Kali ni aku nak share sinopsis cerita seram kat TV3 yang selalu aku layan, Mantera Anjasmoro. Selalu laki aku je yang teman aku tengok cerita ni. Pernah sekali tu, dia boleh tertidur masa aku syok layan drama ni. Aku kejut dia berkali-kali gak sebab satu, takut nak tengok.. kedua, aku nak tengok jugak drama ni sebab bagi aku sangat bestttt.
Memang naik menyampah aku dekat si Fauziah Ghous tu, dah la rampas laki orang pastu dia nak bomoh pulak first wife (Eja) sebab nak laki untuk dia sorang jeee.. Tapi lama-lama aku tengok, rasa nak marah juga kat si Eja sebab guna cara kotor nak tambat hati suami dia balik. Entah la, kalau dah sakit hati, hilang segala pertimbangan..Boleh buat manusia lupa diri, lupa Allah.. minta jauh la semua ni dari hidup kita semua.
Panjang lebar pulak aku mengomel erkkk..hahaha.. Kepada yang tak layan lagi cerita seram ni, jom layan setiap hari Khamis..malam Jumaat tu...hahahaha.. kat TV3, 9.00 malam. Lepas korang layan cerita ni, kan cerita seram kan.. terus masuk tidur, layan suami pulakkk...hahahahahha...
Ni sinopsis cerita Mantera Anjasmoro ni..berbelit2 lidah aku nak menyebut.. ni aku taip balik ambik dari majalah Media Hiburan.. rajin tak aku... hahahahaha..
-------------------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS MANTERA ANJASMORO
Sabrina (Eja) dan Zahid (Adi Putra) adalah pasangan suami isteri yang berjaya dalam kerjaya masing2. Malangnya, selepas beberapa tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak dan menjadikan hubungan mereka semakin dingin. Lebih teruk, Sabrina menyedari suaminya, Zahid sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baiknya sendiri, Suria (Fauziah Ghous).
Sabrina sering bermimpi bahawa bayi yang berada di dalam kandungannya diambil oleh seorang wnaita tua yang tidak dikenali. Setiap kali berlaku kejadian tersebut, wanita tua itu akan mengucapkan terima kasih kepada Sabrina di atas korban yang diberikan.
Suatu hari, ketika Sabrina berada seorang diri di dalam tandas pejabatnya, dia didatangi oleh seorang wanita yang bernama Ramona (Raja Norbaizura). Semenjak pandangan pertama lagi, Sabrina berasa terpukau dengan Ramona. Sejak mengenali wanita misteri itu, banyak perkara pelik yang berlaku ke atas Sabrina. Apapun, dia gembira apabila kemudiannya disahkan hamil.
Menyedari perubahan Zahid, Sabrina berjumpa bomoh untuk mengatasi masalahnya. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Suria yang ingin merebut Zahid daripada Sabrina.
-------------------------------------------------------------------------------------
Nak tahu lebih lanjut, jom layan cerita ni setiap Khamis tau.. hehehehe.. Macam duta TV3 dah aku ni...hahahaha... Yang penting aku nak tahu sapa sebenarnya Ramona tu dan ending cerita la...hehehehe..
suka tgk citer ni.walaupun takut nak tgk..hehe
ReplyDelete