Sunday, June 20, 2010

Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Female- Full Version) by Fili

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Male- Full Version) by Gio

Wedding of The Decade


Hari ini genap 1 minggu, 4 hari aku bergelar seorang isteri kepada suamiku. Masih dalam mood masam manis perkahwinan. hehe.. =)

First thing kat sini, aku nak ucap a BIG THANK YOU to

Family. Parents, adik-adik, Cik Ni sekeluarga, Pok Cik sekeluarga. 


*** Sila abaikan pengantin yg tembam ye.. Hihi 

Semua sanak saudara jauh dekat yang banyak tolong kami sekeluarga. 




Jiran tetangga.  Ni sangat penting sebab tanpa korang semua majlis perkahwinan tak akan berjalan lancar.  

 
 
Korang memang best laa..


   Scippians
 
 Awanis, Ajah, kakak Awanis (lupa nama, sorry kak). Kat depan, Zack, Che Poh & Pia, Fazah

Aiman & wife, Era & her bestfriend

Kawan @ Sahabat. Thanks sebab sudi datang. Kawan-kawan dari sekolah rendah, menengah, zaman matriks, UM dan juga my penpal. Kehadiran dan hadiah korang semua amat dihargai. Thanks to Fazah, Zack, Che Poh, Zarith, Jijah, Farah, Che Da, Mawaddah, Sue, Timoh, Jenny, Aiman, Era, Mat Bond, Che Som, Zuriaty, dan semua (sorry beb tak dapat nak sebut semua sebab ramai sangat). Korang semua memang best dan happening! 


 Pengantin vogue dengan Zarith gediks. Hahaha

Special thanks to my pengapit, Fazah. Terima kasih sgt-sgt mu sudi datang jauh-jauh semata-mata nak jadi pengapit aku. To Zack, thanks datang rumah aku tolong apa yang patut. Che Poh, terima kasih Poh mu sudi mari rumah aku hantar dua anak dara tu. Hehe. Zarith, terima kasih teman aku pergi KB Mall shopping last minute. Untuk pengapit encik suami, Keyo, terima kasih sebab sanggup beli baju melayu purple sendiri. Hehe  

Cikgu-cikgu kami. Cikgu Sarimah, Cikgu Ibrahim, Cikgu Zarina, Cikgu Rahim, Cikgu Khabsah, Cikgu Rashid, Cikgu Hussain Bistari, Ustazah Zaidah, Ustazah Jaradah dan semua cikgu Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Terima kasih cikgu sudi datang. Terima kasih atas pelawaan ke rumah cikgu-cikgu lepas kenduri. Walaupon tak dapat pergi semua, insya Allah akan kami penuhi pelawaan cikgu-cikgu raya nanti.  

Kawan yang tak dapat hadir. Terima kaseh atas semua ucapan dan permohonan maaf. Hehe. Janji, hadiah kena ada. Haha.
    Alhamdulillah, berkat doa korang semua, semua majlis berjalan dengan lancar. Dari majlis akad nikah, kenduri sebelah aku sehingga kenduri encik suami, semuanya sangat meriah.

    Credits to Era for this picture


    P.S : Later, i update untuk semua majlis OK. Thanks to ALL =)

    Saturday, June 19, 2010

    Maaf Kawan

    Maaf...
    Kalau aku sering berlaku songsang
    Maaf...
    Kalau aku serba kekurangan
    Maaf...
    Kalau aku sering mencipta kebosanan
    Maaf...
    Kalau aku sering menguji kesabaran
    Maaf jua...
    Kalau aku sering mencipta kekusutan

    Kadang-kadang...
    Bila semua duduk
    Aku bangun berdiri
    Pabila semua orang gembira
    Aku sendiri berduka
    Bila semua orang bekerja
    Aku rela membuta
    Pabila semua orang pulang
    Aku sibuk bekerja
    Pabila semua ghairah bercerita
    Aku ghairah membuat taik mata
    Pabila semua sibuk bermeeting
    Aku sibuk memikir diri sendiri

    Maafkan aku...
    Terima kasih kawan
    Kerana sudi menerima aku seadanya

    Baik atau jahat
    Suka atau benci
    Manusia bergelar kawan

    1 Hajar - SCIPP 1998

    Annual Dinner 1998

    Petang-petang ada sesi riadah. Riadah buntut. Haha. Duduk-duduk dan borak-borak.

    Ni form 3. Ada program ala-ala nak release tension sebelum PMR. Venue: Pantai Air Tawar, Bukit Keluang, Besut, Terengganu.


    Malam Gala Night untuk form 5, 2002.
    Dari kiri atas: Jay, Fidzoh, Ain, Ieyd, Ajah, Azzam Dani, Awanis, Fizah Sulong. 
    Tengah: Aku, Ee, Farah, Ila, Niah, Wani, Fazah, Mc Yatt. 
    Depan: Yus, Zack (ayu nyo mu..Haha), Has, Che Posh.

    Dalam kelas. Form 5

    Praktikum F3P5. KMPP, Kepala Batas.

    Ni pergi Candi Pendiat, Kedah dengan Gengkamees, sempena pergi wedding Abg Mi dan Kak Wirni.

    Konvo Emma gedik dan Nadia jongket
    Kyzer kat tengah, kumbang yang tak berapa menawan. =)

    Credit to: Ujang

    P.S: Ada beza ke kawan atau sahabat?

    Friday, June 4, 2010

    Entri Sebelum Keberangkatan Pulang Hamba ke Kampung

    Malam ni, aku akan bertolak balik kampung. Mulai esok aku akan busy dengan persiapan kahwin kat kampung. Semalam Umi baru call suh aku buat sticker kecik-kecik, tulis "Terima Kasih Dari Pengantin Sekeluarga". Ayoyo.. mana nak tempah last minute. Nak design-design sendiri, pastu print kat kedai? Wargghhh...

    Sekarang nak buat senarai barang-barang nak kena bawa balik ni. Agak banyak wei. Adui...
    1. Bunga telor - Ni tadi si Nurul baru datang hantar. Semua 200 kuntum. Last 2 weeks, dia dah bagi 30 kuntum so today bagi lagi 170 kuntum. 2 kotak beb. 
    2. Baju nikah dan baju bertandang. Dah pergi dry cleaning.
    3. Jam tangan. Hantaran untuk aku.
    4. Cadar untuk bilik pengantin. Cadar ni bukan 'cadar pengantin' yang lip lap lip lap tu. Kain jenis cotton skit. Warna pink. Lepas letak bantal purple. Cantik ke??
    5. Selendang dan veil, untuk nikah dan majlis bertandang.
    6. Kasut untuk majlis nikah
    7. Door gift untuk pihak lelaki. Yang ni adik aku tolong bwa balik dengan kereta dia.

     Ni gambar bunga telor. Penuh 2 kotak.

     Meriah gitu. Ada pink, purple, baby blue dan hitam.

    Rasanya dah pack semua. Bilik pon dah kemas-kemas sikit. Semua barang dah teratur.  OK, nak pergi bersiap, cik abe nak mari tu.. Chow cin cau!

    P.S: Doakan aku dan encik tunang selamat sampai ke kampung ye. Doakan kami selamat dunia akhirat. AMIN. Thanks you all.. Muahahahahaha
    Related Posts with Thumbnails