Monday, May 27, 2013

Table No. 21

Encik suami ada melanggan Box Office kat astro.. ni semua termakan dengan pujukan orang Astro tu la.. encik apis ni dia memang tak boleh orang promote skit, tak reti nak tolak pastu terus setuju.. kalau orang insurans or orang bank call dia, aku cukup risau.. sebab apa? dia akan accept je apa orang dok promote tu.. dia cakap serabut nak dengar lama-lama.. kalau serabut bang, awk cakap la tak berminat senang cite.. adooiii.. tapi encik suami ni bukan reti pon nak cakap macam tu, macam tak sampai ati.. hahaha..


Pernah dulu, kitaorang pergi Giant ke Tesco dah lupa.. entah macam mana sebelum nak masuk tu dia bagi aku pegang wallet dia letak dalam handbag aku..  kalau korang selalu pergi giant or tesco, memang akan ada booth kecil kat depan sebelum masuk dalam tempat nak beli barang semua tu.. aku dah perasan ada orang nak approcah aku dengan encik suami so aku buat-buat tak nampak terus je jalan.. hahaha.. tapi dorang berjaya tahan encik suami, promote krim apa ntah.. aku ni dah jalan melolong masuk kat tempat barang tu semua.. hahaha.. tak lama lepas tu, encik suami call dia cakap nak wallet dia.. aku tanyala nak buat apa.. nak bayar krim tu.. aku cakap nak pakai ke tak, dah tak payah beli, cakap je wallet dengan aku.. hahaha.. maybe masa tu dia tak tahu nak cakap macam mana wallet dia nga aku kan.. see.. nampak tak betapa baiknya hati dia hahaha.. dah terang-terang duit takde kat tangan pon takleh nak cakap.. cakap jela, tak berminat ke, duit belum cucuk ke.. adoii.. 


ok, sebenarnya bukan nak cite benda ni.. hahaha.. aku sebenarnya tertarik nga satu cite kat Astro Box Office tu.. panjang mukadimah aku sampai 2 perenggan.. sebab tula dulu BM aku selalu dapat A.. kahkah.. cite tu pasal kes buli kat kolej.. kat kolej ok, bukan kat sekolah.. kalau kita kat universiti.. tajuk cite tu Table No. 21.. mula-mula aku tengok cite tu suspen jugak la cite ni cite psiko ke, cite bunuh ke, cite hantu ke..




Cite ni cite hindustan.. action thriller ok, bukan yang penuh cintan-cintun sahaja ok.. kisahnya pasal ada satu pasangan suami isteri ni menang percutian ke Fiji..  pastu dorang dapat offer main live game nama Table No.21.. hadiah dia wang tunai 21 million tak salah aku.. tapi hadiah bagi stage by stage la. kira kalau ko berjawab first question, ko akan dapat 10 ribu.. second question, 20 ribu.. 


Yang suspennya, soalan-soalan dia tu macam soalan yang berkaitan dengan kisah silam, kisah dorang yang macam kawan rapat je tau.. sebelum tu, kat tangan diorang dipasang satu alat, kira kalau dorang bohong alat tu akan bagi signal merah.. first question kira senang lagi.. soalan dia.. ok aku dah lupa tak salah aku.. dia tanya kat si suami, segan tak nak tunjukkan perasaan kasih sayang kat public. so si suami cakap, yes. then alat tu tunjuk kaler hijau which is dia bercakap benar.. then, utk melengkapkan first question dan dapatkan duit 10k tu, dorang kena buat satu task.. diorang kena kissing kat public, tengah-tengah bandar.. dorang memang tak boleh main tipu sebab kamera memang kat mana-mana.. game dia memang suspen la.. dah la muka orang yg tanya soalan tu, mcm penjahat.. hahaha.. 


Lepas tu, suami isteri pergi tau ke tengah-tengah bandar tu untuk selesaikan first task tu.. si isteri macam tak kisah sangat, tapi si suami tu kan tak suka tunjuk kasih sayang kat public.. so dia macam teragak-agak la.. tapi si isteri bagi support cakap just do it.. hadiah lumayan sape taknak kan.. so diorang pon kiss le.. lepas tu dorang balik ke game show tadi, si suami cakap game ni tipu just nak main-main je.. takkan ada la hadiah tu semua. sekali diorang dibawa ke satu bilik, bila buka boleh nampak duit berjuta-juta.. then, diorang ditunjuk dalam akaun bank diorang sudah dibank-in 10k hasil first question tadi.. so, barulah diorang percaya ni memang betul.. so diorang decide nak teruskan..


