrina sering bermimpi bahawa bayi yang berada di dalam kandungannya diambil oleh seorang wnaita tua yang tidak dikenali. Setiap kali berlaku kejadian tersebut, wanita tua itu akan mengucapkan terima kasih kepada Sabrina di atas korban yang diberikan.


Suatu hari, ketika Sabrina berada seorang diri di dalam tandas pejabatnya, dia didatangi oleh seorang wanita yang bernama Ramona (Raja Norbaizura). Semenjak pandangan pertama lagi, Sabrina berasa terpukau dengan Ramona. Sejak mengenali wanita misteri itu, banyak perkara pelik yang berlaku ke atas Sabrina. Apapun, dia gembira apabila kemudiannya disahkan hamil.


Menyedari perubahan Zahid, Sabrina berjumpa bomoh untuk mengatasi masalahnya. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Suria yang ingin merebut Zahid daripada Sabrina. 


-------------------------------------------------------------------------------------


Nak tahu lebih lanjut, jom layan cerita ni setiap Khamis tau.. hehehehe.. Macam duta TV3 dah aku ni...hahahaha...  Yang penting aku nak tahu sapa sebenarnya Ramona tu dan ending cerita la...hehehehe..



Monday, April 11, 2011

Rezeki Contest Lagi...

Ni aku just nak share (senang nak trace lepas-lepas ni) hasil kemenangan join contest dan giveaway.


1. Menang saguhati Contest PhotoGediks. Boleh tengok result kat sini.


2. Menang eyeliner dari Giveaway Miss Zahidah Birthday. Yang ni just teka birthday Zahidah.




3. Menang beg cute dari Kak Ayu Arjuna untuk teka Kak Ayu di zaman kegemilangan beliau. hehehe.. Hadiah dah sampai. Thanks akak :)


Rasanya ni je kot sampai update ni. Tak banyak pon tapi entry ni special dedication untuk penganjur contest @ giveaway yang aku menang. Walaupon hadiah simple dan comel serta kiut miut, aku tetap happyyyyy..

2nd Batch - GiveAway!

Click banner to join.


Jom join second batch GA yang dianjurkan oleh http://hammieheartshoppe.blogspot.com.



My favourite colour: Purple pink, hijau, coklat dan turquoise.


Tarikh tutup: 16 April 2011

Sunday, April 10, 2011

“APRIL Giveaway”


Click banner to join.


Dah follow 7 blog penaja APRIL Giveaway:




Nak tag:



Giveaway tamat pada 22 April 2011 jam 8 am


Juga ada hadiah misteri untuk Top Referral!


Related Posts with Thumbnails