Kat sini syok skit nak membebel sebab boleh tulis panjang-panjang haha.
Aku nak bercite pasal kepuasan dalam bekerja.
Korang rasa-rasa korang suka tak dengan kerja korang sekarang?
ehsan pakcik google.
Dari kecik-kecik kita dah ditanam dalam diri, jadi doktor bagus, jadi cikgu bagus, jadi arkitek bagus, jadi engineer bagus. Pendek kata, semua professional profession tu semua bagus.
Gaji besar, boleh pakai keta besar, boleh dok rumah besar.
Semua tu memang dah disemai sejak kecik. Tak terkecuali aku.
Tapi aku ni bercita-cita nak jadi cikgu je. Dalam banyak-banyak kerja yang bagus tu, mungkin cikgu dikira kerja yang gaji paling kecik. Tapi aku suka. Sebab aku rasa kerja cikgu ni kerja yang mulia. Macam best je ada anak murid dan panggil kita cikgu haha.
Dipendekkan cite, masa masuk U aku dioffer buat sains komputer.
Entah apa la yang aku pikir masa aku isi borang UPU.
Tapi jenis aku plak, aku jenis terima je. Takde la rasa nak tukar course ke apa. Hadap jela.
First semester, aku memang struggle, bukan struggle study. Struggle nak pahamkan sains komputer ni. Memang bukan jiwa aku. Masa zaman aku tu, pendrive baru nak muncul. Kebanyakan assignment save dalam disket. Masa tu, aku pon tak reti nak pakai disket, tak tau nak save data dalam disket. Gila teruk aku punya knowledge. Tapi takpe, lecturer aku cakap dia pon sama masa awal join sains komputer. Tapi dia jadi best student dan jadi lecturer sains komputer.
Masa aku belajar tu aku rasa aku banyak main dari belajar.
Tapi alhamdulillah, aku dapat habiskan degree aku walaupon bukan dengan gemilang tapi cukup dapat puaskan hati sendiri. Kadang-kadang takut jugak tak mampu nak abiskan degree ni sebab aku rasa programming tu susah giler. Pernah aku kena repeat paper programming masa first sem.
Memang otak ni tak dapat terima apa itu programming.
Kadang-kadang rasa nak give up pon ada.
Tapi sapa sangka, sebelum konvo aku dah start keje.
Kerja kat company IT, jadi vendor untuk sistem bank. Malas aku nak cite sistem apa. Kang panjang cite nanti haha. Tapi masa tu kena buat programming, jadi software developer.
Serius awal-awal keje memang banyak nak kena belajar, nak kena catch up. Tapi bos baik, opismate lain pon banyak tolong, teammate pon memang banyak tolong. Pendek kata, teamwork memang membantu sangat-sangat. Aku rasa down jugak awal-awal sebab rasa programming skill aku apa la sangat nak banding dengan orang lain. Tapi sepanjang 2 tahun aku kerja kat situ, aku rasa ilmu yang aku belajar kat U hanya berapa percent je. Sekadar asas untuk bermula. Bila dah bekerja, semua totally different. Dunia kerja memang tak sama langsung dengan zaman belajar. Jadi kena cepat, kena jadi fast learner dan cepat bertindak.
Setelah kerja 2 tahun kat sana, aku dapat rasakan jiwa aku tak sesuai sangat dengan programming. Bukan nak cakap aku tak bagus dan bukan aku cakap aku bagus sangat. Tapi aku rasa, aku taknak kerja jadi software developer sampai bila-bila. Kerja ni memang memerlukan ko berkorban masa.
Sape pernah dok dalam bidang IT paham la kot. Tapi setiap kerja ada cabaran masing-masing kan, takde la aku nak cakap bidang IT je busy memanjang. Tapi aku rasa aku tak enjoy nak kerja macam ni selama-lamanya. Terus terang aku cakap aku bukan la sorang yg ambitious.
Bagi aku cukupla aku ada kerja yang bersesuaian dengan kelulusan aku dan gaji yang sepadan.
Even kalo tak naik pangkat pon aku tak kisah, janji ada kenaikan gaji.
Gaji kena naik, kalo tak aku pon nak blah. Makin lama kerja, makin besar tanggungjawab ye dak.
Lepas kerja yang tadi, aku tukar angin kerja kat tempat lain plak.
