Friday, August 26, 2011

Hanya Allah Tahu Apa Yang Terbaik Buat Rara Zikry.

Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri or Rara Zikry...., first time aku dengar cerita Rara terkini, aku terkesima, terkejut because i already knew her before, not personally but in virtual world. She ada blog, and ada buat online business. dan memang dari dulu aku admire her beauty, memang dia sangat cantik.




Mungkin dah ramai yang tahu kisah Rara. For those yang belum tahu kisah sebenar Rara, you guys boleh click link kat bawah untuk tengok video pasal her.




Her cousin, Mediha also creates facebook page, Contribution for Rara Zikry's medical expenses.


Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


Hari ini, kita mungkin sihat, bahagia dan happy di samping orang-orang kesayangan. Tapi dalam sekelip mata, mungkin semua nikmat, semua kebahagiaan, semua kegembiraan akan hilang dan lenyap sekelip mata. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.





Untuk meringankan beban perubatan Rara, sumbangan boleh dibuat melalui ibu Rara:

Maybank Account Details:
Account Holder Name: Zarina Binti Amir 
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL

Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos. 


Sama-sama kita doakan Rara akan sembuh dan sihat kembali.

Thursday, August 25, 2011

JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami!


Sticky post until 25 August 2011.
Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah ;)




by 


17 Aug - 25 Aug 2011


Saya layak menang JOM PHOTOBOOK! giveaway dari KedaiGambarKami sebab:

saya masih belum berpeluang untuk memiliki photobook dari KedaiGambarKami dan sangat teruja nak ada satu koleksi photobook dari mereka. Harap-harap dengan menyertai JOM PHOTOBOOK Giveaway oleh KedaiGambarKami, saya berpeluang merasa sendiri pengalaman memiliki photobook yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dan mampu milik ini dari KedaiGambarKami. Boleh la saya buat photobook khas sempena raya yang akan datang ni.


Sebelum itu, terimalah pantun 2 kerat dari saya untuk KedaiGambarKami.


Kuih paling 'keji' kuih taik itik,
Tengok sekali terus tertarik.


Kuih semperit kuih puteri mandi,
gambar menarik harga pon menjadi-jadi.


Boring makan seri muka, makan pula kuih koci,
hasil kerja kreatif memang puas hati.


Kuih ketayap kuih sekaya,
KedaiGambarKami photographer pilihan saya.


daun kelapa daun selaseh,
sekian sahaja dari saya, terima kasehhhhhhhh.


p/s: pantun tu tunggang langgang tanda aku ni tak reti nak buat pantun 2 kerat, tapi contest punya pasal nak aku mencuba nasibbbb ;)



Tuesday, August 23, 2011

Mainframe Cobol Training - PDB24

PDB24 ni nama my group semasa aku join mainframe cobol training.

training date: 30 May 2011  to 1 August 2011.

kami 5 orang dari ACI, 3 or 4 orang dari CIMB dan selebihnya dari Scope International. semuanya 25 orang.


aku, Jin Huei, Gina (our instuctor, she's from Philipines), Claude, Jin Kun and Peng Yean



the gedik girls..hahahaha ;p




pic credits to syiera


i'm going to miss u guys.

already missed you ;)


Monday, August 22, 2011

Review: Spa Eve De Beaute.

Last  5 month aku pernah beli deal spa dari milkadeal. tapi seminggu sebelum puasa baru sempat nak redeem dengan eena. spa tu kat kota damansara nama eve de beaute. ringkaskan cerita, memang best dan recommended. even, tak de paksa2 amek package ke apa. service pon bagus. aku bajet, dah kami bayar murah so mungkin service pon ala2 kadar tapi tak ok. service memang bagus dan aku memang suka. semua aku suka start dengan massage, scrub dan jacuzzi. message dengan stone memang best. kalau sapa2 pernah bertungku, macam tu rasa, panas2 sedap ;)



cuma ada la sikit2 benda yang aku tak puas hati. macam jacuzzi tu, kalau tengok gambar promotion memang menarik sangat siap ada rose tabur bagai lagi, tapi masa pergi tu, tak ada langsung, malah kena tambah duit rm12 untuk letak susu. aku decline aje, tapi eena beli.


