Tuesday, November 1, 2011

Sengkuang Calit

Dah dua hari berturut2 aku pergi uptown yang baru dibuka kat Puchong Permai. Insya Allah, kalau ada rezeki, lepas ni makin kerap la aku ke sana. Semua masih dalam perancangan so better off record dulu la kan..


Kalau sapa yang biasa pergi uptown or downtown, mesti dah tahu dah apa selalu ada kat sana. Yang penting memang happening. Aku suka je ke sana especially bila baru dapat gaji. Kat situ la kami menghabiskan masa dan juga duit. hahahahaha.


Aku paling suka ke Downtown Cheras dengan Uptown Shah Alam. Kalau yang kat Uptown Danau Kota tu sesekali je pergi kalau ada kawan2 encik somi ajak. Kami memang malas sikit nak mengharung jalan nak ke Danau Kota. Tapi kat situ best gak. Tapi kalau sekadar nak pergi minum, aku suka pergi Uptown KOta Damansara sebab boleh layan orang berkaraoke. Macam2 peel dan gaya. Hahahaha.. Hilang segala stress aku tengok diorang ;p


Ok, masa aku pergi Uptown Puchong tu, aku terjumpa sejenis makanan yang menarik. Lebih kepada dessert la kot (ye ke?).


Nah, ni dia...




Sengkuang Calit.

Calit dengan sos dan tabur dengan kacang. Sedap!


Masa mula2 sampai, kawan encik somi dah bagitau, ada sejenis snek yang sedap kat sini. Lengkuas calit. ehhh.. biar betik lengkuas pon orang leh makan jadi snek/jajan ek. hahahaha.. Lepas dia cite, aku dah terbayang ni mesti sengkuang sebab cara dia cite aku dah imagine sengkuang calit yang aku selalu makan kat opis lama dulu. Rindunya aku kat opismate lama.. hahaha.. *tetibe*


Sedap tau sengkuang ni. selepas calit dengan sos dia, ada taburan kacang tanah yang cruncy. terbaikkkk. harga seketul RM1.50. Yang special RM2. Yang special tu, pedas skit abang tu cakap. Aku dah try dua2 tapi memang yang special sedap sikit la. tapi tak beza sangat pon ;) Aku tak pasti la kat mana lagi ada jual sebab abang tu ni bisnes franchise so mesti kat tempat2 lain ada.


Sos ni la yang buat sengkuang tu sedappp..


Korang pernah makan tak sengkuang calit ni?


Kalau nak order pon boleh..



7 comments:

  1. mhl giler rm1.50!! dulu2 beli 20 sen je sekeping. huhu...

    ReplyDelete
  2. ye ek.. dulu masa keje lama, sekeping rm1 je. tu pon rasa dah murah..

    ReplyDelete
  3. saya lalu ajer depan sengkuang calit ritu masa g uptown puchong permai... ramai org dok tunggu...
    Mulan

    ReplyDelete
  4. I`mulan:

    Lain kali kena try. sedap!

    ReplyDelete
  5. damia suka la sekuang ni (damia panggil sekuang ) heheee

    ReplyDelete
  6. Nana:

    oo damia suka ek. mama dia x suka ke.. hehehe.. sedap kak sengkuang ni.. kalo x de sos tu, sy pon x suka..hahaha..

    ReplyDelete
  7. terbaik sengkuang calit ni....mudah hadam juga...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails