Due Date: 24 Dec 2010
First of all, thank you Lisa sudi tag ye.
Suka sangat tengok satu family Lisa pergi bercuti ke Cameron Highland. Dah lama rasanya aku tak pergi Cameron ni. Pernah pergi sekali je kalau tak salah masa time form 5, 8 tahun lepas.. hahaha, bapak lama dah kan. Masa tu ikut rombongan sekolah.
Dalam syarat-syarat Lisa, ada cakap nak minta suggestion tempat-tempat menarik kat Malaysia untuk bercuti kan.
For me, the best place untuk pergi bercuti ialah pulau. Kalau nak tahu, Malaysia memang kaya dengan destinasi-destinasi pulau peranginan. Contohnya, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Lang Tengah, Pulau Kapas, Pulau Sipadan dan banyak lagi tau.
Ini Tioman.
Dalam banyak-banyak pulau di Malaysia ni, aku pernah pergi ke Pulau Langkawi (2006), Pulau Tioman (2008), Pulau Redang (2009). Pulau Bali (2010) pernah pergi jugak, but ni luar Malaysia dahhh.. hehehe. Semua pulau ni memang best Lisa. Tak pasti pula if Lisa pernah pergi semua pulau ni (belum khatam semua entri Lisa lagi..opsss.hehehe).
Ini masa naik feri. Semua muka tak basuh, tak mandi lagi... baru nak sampai pulau.
Paya Beach Resort. Tempat kami stay for 3D2N.
Snorkeling time :)
Tengok muka kami... happy kan.
Macam aku sendiri.. pengalaman ke Pulau Redang dan Pulau Tioman sangat besttt... Masa kat Pulau Tioman, aku belajar aktiviti snorkelling dan terus jatuh hati dengan aktiviti ni. Mula-mula tu, macam kelam kabut jugak, tapi lepas dah tahu cara yang betul nak snorkelling, terus macam tak nak balik..haha. Seronok sangat tengok hidupan laut. Semuanya penuh warna-warni. Nemo pon adaa..
Masa nak balik dari Pulau Redang pula, kami sempat singgah di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Sempat lah shopping sakan kat situ. Banyak tau produk-produk negeri Terengganu kat sini macam kain batik, baju kemeja batik, baju kelawar batik..semua produk batik ada.., kain pelekat Terengganu, kerepok lekor dan banyak la lagi..
Rasanya semua syarat dah dipenuhi. Lisa check ya :) Nanti, jangan lupa pergi bercuti di pulau-pulau kat Malaysia tau...hehehe..