Lagi satu yang menjadi kemusykilan aku, kenapa bila aku baca review dari blog eyriqazz.com, wife dia ada dapat voucher 20% untuk next visit. tapi kami tak dapat pon ;( mana aci kannn... ke ade kriteria2 tertentu nak dapat voucher tu.. aku rasa tak leh la bias kan sebab package ni dibeli dari well-known website macam milkadeal, of course orang akan buat review dan comparison semua, so kalau ada kes-kes macam agak tak sedap didengar kan.


yang lain2 puas hati (at least for me) sebab memang aku rilek sangat masa tu. aku pernah baca review dari blogger lain cakap masa berspa, ada bunyi bising semua sebab sebelah ada renovation. tapi masa aku pergi ok aje. kita tak boleh nak expect lebih-lebih sangat kan sebab bayar murah pon ;p tapi masa aku dan kawan aku pergi tu memang rilek dan worth la for our money.






pic credits to Eyriqazz.com


Ni aku nak share antara package yang menarik masa aku pergi tu:


1. candle massage rm100 for 2 session. yang ni massage sahaja untuk 1 hour/session. candle tu bau wangi gila.

2. package yang sama macam aku amek worth rm168. untuk 3 session. no expired date. aku rasa mmg murah sebab aku pernah try massage kat downtown tu, harga rm50 full body. tapi kat sini tempat mmg selesa plus ko bukan setakat massage, ada scrub dan jacuzzi lagi.

dua tu je aku ingat. yang pasti ada lagi tapi yang dua paling menarik perhatian aku. kalau korang berminat nak tahu, boleh tengok website diorang http://www.evedebeaute.com.


senang je nak cari spa eve de beaute ni. dari mutiara damansara korang straight je sebelah kanan ikea, cineleiasure, ikano semua... pastu sampai giza sunway, mall baru tu korang belok kanan. area2 situ la.


Address:
2A-2,JLN PJU 5/20D,THE STRAND KOTA DAMANSARA

Operation hours:
Monday – Friday 11 a.m. to 9 p.m.,
Saturday 11 a.m. to 9 p.m.,
Sunday, 11 a.m. to 9 p.m.

Tel No: 03-6142 3392

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan 1432H....

rasanya mcm lama gila tak update. ade ke org datang cari entry terbaru aku ek.. hahaha.. kalau ada pon mesti yg datang tengok result giveaway kan.


memandangkan sekarang bulan ramadhan, memang jadual hari-hari aku agak berubah. tambah-tambah aku baru habis training cobol so sekarang dah pergi kerja macam biasa. isnin minggu lepas (1/8/2011) last day aku training kat SHRDC, selasa masuk office kat damansara dan rabu terus kena assign pergi site untuk tolong apa yang patut kat production. nasib baik site aku kat kerinchi so tak payah nak masuk tengah-tengah KL macam last time kena pergi ambank raja chulan. jem tak hingat kalau nak kena masuk tengah-tengah KL tu tambah bulan posa ni.


dan yang tak best, company ni tak bagi balik awal dari biasa untuk muslim staff especially team aku sebab kerja kami more to support and standby. team lain boleh. benciiiiii...


tiap-tiap hari aku balik pukul 5.30, kadang-kadang 5.45 takpon pukul 6. rempit punya rempit sampai la pukul 7 kat rumah. tanak nasi elok-elok azan, nasi masak. fuhhh.. lauk tak payah cakap, semua beli. tapi bukan aku beli, encik suami yang beli sebab aku memang tak sempat. ada la sekali dua yang aku sempat singgah bazar, tu pon tak ada yang menarik dah sebab kebanyakan lauk dan kuih best dah habis. cuma time weekend dan sahur je la aku masak. time sahur masak je ringkas-ringkas. takpon hangatkan balik lauk sisa-sisa berbuka semalam. weekend barulah masak special skit.


last weekend aku sempat la masak ayam pedas, gulai telur dan kerabu sotong + mangga. ada ulam petai, kacang botol dan budu. bertambah-tambah semua orang.. hehehe.. gambar tak ada ye sebab tukang masak tak ada masa nak snap2 bagai sebab nak cepat nak kena bawa lauk tu semua pergi berbuka kat banting, nak pergi berbuka dengan adik aku. adik aku ni baru je seminggu masuk kerja kat sime darby so banyak la barang yang tertinggal dan kena pergi hantar kat dia. aku pergi dengan encik suami, adik ipar dan bakal adik ipar. sampai banting tepat2 bunyi azan. berbuka dulu ala kadar pastu solat maghrib pastu terus zuppp ke pantai morib untuk makan bekalan yang aku bawak penuh satu kereta. lupa nak habaq, sebelum sampai banting tu, siap singgah bazar ramadhan lagi beli kuih muih dan cuci mata. hehehe.. diringkaskan cite, pukul 12 sampai rumah. kemas apa yang patut dan terus tidur.


