Tuesday, October 19, 2010

Minyak Wangi Harum Semerbak. Nak 5 Boleh???

Since dua tiga menjak asyik berangan je kerja so apa kata kita teruskan aje dan layankan aje perasaan aku yang suka berangan ni.

Jom layan....

pasal waiting list me for perfume....

Siap ada waiting list. Actually more to wish list.

Masa kahwin dulu, encik suami bagi ni as my hantaran. Of cos me pilih sendiri ya.

Lola by Marc Jacobs.

Memang suka gila sebab bau best, botol pon super cantiksss.

Masa tengah-tengah pilih perfume untuk encik suami kat Robinsons The Gardens, Aku ada try perfume ni. Sangat GORGEOUS bau dia okay. It'd be my next perfume kot..*wink*wink* 

Rose The One by Dolce & Gabbana.


Ni pulak senarai angau-angau. Tak dapat pon tak pe, kalau dapat lagi syokkk..

Forever by Mariah Carey


Kan best kalau aku ada satu almari penuh dengan perfume macam kat bawah ni...


Saturday, October 16, 2010

Xcess Book Store @ Amcorp Mall

Korang suka baca buku atau novel omputih tak?....

Aku suka tapi jarang aku habiskan satu buku. Hahahaha. Kalau bagi magazine kat aku, berapa banyak pon aku memang leh habiskan..

Ni nak share-share la kat sapa-sapa yang memang hantu novel atau buku English, aku ada terjumpa satu kedai buku yang sangat best, murah lagi besarrrr...

Kedai buku ni nama Kedai Buku Xcess. Kedai ni letaknya tingkat paling atas kat Amcorp Mall, Petaling Jaya.


Yang best sangat-sangat kedai buku ni ialah buku-buku dia memang murah. Korang bayangkan buku-buku macam Sophie Kinselle – Shopaholic bagai tu semuanya RM17.90.. 

Aku ada beli buku P.S I Love You, harga RM17.90 aje. Kalau kat Popular, takkan dapat harga tu. Aku siap masuk Popular nak compare harga. Kat Popular harga Rm31.90. Beza banyak tu korang kan. Dekat separuh dahhh.. Tak caya? Cuba tengok bawah.. Tak tipu daaa


 Ini gambar cilok dari sini. Cuba korang pikir, buku Dan Brown ni dari harga Rm35.90 dah jadi RM9.90... Tu siap ada 2,3 buku Dan Brown.. So, boleh angkut semua buat koleksi.


Macam-macam genre buku ada kat situ macam kedai-kedai buku lain cuma semua buku in English okay. Jangan ngado-ngado nak cari novel Alaf 21 kat sini. Genre komedi, romance, parenting, biografi semua bagai ada. Untuk kids pon ada. Kepada parents semua datang sini memang berbaloii... berbaloi-baloiii cakap Celcom kepada saya... hehe.. Kasi promote free dah aku ni... Aku sakit hati tengok harga-harga buku kat situ murah sangat...

Lagi gambar aku amek sendiri...






Kalau masih tak percaya, boleh pergi sendiri tengok. Kedai ni opposite dengan MCDonalds, tingkat paling atas dalam Amcorp Mall, PJ. Kalau naik LRT, stop dekat LRT Taman Jaya. Kalau tak tahu semua tu, sila google.

P.S: Selain Xcess Book Store ni, Amcorp Mall memang ada banyak kedai buku seperti Kedai Buku Popular, Kedai Buku Reissued, Kedai Bookstreams dan ada lagi 2,3 buah lagi... So, ulat-ulat buku sila datang ye.

P.S.S: Aku memang suka Amcorp Mall pon.. hehehe...

Friday, October 15, 2010

Lunchie @ Restoran Atap-Atap

Semalam aku pergi lunch sesorang sebab semua orang ada kerja. Tapi ada hati nak pergi Amcorp Mall jugak, so pergi la aku seorang diri. Actually, banyak tempat makan yang best kat Amcorp Mall tu. Dan salah satunya mestilah, Restoran Atap-Atap. Aku tak pasti pulak bila restoran ni dibuka. Kedai ni tepi Giant dalam Amcorp Mall tu je. Yang buat aku tertarik nak masuk ialah Portuguese Grill dia. Aku memang suka grill-grill ni.