Semua soalan ada 8 soalan diikuti dengan 8 task untuk mereka completekan.. malas la plak nak cite panjang-panjang, apa kata uols baca sinopsis secara ringkasnya kat bawah ni.. hahaha..


The unemployed Vivaan (Rajeev Khandelwal) and Siya Agasthi (Tena Desae) strive to make ends meet. The couple win a trip to the beautiful island nation of Fiji in a lucky draw; the holiday is fully sponsored, with luxurious hotel accommodation and fine dinners. The duo fly to Fiji to celebrate their wedding anniversary and encounter the charming Mr. Khan (Paresh Rawal) at the resort. Mr Khan invites the couple to participate in a live game show called Table 21. He tells them that the winner of the game bags a staggering amount of FJ$10 million (approximately 21 crores) as prize money. He details the rules; eight personal questions are asked, which must be answered truthfully, and following this, one must complete a task related to the question. The couple decide to enter the game show. At first, the questions seem easy, but as the game progresses, the tasks become increasingly horrific. The gruesome nature of the tasks makes Vivaan think back to his time at college.The film has a good balance of spine-chilling thrill,action sequences,melodious songs and suspense. After a string of tasks, Vivaan's final assignment is to murder an individual. He is led to a room, wherein he is to face his target. When he sees the person he must kill, he recognizes him from his past. A flashback shows Vivaan and his friends ragging a boy, the target, named Akram (Dhruv Ganesh). The severe bullying makes Akram lose all semblance of sanity. Back in the present, it is revealed that Akram is Mr. Khan's son, and that Mr. Khan's intention was to show Vivaan and Siya the damage inflicted by their actions. The movie concludes as Mr. Khan tells them that they are free to go but the sin of what they did will shadow them forever.


Amacam? menarik takk? hehehe...


Masa uols sekolah dulu, ada tak kes buli ni? ikhlas aku cakap aku tak pernah kena buli.. hahaha.. betul ni.. walaupon aku sekolah asrama selama 5 tahun, pastu universiti lagi beberapa tahun, alhamdulillah takde kes buli ke atas aku.. dan aku perasan senior aku pon takde yang apply tabiat membuli kat adik-adik junior, malah kami sangat rapat masa sekolah dulu.. rindunya scipp.. 


Tapi masa sekolah rendah dulu, kalau kes dok ejek nama mak ayah tu ada la.. tapi takde la parah sangat sebab aku dulu pengawas sekolah.. budak-budak takut skit pastu aku 'berjawatan' skit hahaha.. so kira budak-budak hormat la.. cuma adela seketul dua yang ejek pastu menyorok.. hahaha.. aku ni ketot so ado la juga orang ejek aku pendek.. pengawas pendekk.. bangang takk.. hahaha.. pastu mula la rasa rendah diri.. tapi bila sekolah menengah takde pon kes ejek-ejek ni.. aman je rasa..hahaha..


Hopefully, sekarang ni takde dah la kes buli-buli ni.. ok bye tak tahu nak komen dah hahaha..






Thursday, May 23, 2013

Perjalanan Ke Utara ----> Alor Setar, Kangar, Kuala Nerang, Bukit Kayu Hitam, Taiping, Kuala Sepetang

Rasanya bulan mei dan bulan jun ni memang bulan yang busy penuh dengan aktiviti kekeluargaan.. termasukla last week ada majlis konvokesyen, last weekend plak kena hantar adik bongsu, Syafiq belajar ke Kolej Mara Kuala Nerang.. dia amek foundation under UniKL.. then sabtu ni sepupu encik suami akan kahwin, pastu esoknya ahad kenduri plak sebelah pompuan.. then, lepas tu 1 jun kenduri sebelah lelaki plak.. esoknya, 2 jun my sis no.3 akan nikah pagi, then lepas tu kenduri sebelah our side.. then, seminggu lepas tu which is 8 jun kenduri sebelah lelaki kat Kuala Kedah.. amacam? nampak tak padatnya sepanjang bulan ni dan bulan depan..


