Busy busy busy...
1. Esok aku nak balik kampung lepas balik kerja.. adik ipar nak kahwin.. Kalau ikutkan mak (MIL) mau kami balik weekend lepas lagi.. Bukan tak nak balik tapi kerja bertimbun, cuti pon belum approve. tapi cuti seminggu ni dah macam diri sendiri kahwin kekdahnya.. hehehehe.. tapi aku amek 3 hari, khamis-jumaat-isnin..
2. Sekarang tengah involve dalam satu projek dengan CIMB -- enhancement untuk foreign currency fixed deposit dan foreign currency current account.. lepas ni semua tu boleh buat secara online kat cimbclicks. pengsan, pengsan.. masa aku menaip ni, aku masih kat site menyiapkan kerja.. pening dah aku tengok screen gelap ni..
3. Bulan ni juga bulan terakhir kami laki bini dok kat bukit jalil. alhamdulillah, rezeki nak dok rumah sendiri akhirnya tercapai walaupon rumah tu kecik dan bukanlah macam rumah idaman aku yang sebenar.. tapi at least rumah sendiri.. masih dalam mencari landed house yang selesa.. yang dah ada ni, boleh buat 'investment', insya Allah.
4. Dah kata nak pindah kan, haruslah kena pack segala barang.. memang hazab betul.. aku dah start skit. aku rasa baru 20%.. lagi 80% lepas balik dari kampung baru buat. dah la nanti, nak angkut barang pon azab benooo sebab rumah atas langit.. takpela, ini sahaja yang termampu setakat ni.. janji enjoyyyy! hahaha.. ada kaitan ke.. takde enjoy nak mengemas ni.. sakit kepala otak, sakit kepala lutut.. hikhik..
5. Lepas aku balik kampung jugak, dah start SIT, regression testing, UAT projek aku buat... pengsan lagi..
Doakan aku dapat menyelesaikan semua kerja ni dengan sebaik mungkin ye uols.
bye, nak balik....
p/s: terbayang laksa penang, colek perut, nasi kerabu, mee cambol, sotong tepung... tak sabar nak balik!
Tuesday, June 12, 2012
Sunday, June 10, 2012
tinggi tinggi gunung KINABALU, tinggi lagi sayang sama kamu ;p
Kate pergi honeymoon ke sabah sempena 2nd anniversary.. haruslah tetibe terfeeling lebih sebab hari sebenarnya semalam..kahkah.. honeymoon awal sebulan dari date sebenar.. janji holiday bersama kan...
jom sama-sama layan perasaan dengan aku.. hikhik
Tajuk sebenar lagu ni, Sayang Kinabalu..
jom sama-sama layan perasaan dengan aku.. hikhik
Tajuk sebenar lagu ni, Sayang Kinabalu..
rindu sabah.. rindu kundasang.. rindu nak jalan2 lagi... hehehe...
Saturday, June 9, 2012
2 years already
Wedding ticker kat sebelah tu dah menunjuk "We have been married for 2 years" today. cepatnyaaa...
tapi kami takde la bercinta dari darjah 1..hikhik.. kami kawan sekelas, sepermainan je.. tak sangka one day dia yang akan jadi suami aku..hahaha.. bila ingat balik macam lawak pon ada. especially kawan2 baik dan cikgu2 sekolah rendah semua macam terkejut. dorang cakap, tak sangka kami akan bertemu jodoh.. well, jodoh tu rahsia Allah kan.. setiap perancangan Dia adalah yang terbaik dan hanya Dia tahu apa yang terbaik.. dan tak bermakna, walaupon kita sudah berkahwin dengan suami kita, dia milik kita selama-lamanya kerana kita tak tahu jodoh kita dengannya akan berkekalan sampai bila.
Korang pernah dengar tak ayat ni, mungkin kita ditakdirkan bertemu dengan insan lain sebelum bertemu dengan insan yang benar2 sayangkan kita, terima kita seadanya.. mesti pernah kan.. ayat ni memang sebijik sejibun kena batang hidung aku sendiri.. hahaha..
Sebelum bercinta dengan my husband sekarang, aku pernah berkawan dengan seseorang.. dan pernah bercinta dengan orang lain.. tapi mungkin tak ada jodoh, hubungan tu tak ke mana pon.
dan pernah juga kawan-kawan mak aku tanya aku untuk nak 'pasangkan' aku dengan anak-anak dorang tapi masa tu aku dah ada encik suami (tengah bercintan-cintun).. hahaha..
Sepanjang bercinta dengan encik suami.. ada juga pasang-surut.. gaduh2 manja tu biasa.. tapi sepanjang hubungan tu, tak pernah lagi ada perkataan nak putus ke apa.. gaduh macam mana pun, dia tetap cool dan cara dia handle masalah memang matang.. not like me, kadang-kadang agak childish..hikhik.. Sekarang lepas kahwin pon, perangai dia masih sama.. dan perangai aku? sikit2, kadang2 masih sama.. hahaha...
Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua kami sama2 melayari rumahtangga bersama.. walaupun masih belum ada rezeki nak timang anak sendiri, kami tetap enjoy hidup berdua.. kata orang masih dalam mood honeymoon.. buktinya, berat aku naik lebih 10kg uols. pengsan..pengsan.. macam mana nak kurus ni.. hahaha.. jangan pula ada yang cakap kami saja tak nak anak ke, merancang ke.. kami tahu perancangan Allah adalah yang terbaik.. yang penting usaha kan? hehe..
Sayang..
Happy 2nd anniversary...
As long as you're beside me, I know... I will always be happy...
Your love is the best gift I've ever got
Thank you for everything..
Love uuu!
Thursday, June 7, 2012
Terjebak sudah...
Sejak tengok kak ila salleh beli voucher photobook, terus rasa nak beli jugak.
Semalam terjumpa voucher groupon yang ini..
Semalam terjumpa voucher groupon yang ini..
[73% Off] Personalised Classic Imagewrap Hardcover Photo Book for RM50 instead of RM188. Available in 3 Sizes. Nationwide Delivery Available
Sapa tak teruja tengok 73% off tu..hikhik..
Nak telek, boleh click SINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)