keesokan harinya, sebelum zuhur kami keluar nak cari tiket balik kuantan untuk adik encik suami pula. tapi semua sold out cuma tinggal tiket pukul 7.30. so, discuss punya discuss kami decide nak terus hantar ke kuantan. so, buka puasa kat kuantan la kami hari tu. sempat berbuka dengan we, cousin encik suami di Benteng. next time la we yeee kita pergi makan kat tanjung lumpur ;p lebih kurang pukul 10 gak baru kami bertolak balik KL. sampai KL lebih kurang 12.30.. terus pergi Prince Court medical centre sebab makcik encik suami masuk wad. pengsan kat Giant. tu pon kami dapat tahu masa dah otw ke Kuantan. borak dan layan tv jap kat wad pastu 2.30 terus ke kampung baru untuk bersahur. pukul 4.30 jugak sampai rumah. terus aku MC esoknya sebab memang tak larat gila. mata pon dah tak boleh nak celik. mengantuk dan sengal2 satu badan.


ok habis cite pasal puasa, cite pasal giveaway aku tu, result dah lama keluar dah cuma hadiah belum sempat pos. aku dah email kedua-dua pemenang, cakap aku mungkin lambat pos. sorry guys. cuma pemenang ketiga je yang aku dah bagi hadiah dia sebab dia menang topup, so aku dah email no pin semua lepas dia email details. apapon, aku ucapkan terima kasih kat korang semua yang sudi join dan bersabar dengan kelembapan aku update pasal giveaway. hehehe.. bukan apa, kebetulan lepas je aku anjur giveaway, aku kena pergi training selama 2 bulan, so life masa tu agak busy dan kadang kemalasan yang melanda amatlah tinggi ;p untuk menyedapkan hati korang especially my lucky winner, sila tengok gambar hadiah masing2.


ni hadiah alia. pati halia yusmira plus limau nipis.



tapi sekotak je.

dan kerongsang buat ninie... alamak, belum beli pon lagi... hehehe, nanti ninie ye, harap bersabarrr ;)


terima kasih juga untuk uols sebab sudi buat entry khas pasal kemenangan masing2 dan link back to me. thank you thank you.


perkara kedua aku nak update ialah pasal korang yang sudi LIKE entry aku yang join contest Bonia tu. kalau tengok kat komen, hanya ada 5 orang tapi kalau tengok kat entry tu ada dekat2 30 orang. so, memandangkan ada janji nak bagi hadiah sebagai tanda terima kasih aku sebab sudi like, aku kasi kat kelima-lima orang yang bagi facebook id kat ruang komen ni ok. result bonia tu tak kelaur lagi. so, mungkin lambat jugak la aku pos hadiah. so, kepada Nida, tiefazatie, Fadzillah Kamarudin, Izan Ishak dan shidasyakirin, thanks kat korang sebab sudi like my entry ye. dan jangan lupa send details korang to my email, w.syima@gmail.com untuk proses pengeposan hadiah. tapi me nak cakap mungkin lambat sikit pos yeee.. harap bersabar sebab kalau boleh nak tunggu sekali nga result bonia tu tapi kalau terlampau lambat, me pos la dulu.


ok semua, selamat berpuasa. jumpa next entry. assalamualaikum.


Monday, August 1, 2011

The winners of 1st Wedding Anniversary Giveaway are.......................

Congratulations to ALVAS-87-CONTEST.


You are the first lucky winner.







The second lucky winner goes to Darling Ninie.





Last but not least, the third lucky winner  is Fiq'ra.... 


tapi-tapi.. memandangkan awak tak memenuhi syarat penyertaan ie tak letak banner giveaway di side bar. saya cari tak jumpa :(  saya terpaksa pilih next winner.. sorry dear ;(


So, the last winner is...........







Congratsssss to all the lucky winners!!!


Pls email me your details (full name, contact no, address) at w.syima@gmail.com


Nanti me update pic hadiah plak yerr. oh ya untuk pemenang ketiga, blog cekodok punyer, awak kena bagitau nak topup apa ye ;p


p/s: me bagi masa sampai 3 hari untuk proses tuntut hadiah, kalau lebih 3 hari, me pilih winner lain ya. jangan marah..ehehehe ;p


Related Posts with Thumbnails