Paling penting jugak, jun adalah bulan special sebab anniversary kami pon jatuh on 9 jun, sehari selepas kenduri kat Kedah tu.. Plan tu ada.. tapi entah jadi ke tak sebab takut penat dan tak sempat.. lagipon, kenduri kendara ni pakai kos banyak jugak dengan nak travel lagi kan.. mungkin this time, pergi habiskan hujung minggu kat somewhere.. nak holiday macam sebelum-sebelum ni rasanya macam tak sempat.. sebelum ni, aku memang plan awal, beli tiket awal-awal walaupon bukan celebrate pada tarikh sebenar anniversary.. tapi this time, memang malas nak plan sebab dah tau tahun ni akan penuh dengan agenda kenduri kendara.. family terdekat plak tu so kenala attend dan memberi khidmat sedia membantu.. hehehe.. tapi tapi aku sebenarnya dah book tiket time air asia sale yang lepas.. hahaha.. tapi yang tu guna voucher kemenangan dari air asia.. so, anggap jela tu holiday sempena anniversary juga walaupon lambat lagi.. takpela, orang mcm aku ni yang selalu budjet dalam semua benda ni tak kisah sangat tak dapat celebrate on time.. janji ada.. hahaha..


OK, nak cite skitla journey ke utara last weekend tu pergi hantar Syafiq ke Kuala Nerang.. cite ni panjang ye uols sebab aku nak cantumkan cite dua hari.. pastu aku cite details skit.. mood menaip tengah mai ni.. hahaha..sama juga kes konvo, Umi tak dapat nak pergi hantar Syafiq register belajar sebabnya nenek kami, yang kami panggil Mama tak sihat.. Biasanya Mama akan follow jugak kalau Umi nak ke mana-mana tapi kali ni, kesihatan dia sangat-sangat tak mengizinkan.. so Umi minta kami adik beradik pergi hantar Syafiq.. kami pergi berempat je.. kami laki bini, Syila adik aku no.3 yang nak kahwin nanti dengan Syafiq.. Kak Chek, Ngah dan husband dia tak dapat ikut sebab ada hal..




Aku book hotel kat Alor Setar.. nama hotel tu The Leverage Business Hotel dekat Bandar Baru Mergong.. hotel ni aku search kat agoda je.. baca review macam ok, so terus book 2 bilik.. RM78 satu malam.. okla.. Bilik ok, cuma agak sempit.. decoration dalam tu konsep moden.. cuma sempit nak solat pon macam susah sikit.. rasanya kalau yang berbadan besar kena amek bilik besar sikit.. pastu paip hujan dia memang best.. air pon laju.. aku book kat Alor Setar ni pon sebab suggestion dari pihak kolej adik aku tu.. tapi dah cakap siap-siap la, jarak dari Alor Setar ke Kuala Nerang around 30-35km.. aku nak book homestay/motel/hotel area Kuala Nerang pon macam tak tahu nak book kat mana.. lagipon nak book last minute confirm dah penuh.. so pasrah jela..


Kami bertolak from Shah Alam, around 10.30 pagi sabtu.. pergi breakfast dulu, isi minyak topup touch n go, barula dapat meneruskan perjalanan dengan tenang.. aku banyak tido je.. hahaha.. singgah sekejap kat RNR Tapah nak beli jambu sedap tu.. pastu meneruskan perjalanan sampai hotel around 3 petang.. terus check in.. berehat sekejap, pastu keluar balik cari makan.. depan hotel tu ada Tesco Mergong.. area situ memang banyak lot kedai.. banyak kedai makan.. tapi sebab lepas ni tujuan kami nak pergi Hospital Sultanah Bahiyah, nak melawat bakal mak mertua adik aku kena warded.. so kami terus menuju ke arah hospital sambil tu carila kedai makan sepanjang perjalanan.. kami singgah kat satu tempat ni, pekena bihun sup.. pastu kat sebelah tu ada orang jual ayam goreng.. sedap.. seketul rm1 je.. gile murah.. aku rasa kat KL, rm2.50 kot seketul kalau kat pasar malam.. bihun sup pon sedap.. lepas kenyang terus pergi cari hospital.. hehehe..




Dari hospital terus menuju ke arah bandar Alor Setar.. saje pusing-pusing.. pusing depan Menara Alor Setar tu.. kat area bawah tu memang ramai orang beriadah, berkelah sebab area tu macam ada tempat nak bersantai-santai.. Sebelum aku datang Alor Setar ni aku ada gak survey tempat menarik kat sini, tapi macam tak banyak sangat.. ada Pekan Rabu, which is aku tak pergi pon sebab dah petang sangat dah nak maghrib.. pastu ada Rumah Mahathir, pon tak pergi.. adik aku semua taknak pergi.. hahaha.. aku sendiri pon macam tak tahu nak pergi ke mana.. tapi kedai makan memang banyak.. kalau datang utara, kena try char kueh teow, sup utara.. aku paling suka moi sup.. dan laksa utara.. pusing-pusing la sekejap pastu terus balik hotel.. masa kami pusing bandar Alor Setar tadi, encik suami update status kat fb.. tetibe bekas cikgu kami yang dah berpindah ke Kangar komen.. suh kami lajak ke Kangar.. datang rumah dia.. hahaha.. hati berbelah bagi.. tapi disebabkan dari Alor Setar ke Kangar around sejam je.. kami setuju nak ke Kangar malam nanti..


Perjalanan ke Kangar malam tu tak sampai sejam pon.. sambil drive sambil tengok tempat orang.. nasib baik ada GPS terus sampai depan rumah hahaha.. terkejut dorang suami isteri kami sampai ke rumah mereka.. encik suami tak cakap pon nak datang hahaha.. kira suprise la.. malam tu sempatla merasa colek mangga.. mangga perlis memang sedappp.. siap dapat bekal bawa balik.. aku dan encik suami ni memang hantu colek.. hahaha.. mangga dia besar-besar.. tak sabar nak balik nak makan colek hahaha..



yang ni yang aku potong kat rumah.. serius sedap gilerrrr.. terliur tak tak? hahaha..


Lepas tu terus balik Alor Setar.. sampai kat hotel around 11.30 malam.. lepak makan sekejap pekena moi sup.. tepi hotel ada banyak gerai tepi jalan tu.. encik suami makan char kueh teow.. sedappp.. cuma moi sup tu dia punya sup dah tak panas.. aku suka sup yang panas-panas tu.. baru berasapp hahaha.. lepas balik hotel, mandi, tengok TV.. tidoooo..


Esoknya lepas berakfast kat hotel, perjalanan diteruskan ke Kolej Mara Kuala Nerang.. orang hotel dah cakap, perjalanan amek masa sejam gak.. tapi alhamdulillah pagi tu trafik memang lancar je.. dengan view kiri kanan yang menghijau.. dalam 30 minit dah sampai kat kolej tu.. orang pon ramai dah beratur nak register.. kami stuck kat pintu pagar besar.. aku dropkan dulu Syila dan Syafiq.. suh dia pergi beratur sementara kami pergi cari parking.. last-last parking kat padang.. hahaha.. siap register semua, beramai-ramai angkut barang pergi hostel plak.. bilik dia kena share 3 orang.. ada meja study sorang satu dengan almari.. sempit skit tapi lengkap semua.. ok la.. dulu aku belajar kat matrik penang.. luas bilik dia.. setiap orang ada partition masing-masing so macam best jugak la.. tapi takpe kat sini pon semua lengkap.. kira selesa la jugak kan..




Kami tak stay lama pon.. pergi dewan besar dia balik.. katanya ada taklimat, sekali ada mesyuarat agung, nak pilih wakil dari kalangan parents.. kitorang lepak kat luar je.. Syafiq suh kitaorang balik je sebab macam tak de apa dah nak ditunggu.. kami pon salam-salam, bagi sedikit kata-kata keramat hahaha pastu terus blah.. pandai-pandai la ko berdikari ye Syafiq.. adik bongsu aku ni manja terlebih skit hahaha.. kalau tak, takkanla buat alasan macam-macam nak balik dari PLKN tu.. hahaha.. naik pening semua orang.. awal-awal beria nak pergi.. malas dah aku nak cite kisah PLKN tu.. nak kata cerpen, panjang plak.. tapi nak buat novel macam tak cukup muka surat.. hahaha..


