Tuesday, September 11, 2012

Small Winning Tapi Sangat Meaningful ;)

Ni hadiah, ada yang baru menang dan ada yang dah lama menang. Sejak pindah rumah, mood nak bercontest bagai memang out. bila dah pindah, tak sampai sebulan dah start puasa.. so tak ada masa sangat.. setakat klik-klik kat facebook ada la, tapi yang kena effort lebih macam nak pos ke, nak kena reka slogan ke, memang malas sangat.



Latest winning, perfume dari Carolina Herrera... bau sangat wangiii.. menang dari majalah Glam. first time ni menang kat Glam.



kemenangan dari majalah EH bulan Jun 2012 atas nama proxy. jarang pakai brand ni, selalu pakai nivea. so, dah menang boleh cuba. ni dah bahagi separuh kat proxy dan kawan-kawan.



Menang this spa package last may, ada cerita kat sini. contest kat facebook Fab malaysia. lama gila hadiahnya, baru sekarang sampai.. my friend menang grand prize pergi Australia for 4 person, best kan. pastu disebabkan contest ni, jalinan persahabatan lebih meluas. dari awal kenal sebab contest sekrg dah berkawan walaupon secara maya.. 



Rasanya dah receive this movie voucher last 2 months, sebelum pindah rumah lagi. hahaha.. tak perasan pon.. menang untuk contest ambank dreamer. contest facebook rasanya, me menang kategori voter je. boleh lah layan movie this weekend..


Hadiah yang besar-besar masih belum ada rezeki. Mood nak bercontest baru datang balik ni tapi masih kat gear 1 ler. tak cuba, tak tahu kan. for some people, disebabkan minat join contest, some of their dreams menjadi kenyataan, sebab ada some tu memang la tak mampu nak beli sendiri. ada tu sebab memang minat nak mengjoinkan diri dalam semua contest. kiranya macam orang minat kereta ke, sanggup berhabis wang ringgit nak beli sport rim mahal, nak tukar car seat la.. lebih kurang macam tu la orang minat contest ni. bila menang, lagi la rasa excited nak join lagi dan lagi. Jangan cakap join contest ni tak pakai modal tau. for some contest memang perlukan kita beli barang dan baru boleh join. tapi ada je contest yang tak payah modal. Tepuk dada tanya hati tu, yang mana jadi pilihan. Janji happy!! hahaha ;p



p/s: Nak cuba nasib menang iPad here?
p/s: Tak dapat pergi Australia, pergi Korea pon ok kan?

Friday, September 7, 2012

3 Syawal = Wedding day + Engagement day

Not me, but my sisters, yang no.2 dengan no.3. Serius kalau buat kenduri kendara time raya tersangat la penat. bukan merungut jauh lagi nak mengeluh tapi bila time raya ni kerja jadi dua kali ganda banyak but luckily kenduri ni ambil katering jek sebab tak larat. Lagipon jemputan tak ramai macam kahwin aku dulu.


Alhamdulillah, lebih kurang dalam pukul 11 pagi on 3 syawal, my sister dengan tunangnya, selamat dinikahkan di Masjid Ismaili, Tumpat dengan sekali lafaz. then, majlis kenduri bermula seawal pukul 12 tengahari. memang agak kelam kabut sebab kalau ikut schedule asal, nikah should be pukul 10 pagi tapi maklumlah walaupon raya, ramai juga yang ambil kesempatan nak kahwin so schedule kena anjak sikit.


Ready nak ke masjid.. cantik kan baju nikah my sister? ada yang sewa tak? hihi... Personally, i heart this colour so much. nape aku tak terpikir pon nak pilih kaler ni ek? 



debaran nak tunggu saat-saat jadi isteri orang. sebelah tu dengan beg oren tu aku yek.. tengah pandang apa aku pon tak ingat. punya la ramai orang nak kahwin on the same day..



