Wednesday, December 8, 2010

GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com


Penganjur: Eyriqazz.com
Due Date: 31 Disember 2010

Tag: 

Madihah - Unintended Life
Lissa - Ceritera Lisa
Kak Kelly - Kelly's Life
Kak Fizah - Life Time Space
Kak Efaa - Life as a woman


************************


Singgah Sebentar di Homestay Haji Dorani,
Dalam Perjalanan Ke Tropicana Medical Centre,
 Kalau Ada Tuah Saya Di Sini,
Bolehlah Dapat Hadiah Free Cash Voucher.


 Kelip-Kelip Di Kampung Kuantan,
Satay Hut Pula Di Tanjung Karang,
Kalau Menang Hadiah Yang Ditawarkan,
Bolehlah Belanja Orang Tersayang.

 
Tahniah Diucapkan Kepada Bro Iman,
Pemenang "Most Interactive Blog" MySelangorStory,
Haven Restaurant Menjadi Idaman,
Untuk Hadiah Birthday Suami.





GIVEAWAY GIFT from CAMERON (G.G.C)



Penganjur: Ceritera Lisa
Due Date: 24 Dec 2010


First of all, thank you Lisa sudi tag ye. 


Suka sangat tengok satu family Lisa pergi bercuti ke Cameron Highland. Dah lama rasanya aku tak pergi Cameron ni. Pernah pergi sekali je kalau tak salah masa time form 5, 8 tahun lepas.. hahaha, bapak lama dah kan. Masa tu ikut rombongan sekolah.


Dalam syarat-syarat Lisa, ada cakap nak minta suggestion tempat-tempat menarik kat Malaysia untuk bercuti kan. 


For me, the best place untuk pergi bercuti ialah pulau. Kalau nak tahu, Malaysia memang kaya dengan destinasi-destinasi pulau peranginan. Contohnya, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Lang Tengah, Pulau Kapas, Pulau Sipadan dan banyak lagi tau.


Ini Tioman.


Dalam banyak-banyak pulau di Malaysia ni, aku pernah pergi ke Pulau Langkawi (2006), Pulau Tioman (2008), Pulau Redang (2009). Pulau Bali (2010) pernah pergi jugak, but ni luar Malaysia dahhh.. hehehe. Semua pulau ni memang best Lisa. Tak pasti pula if Lisa pernah pergi semua pulau ni (belum khatam semua entri Lisa lagi..opsss.hehehe).


Ini masa naik feri. Semua muka tak basuh, tak mandi lagi... baru nak sampai pulau.

 


 Paya Beach Resort. Tempat kami stay for 3D2N.




 

Snorkeling time :)

 Tengok muka kami... happy kan.


Macam aku sendiri.. pengalaman ke Pulau Redang dan Pulau Tioman sangat besttt... Masa kat Pulau Tioman, aku belajar aktiviti snorkelling dan terus jatuh hati dengan aktiviti ni. Mula-mula tu, macam kelam kabut jugak, tapi lepas dah tahu cara yang betul nak snorkelling, terus macam tak nak balik..haha. Seronok sangat tengok hidupan laut. Semuanya penuh warna-warni. Nemo pon adaa..





Redang 2009


Masa nak balik dari Pulau Redang pula,  kami sempat singgah di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Sempat lah shopping sakan kat situ. Banyak tau produk-produk negeri Terengganu kat sini macam kain batik, baju kemeja batik, baju kelawar batik..semua produk batik ada.., kain pelekat Terengganu, kerepok lekor dan banyak la lagi..


 Pic credits: google.com
Rasanya semua syarat dah dipenuhi. Lisa check ya :) Nanti, jangan lupa pergi bercuti di pulau-pulau kat Malaysia tau...hehehe..


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H



Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua muslimin dan muslimat. Ini adalah tahun baru kita semua orang Islam. So, apa azam tahun baru anda semua?


Cakap pasal azam tahun baru, aku percaya semua orang ada banyak azam dan matlamat yang nak dicapai kan? Banyak gila rasanya impian dan visi misi yang ingin dikerjakan supaya menjadi kenyataan.


Bagi aku, tahun baru ini disambut dengan penuh rasa syukur sangat. Banyak gila peristiwa-peristiwa penting yang berlaku tahun lepas. Ini mungkin aku akan share dalam entri lain sebab kali ni aku nak share pasal peristiwa di sebalik Maal Hijrah ini dan bagaimana tahun Islam bermula.



*************************************

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
 
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan & rahmat kerana bermula dari bulan ini berlakunya segala kejadian alam ini dan merupakan bulan yang penuh sejarah, dimana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah ke-pada makhluk-nya.


Pada bulan ini juga,Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-Nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya.Se- bagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mepersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi mem-balas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw : "Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."


Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa.Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada ke- luarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.Terdapat juga sebuah hadis me riwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini.Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam,hari itulah,Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan kehormatan iaitu :

  1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah,maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah,Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s. 
  2. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut.Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi.Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat & dipilih oleh Allah.Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yg engkar pada Nabi Nuh a.s.
  3. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah ) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud.Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
  4. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang.Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati,maka Allah turunkan 2 malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu.Maka sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah.Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
  5. Pada 10 Muharam ini, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza.Ini merupakan 1 penghormatan ke pada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
  6. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yg dapat men jadi ular besar yang memakan semua ular-ular, ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya.Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah.Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s.
  7. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka.10 Muharam,merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dgn mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
  8. Allah telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya.Pada 10 Muharam,Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun & mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
  9. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya".


Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat dituntut.Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan.Oleh kerana takut memberatkan umatnya,maka hukumnya  sunat.


Sumber: klik sini

Sunday, December 5, 2010

Fly to New Zealand




Air Asia has annouched that they are going to fly to New Zealand next year!


If you are planning your holidays ahead, book your New Zealand tickets now as the booking already started from 3rd Dec 2010 to 5th Dec 2010 for the travel period between April 1 and Nov 10 next year. The deal just starting from only RM199. What a great deal!


Awesome, right? I've never been to New Zealand. This might be the best vacation for me after a great year of 2010 (haha..berangan).




Xperience New Zealand 2011


Promotional seats are available online via www.airasia.com


Related Posts with Thumbnails