Keluar je dari kolej, terus kitaorang ke bandar Kuala Nerang.. bandar dia takde la besar sangat.. tapi okla, ada KFC.. hahaha.. favourite Syafiq tu.. banyak kedai serbanika, kedai makan.. okla kalau nak cari barang keperluan semua ada rasanya.. lepas tu kitaorang decide nak ke Bukit Kayu Hitam.. nak tengok apa yang ada kat sana.. perjalanan ke sana dalam 50km dari Kuala Nerang tu.. aku pernah sampai bukit kayu hitam sebelum ni cuma tak pergi pon kawasan bebas cukai dia tu.. kali ni, teringin nak pergi nak tengok apa yang ada kat area sana.. tapi bagi aku, takde apa yang menarik sangat pon... huhu.. mungkin bukan musim cuti sekolah, so tak meriah sangat.. kedai pon tak banyak yang buka.. Ada la masuk 2,3 kedai.. barang-barang dia jual ok gak, murah jugak la.. tapi tak beli apa pon.. Barangan dekat The Zon complex pon tak menarik sangat, aku beli coklat sepeket.. tapi sempatla makan tengahari kat kedai makan kat kawasan kedai tu.. tu pon ada sebuah je kedai makan yang buka.. tapi sebab aku tengok lauk dia menggiurkan, aku terus lunch kat situ.. hahaha..




Selepas tu, kami decide nak balik KL.. kalau ikutkan aku, mau juga ke Padang Besar.. tapi tengok adik aku dah letih.. terus decide balik KL.. mungkin next time kita ke Padang Besar plak.. dengar cite, lagi best dari Bukit Kayu Hitam..


Dekat nak sampai Taiping, encik suami offer singgah makan mee udang di Kuala Sepetang.. umpama orang mengantuk disorongkan bantal, cepat je aku jawab NAK.. hahaha.. kali ni, kitaorang nak try kedai mee udang lain plak. Last time, kami makan kat kedai Mak Jah Mee Udang tu.. femes di Kuala Sepetang.. masa otw ke Kuala Sepetang tu ternampak signboard Mee Udang Port Weld .. so decide nak makan kat situ..




Memang sedap.. for me, lagi sedap dari Mee Udang Mak Jah.. udang fresh dan banyak. berbaloi dengan harga yang dibayar..


Lepas makan, perjalanan pulang diteruskan.. singgah sekejap di RNR Tapah macam biasa beli jambu madu letak asam.. sampai rumah dalam pukul 9.00 malam.. dah malas nak singgah beli makanan.. terus balik, mandi.. santai-santai depan TV..


Dalam kepala aku ada plan buat jelajah utara.. kira macam nak jalan-jalan start from Perak sampai Perlis dan pergi semua main attraction.. tapi entah bila terlaksana.. kena amek cuti 5 hari rasanya.. seminggu jalan-jalan.. hahaha.. nak singgah Ipoh, makan nasi ganja, pergi Lumut dan Pangkor.. pastu pergi Penang, nak pergi makan nasi kandar, padang kota, pusing-pusing pulau.. pastu pergi Sungai Petani, Pantai Merdeka pastu pergi Gunung Jerai.. katanya ada resort kat atas tu.. then pergi perlis.. kalau sempat naik feri pergi Langkawi sekejap.. pastu patah balik, singgah Padang Besar, singgah Penang lagi pergi rumah Emma maybe? hahaha.. pastu singgah Taiping nak dok kat hotel kat Lake Garden tu.. then.. ok berangan is free hahaha.. stop stop..


ok till then... bye... salam..


Wednesday, May 22, 2013

Sambung Cite Konvo..

ok, sambung story minggu lepas.. so aku tampal pic konvo yang ada nga aku kat sini la yek.. malas aku nak edit entry tu....


Dalam ramai-ramai adik beradik aku, dia la yang paling malas nak study tapi bijak.. masa dia dapat 8A PMR dulu umi aku siap tanya betul ke? hahaha.. sebab apa, keje dia tengok TV, tengok TV.. jarang gile tengok dia belek buku study.. pastu SPM pon dia skor 7A tak salah aku.. terus sambung belajar kat UiTM.. yang penting dia ada cita-cita yang dah lama dia set masa belajar sekolah menengah lagi.. Lepas PMR, dia tekad nak sekolah kat kampung je, tak nak pergi mana-mana MRSM or SBP. Pastu dia cakap kat umi nak amik kelas akaun. korang tau la sekolah kat kampung, kelas sains kelas no. 1, so kalau ko pilih kelas akaun, ko dah jatuh dok kelas ke berapa ntah.. so paham-paham la persepsi orang sekeliling, jiran tetangga.. tapi kami adik beradik sokong je minat dia.. bagi aku, kalau dah tau minat ko, dah tau arah tuju ko, kenapa tak terus pergi je kan.. kenapa nak buang masa kat kelas sains sedangkan jiwa ko kat bidang lain.. ini apa yang aku belajar masa aku dah masuk U.. so kami adik beradik pujuk umi cakap la, biarla dia masuk kelas akaun.. dan terbukti masa SPM dia skor.. siap jadi antara best student akaun peringkat negeri.. 







sorry la uols pic semua ni diambil senget benget dari hp encik suami.. hahaha.. yang tak senget ada kat kamera my sis.. malas nak tunggu.. upload je apa yang ada..