Pengantin lelaki dah sampai.. sepatutnya dorang kena tukar baju sanding yang sewa khas. tapi sebab masa nikah tadi dah terlambat, so schedule dah lari maka juruandam just tambah tiara kat atas kepala dah jadi baju sanding.. hikhik.. tapi kaler baju nikah dengan baju sanding lebih kurang sama, cuma baju sanding tu dress warna turquoise, yang ni ala-ala baby blue.. tapi elok je rombongan keluarga pengantin lelaki balik lepas makan dan adat mengenal, terus dorang tukar dress sanding plak. 


On the same day, berlangsung jugak majlis pertunangan my sister yang no.3. majlis tu start lepas asar around 5.00 pm. rombongan lelaki dari kedah datang sehari awal, dorang stay kat guest house area rumah jugak. tumpang sekaki majlis ni so bolehlah jimat banyak benda.. gambar tunang takde plak masih dengan photographer..


Apapun semua dah selamat.. kalau dalam kad, kenduri sepatutnya berakhir pukul 6.00 pm, tapi almaklumlah, kalau kat kampung dan buat pulak kat rumah sendiri, sampai ke malam orang akan datang. esok pon ada lagi orang datang. penat memang penat tapi asalkan orang tersayang happy dan bahagia, kita pon tumpang happy kan. lagipon masa aku kahwin dulu, adik beradik la yang banyak tolong. 


Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh warna-warni ngoh dan jak!! 
dan to syila, selamat menempuh alam pertunangan... tahun depan insya Allah, ramai-ramai buat rombongan cik kiah ke kedah..hihi, pakej ke langkawi sekali sebab bakal adik ipar orang kuala kedah..hahaha.. nak kena simpan duit dari sekarang ni nak shopping sakan..hahaha.. 


Thursday, September 6, 2012

Hasil Blogging from Nuffnang and ChurpChurp

Bulan lepas aku berjaya cashout earning dari nuffnang dan churpchurp secara berjemaah. bukan banyak pon tapi bolehlah buat beli handbag elle seketul (berapa ek harga beg elle?? hahaha). tapi aku nak simpan dulu kot buat pekasam dalam akaun pastu akan dipikirkan nak buat apa. hehehe.. 


Dua cheque sekaligus terima semalam.

Entah bila la pulak nak kumpul sampai boleh cashout lagikan. kalau nuffnang, macam lambat sikit, tapi kalau churpchurp agak cepat sikit cuma aku malas skit nak promote campaign tu semua. datang mood rajin, bukan main aku promote. datang mood malas, tak bergerak-gerak earning aku kat churpchurp tu. ala, sambil-sambil ko dok mengadap laptop ni sambil-sambil tu cari duit sikit. orang kata, sambil menyelam minum air. sekarang aku minum sikit-sikit dulu, kang banyak-banyak kembong! (korang paham? tak paham sudahh.. haha)..

Nak join churpchurp, sign up sini.


Thursday, August 30, 2012

Raya 2012



**credit to salju qaseh**

Assalamualaikum :)

Ni jek sekeping dua gambar raya pertama.. yang lain-lain masih dalam kamera orang lain. ni pon encik suami mana entah menghilang. oh ya, balik rumah nak membuang air, katanya kat rumah baru feel cis haha ;p kat dalam gambar atas tu kat rumah pakcik selang 3,4 rumah je dari rumah sendiri tapi dalam setahun boleh kira dengan jari berapa kali pergi. takpon, setahun 2 kali masa raya puasa dengan raya haji ahaks ;) biasalah kalau balik kampung cuti-cuti lain memang tak cukup masa nak jumpa semua orang even jiran sebelah rumah pon. tambah-tambah sekarang dah bekeluarga lagi la masa terhad kena bahagi dua.. huhuhu..


SELAMAT HARI RAYA uols :) banyak ke dapat invitation ke rumah terbuka. tahun ni aku tak terbuka hati lagi nak buat open house, tapi tak bermakna aku tak alu-alukan sapa-sapa yang nak datang. sapa-sapa nak datang, dipersilakan.. nak makan sedap, roger awal-awal, kalau tak jangan kata kek koklat, biskut raya pon tinggal debu-debu kasih jek.


opss, ada sekeping lagi gambar dalam handphone. 




Maaf zahir & batin...


Related Posts with Thumbnails