Korang pernah layan tak drama bersiri Kemboja Putih tak? Sebenarnya aku jarang layan drama bersiri tambah tambah kalau petang pula kan. Tapi one day tu, aku tak pergi ke mana-mana terlayan la plak drama ni. Best gak cerita ni.. Ketagih la plak nak follow cerita ni tapi memang tak dapat la sebab cerita ni waktu petang. Tapi boleh tengok kat TV online :)
Kemboja Putih ni adalah dalam slot Lagenda di TV3 pukul 4.30 petang bermula 7 Mac 2011.
Sinopsis:
Drama ini mengambil sumber inspirasi dari filem terkenal Thailand, Nang Nak. Memang sedikit sebanyak drama tu ada sedikit persamaan. Drama Kemboja Putih ini mengisahkan tentang seorang suami, Amar (Fauzi Nawawi), yang telah membunuh isterinya, Kemboja (Eira Syazira) gara-gara salah faham mengenai anak yang dikandungkan Kemboja.
Disebabkan Amar berasa serba salah, dia menganggap isterinya masih lagi wujud. Kemboja pula muncul dalam bayangan Amar kerana ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menjatuhkan maruahnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang uniknya, drama seram ni tidak membabitkan dengan kewujudan hantu .
Source: mstar.com
Monday, March 14, 2011
Holiday Love Contest with Dianbizzcorner
Penganjur: Dianbizzcorner & Just's Shoppe
Tarikh Tutup: 31 Mac 2011
Contest Task:
Post an entry with the banner. In your entry, tell me about your dream Holiday not more than 10 words, with a candid picture of your pass holiday with family or loved one.
"My Dream Holiday"
Krabi pilihan kami suami isteri menghilangkan stress, memupuk kasih sayang ;p
Candid pic with hubby.
Pic ni diambil masa bercuti ke Bali tahun lepas. Pengalaman pertama bercuti bersama-sama selepas selamat bergelar suami isteri. Masa ni kami singgah di Turtle Island selepas buat aktiviti 'water sport'. Sempat la pegang-pegang penyu. Tengok muka masing-masing..excitedddd... hehehehe...
2nd and 3rd prize winners will win themselves a Bag organizer sponsored by Just's shoppe.
The Grand Prize is a stay in 2 Room Apartment for 3D2N stay at A- Famosa Resort.
Sunday, March 13, 2011
Tutorial How To Join Heartbeat. Tambah Duit Poket Sambil Berblog.
*** INI ENTRI YANG DITAMPAL DENGAN GAM GAJAH ***
Sila scroll ke bawah untuk entri baru. tq :)
Remember my entry pasal Hearbeat ni awal bulan ni iaitu cara nak tabah duit poket melalui Heartbeat... Masa tu I citer ringkas sangat kan. So kali ni nak share la dengan korang semua macam mana nak join Heartbeat ni dan seterusnya buat duit dengannya. Tak susah pon.. Orang kata, sambil menyelam minum la air tu sekali kan kan..
Terima kasih tu blogger ♥ Anje a.k.a Mama_Balqis sebab sudi bagi I share dengan korang semua pasal macam mana nak join Heartbeat.
So jom tengok tutorial nyaaaa...
1. Mula-mula klik kat sini ---> http://heartbeat.my?rid=5577 OR kat banner kat bawah ni.
2. Klik icon Heartbeat seperti yang dibulatkan di bawah.
3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi semua maklumat yang diperlukan.
4. Masukkan Password Email Address then klik I Agree Heartbeat's Terms of Service then klik continue. (refer gambar bawah)
5. Lepas create account dah selesai, klik JOIN HB!AFFILIATE seperti dalam kotak merah kat bawah.
6. Klik ONLINE APPLICATION (Seperti yang ditunjukkan di bawah). Then, isi semua maklumat yang diperlukan.
7. Masukkan semua maklumat mengenai blog anda. (Seperti contoh di bawah)
8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. Then, klik CONTINUE.
9. Klik MY HB!AFFILIATE untuk mendapatkan code iklan Heartbeat.
10. Klik GET A CODE (Refer gambar bawah).
11. COPY CODE yang anda kehendaki (yang bertanda merah bulat), ada 4 jenis code untuk iklan Heartbeat iaitu yang bentuk HORIZONTAL, SQUARE, VERTICAL dan juga TEXT LINKS (refer gambar yang bertanda kotak merah di bawah).
AFTER THAT, TUTORIAL UNTUK COPY PASTE CODE KE BLOG ANDA.
1. Firstly, go to DESIGN tab.
2. Klik ADD A GADGET.
3. Klik HTML/JAVA SCRIPT then SAVE. Ulang cara yang sama untuk letak ketiga-tiga iklan berkenaan.
4. Akhir sekali, DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang anda kehendaki.
OK, dah siap semua.
Senang je kan nak join dan letak code-code semua. Code tu korang letak ikut kesesuaian dan keselesaan korang ok. Macam I just letak di atas sekali je. Korang boleh jugak letak di side bar, di footer.
Kalau ada kemusykilan atau still yang tak faham, boleh terus direct tanya I ok. Insya Allah, I'll try my best to explain. Kalau ada I tak boleh nak jawab, kawan-kawan lain yang dah join Heartbeat ni boleh tolong.
Nak tahu kisah-kisah kejayan cash out Heartbeat ni? Jom check kat sini:
1. Mama Zharfan - http://www.suzie284.com/2011/01/heartbeat-me-dh-membukit-rm128-jom.html
2. Mama Balqis @ Anje - http://damiaqish.blogspot.com/2011/03/akhirnya-cash-out-hb.html
Oh ya, don't worry status geli-geli anda kat nuffnang takkan bertukar ok.
Selamat menjoinkan diri dengan Heartbeat semua!
SHARING IS CARING!
Friday, March 11, 2011
[Gambar] Tsunami Di Jepun.
Update pic tsunami yang melanda Jepun. Berita hangat today. Setakat ni, 200-300 mayat telah dijumpai tapi jumlah kematian dijangka meningkat.
Ya Allah, minta-minta kita semua dijauhkan dari kecelakaan dan bala bencana. Tak sanggup nak bayangkan kalau tsunami menyerang lagi...
For those yang ada sedara mara di Jepun, semoga semuanya selamat. Amiiinn...
Ya Allah, minta-minta kita semua dijauhkan dari kecelakaan dan bala bencana. Tak sanggup nak bayangkan kalau tsunami menyerang lagi...
Picture: taken from here.
For those yang ada sedara mara di Jepun, semoga semuanya selamat. Amiiinn...
Subscribe to:
Posts (Atom)