Tahniah sekali kak chek!! we proud of you..


Lepas puas bergambar, time to celebrate.. 


Manhattan Fist Market, Subang Parade..


Adik beradik aku ni semua kuat makan.. 
So, hadiah terbaik untuk semua orang adalah belanja makan.. 


bakal pengantin baru.. counting days...



My favourite..


  

Friday, May 17, 2013

Konvokesyen UiTM ke-78


Serius malas gile nak menaip nak membebel kat sini.. entah ke mana mood nak menaip ni.. membebel kat laki rajin plak hahahaha.. tapi demi tak nak blog ni bersawang, berhabuk puh puh.. aku cuba la jugak merajinkan diri.. sementelah sekarang ni kerja di office kena ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan so kita isi masa terluang ni dengan update cite terbaru.. cite lama-lama dah malas nak taip, tak kuasa aku nak ingat nak taip.. hehehe..


Rabu lepas, adik yang no.4 konvo.. after 2 and half year dia struggle nak habiskan sijil professional accounting dia tu ape ek orang panggil, CAT kot tak salah aku.. berjaya juga dia habiskan.. haha.. so sekarang dia tengah sambung ACCA plak kat tempat yang sama, UiTM Shah Alam.. 


Umi aku tak dapat datang sebab nenek tengah tak sihat kat kampung.. kira tak larat sangat dah.. kalau nak naik flite pon takut tak larat.. paham-paham le dalam flite tu, walaupon 45 minit je tapi dengan keadaan sempit, susah nak bergerak.. unless la terdesak sangat mungkin nenek aku tahan je la sekejap.. kesian sangat dah dia.. tak lama dia tak pergi ke masjid.. biasanya tak larat pon, dia still pergi.. umi aku pergi amek kat rumah dia hantar sampai tangga masjid pastu hantar balik sampai tangga rumah dia.. ni dia cakap nak jalan dari tangga masjid ke tempat solat tak larat sangat, kaki dia sakit, lenguh-lenguh.. pastu kalau masak tu memang dah lama tak masak, nak masak macam mana nak cedok nasi sendiri memang tak larat, tak kuat nak tekan nasi masa nak cedok tu.. kadang-kadang, baju pon tak boleh nak buka.. ya Allah serius memang aku rasa sedih sangat.. ok stop la cite sedih ni.. 


Hari konvo semua adik beradik dapat berkumpul bersama.. tak nak bagi Kak Chek rasa sedih parents tak dapat datang.. 


Apapon, tahniah my dear sis.. u deserve it selepas bertungkus lumus beberapa tahun ni.. 




ada beberapa keping lagi pic tapi aku malas nak copy from kamera.. nanti2 la yek.. hahaha..



Friday, May 10, 2013

Homemade Murtabak Raja, From Kelate With Love....

Salam uols..


Wah wah tajuk bukan main kan.. sape kat sini pernah rasa murabak raja yang terkenal kat Kelantan tu? apa? tak pernah? rugi rugi uols.. hahaha.. kalau tak pernah, kena la cuba.. 



Lagi satu murtabak raja ni dimakan dengan pencicah jeruk bawang (macam dalam gambar).. jangan risau ni homemade punya.. 





Boleh buat stok untuk bulan puasa nanti sebab murtabak ni frozen tau.. kalau nak makan, just defrost dalam microwave, pasto goreng atas non-stick pan.. nak bakar dalam oven pon boleh cuma lambat skit garing.. aku memang sentiasa simpan stok murtabak ni kat rumah..



aku suka goreng dalam non-stick pan sebab cepat garing.. 



Kepada yang nak mendapatkan Murtabak Raja di sekitar lembah kelang, boleh la contact me kat no ni.. 019-9593125 (Whatsapp/SMS) atau email w.syima@gmail.com


Harga: RM16 (1 pc)


COD area: Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Seri Kembangan.
** Selain area ini, masih dipertimbangan dengan kos penghantaran atau depends pada jumlah order..

UPDATE: COD di area SHAH ALAM sahaja.



Related Posts with Thumbnails