 Depan restoran. Tepi kiri tu, Giant.

Sebelum ni, aku rasa 3-4 minggu lepas kot, aku ada pergi lunch kat sini dengan Nurul. Masa tu aku try sotong grill dia. Memang sooodaappp. Nurul amek ayam halia, pon sodap jugak. So, kali ni aku try menu berbeza, Glass Noodle Suki dan Chilled Honey Dew Sagu. Dua-dua habis dihentam-kedarah oleh aku. Soodappp... 9/10 aku kasi markah.






Menu kat sini memang banyak. Aku baca, belek baca kali baru order. Tu pon rasa semua nak makan. Gambar-gambar food and drinks tu memang mengancam, mengoncangkan iman. Memang bagus strategi diorang letak gambar banyak-banyak. Kalau korang perasan, main attraction dia mestilah Portuguese Ikan Bakar dia. Lain-lain, ada western, ada rice- ada nasi berlauk dan nasi goreng, ada noodles- aku try side ni, glass noodle suki. Aku tengok gambar mengancam je, terus order. Minuman pulak macam kat tempat lain- ada hot, cold dan fresh juices pon ada. Dessert dia lak, tak banyak choice tapi tengok gambar pon dah soooodappp. So, aku try chilled honey dew sagu. Memang meletop. Semua nampak sedaappp..


Ni la chilled honey dew sagu. Memang chill.. Rupa dia pon sama macam dalam menu. Tak macam restoran atau kedai lain, dalam gambar bukan main gempak.. Tapi bila  datang kat meja, hampehss.. Presentation faillll... Bebola kat atas sagu tu bukan laici ke longan ye.. it's honey dew okay. Ais kepal kat bawah sagu of cos rasa dia honey dew atau dalam bahasa melayunya, timun susu.


Yang ni, tentulah my food - Glass Noodle Suki. Masa aku nak order, aku tanya waiter tu "Suki ni apa ya?" Dia pon dengan pelat apa ntah aku rasa Chinese kot (sebab muka macam Chinese), dok explain la kat aku " Dia ada sotong, fish ball dan sayur, jugak ada udang dan ketam.." Memang tak paham.. Tapi bila datang kat meja, aku try terus jatuh hati. Seedddappp!! Mungkin sebab dia ada sayur banyak, seafood so semua memang feberet aku so aku cakap sedap. Korang kalau tak suka glass noodle memang tak sedap la. Glass noodle ni rupa macam bihun tapi lagi sedap kot. Hihi. Dua-dua tu lain-lain ye. Rupa je seakan-akan sama.

 Sooodappp banget..

Sambil makan, jamu mata sekali... dengannnn.....




Gambar semua kabur sebab aku zzzooommm dari meja aku je. Segan la pulak nak bangun menghendap-hendap.. Haha..

Lupa plak, suasana restoran sangat santai.. tak moden sangat, sempoi je. Aku suka.. 



So, apa kata korang pulak pergi try. Tak salah aku dia ada satu lagi cawangan kat Nilai. Jangan risau, ini restoran halal punya maa..


P.S: Antara wishlist aku akan jadi kenyataan tak lama lagi... hehe

Monday, October 11, 2010

Kereta Oh Kereta. Are You Polo Enough?

Ini adalah sesi berangan-rangan...

Jika tidak mahu terlibat, sila tekan (X)... hehe

Dulu, ada perasaan suka kereta ni...
Volkswagen Golf GTi.

Sekarang, ada yang baru plak. Yang ni...

Volkswagen Polo

Macam sama kan tapi berbeza...

My dream car dulu-dulu ialah (masih sesi berangan...)


Mini Cooper S.


Mazda 3.


Vios TRD.

Actually, banyak je dream car. 

Tapi being realistic and logistic..hahaha, hanya mampu beli ni...

Viva. Mine color putih. Tapi tak pakai pon, buat sewa.


Kalau ada rezeki lebih, nak beli untuk pakai sendiri plak... 

Kalau ikut kewangan sekarang, yang ni dah okay...


Kalau boleh la, kalau boleh, nak ni...


 Honda City


Okay, dah habis berangan. 
Doa-doakan aku dapat beli salah satu my dream car kat atas k :)


Related Posts with Thumbnails