Tempat kerja pertama aku, aku satu opis dengan Emma. Kat tempat kerja kedua, aku satu opis dengan Eena. Kat tempat kerja ni pon aku kena buat programming dan support sistem yang ada. Tapi aku rasa a bit interesting sebab aku belajar benda baru. Pastu dia punya programming tak macam kat opis lama. Tapi still programming la. Terpikir jugak aku, aku ni nak kerja apa sebenarnya. Aku nak kerja senang, tak payah perah otak sangat tapi gaji besar, ada ke haha?? Kalau kerja sendiri, setup company sendiri pon lagi sakit kepala.
Lepas 2 tahun kerja kat sini, aku plan nak tukar keja lagi. Nak cari new environment, nak cuba kerja lain. Tapi dalam masa yang sama, sayang jugak kat company ni. Tapi masa tu, department ada sedikit masalah. Manager aku resign 24 hours. Sebelum tu plak, ramai gak yang resign atas sebab-sebab tertentu. Malas aku nak share haha.
Masa tu aku tunggu dapat bonus dulu. Bonus biasa dapat bulan 1. Lepas dapat bonus barula aku beria skit nak cari kerja baru. Baru la nak update resume. Tapi masih jugak tak beria sangat.
Sampai la bulan 3 ke 4, nak dapat service incentive plak, so tangguh dulu.
Akhirnya bulan 9, barulah aku beria sikit dan start anta resume kat Jobstreet dan dapat interview company sekarang.
Alhamdulillah, aku dapat kerja tu setelah 2 kali diinterview.
Cite nak dapat keje ni pon tragis gak sebab aku nak bagi short notice, tapi bos aku tak bagi.
Berlaku sedikit konflik haha. Malas aku nak ingat. Tapi bulan 10, aku join tempat sekarang.
Apa aku boleh cakap, company ni memang bukan international company, dia punya benefit pon takla sehebat company dulu. Tapi ada pro and cons la.
Kat tempat sekarang, aku dapat balik on-time. 5.30 balik, 6.00 aku dah selamat sampai rumah.
Opis pon dekat area Shah Alam jugak. Parking kete free, tol takde. Minyak pon jimat.
Paling syok, keje aku dah kurang dan tak heavy macam kerja lama.
Bidang IT tu memang takleh nak lari, tapi sebab ada vendor yang support sistem ni kerja aku tak terbeban sangat. Pastu sistem dia tak banyak pon.
Apis siap cakap aku punya mood pon macam ceria je sejak kerja kat sini.
Mana tak ceria, pukul 6.00 dah sampai rumah. Banyak masa nak rehat.
Gaji bertambah dari yang lama. Pastu masa akhir tahun semua orang dapat bonus, aku pon dapat :)
Padahal masa tu aku tak confirm lagi. Bulan 1 baru confirm.
Bulan 6 ni bulan naik gaji. So nak tau jugak la kalau-kalau aku pon dapat hehe. Biasanya keje setahun baru dapat naik gaji.
Apapon aku dah bersyukur sangat dengan keje sekarang. Walaupon ada jugak kekurangan tapi lebih banyak kelebihan kot. Aku pon kurang stress.
Bila kurang stress, mood pon baik. Perasaan lebih banyak happy.
Tapi aku tak tahu la sampai bila keadaan kurang stress ni. Kita tak tahu masa depan kan.
Apa-apa boleh berlaku. Tapi aku harap sangat aku tak keje makan gaji sampai bila-bila.
Nak jugak ada bisnes kecil-kecilan untuk duit poket aku sendiri.
Aku pon memang suka bisness. Sebab masa lebih flexible.
Bagi aku kepuasan bekerja tu adalah bila kita enjoy dengan keje kita.
Yang pening niat kita bekerja kerana Allah. Bukan sebab gaji semata-mata.
Tak kisah keje kita keje biasa-biasa je, janji kita suka dengan keje kita.
Aku ada sorang kawan yang belajar medic, tapi masa housemanship, dia dah give up dan rasa keje doktor ni tak sesuai dengan jiwa dia. Dia rasa stress terlampau, dia rasa dia pegi keje hanya for sake of her family yang memang harap dia jadi doktor je. Dia tak happy pon dengan apa dia buat.
Dulu masa aku kecik, aku selalu pikir bila keje best orang pon akan pandang kita hebat dan bagus.
Tapi bila aku dah makin dewasa, makin 'kenal' dunia, cara aku berpikir pon berubah.
Kenapa kita nak pikir sangat apa yang orang pikir tentang kita.
Kenapa kita nak bahagiakan perasaan orang lain instead of kita gembirakan hati kita dulu.
Penting sangat ke nak tunjuk hebat kat orang lain?
Yang penting korang tau minat korang. Jangan paksa diri.
Tanyalah diri sendiri.