Friday, May 17, 2013

Konvokesyen UiTM ke-78


Serius malas gile nak menaip nak membebel kat sini.. entah ke mana mood nak menaip ni.. membebel kat laki rajin plak hahahaha.. tapi demi tak nak blog ni bersawang, berhabuk puh puh.. aku cuba la jugak merajinkan diri.. sementelah sekarang ni kerja di office kena ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan so kita isi masa terluang ni dengan update cite terbaru.. cite lama-lama dah malas nak taip, tak kuasa aku nak ingat nak taip.. hehehe..


Rabu lepas, adik yang no.4 konvo.. after 2 and half year dia struggle nak habiskan sijil professional accounting dia tu ape ek orang panggil, CAT kot tak salah aku.. berjaya juga dia habiskan.. haha.. so sekarang dia tengah sambung ACCA plak kat tempat yang sama, UiTM Shah Alam.. 


Umi aku tak dapat datang sebab nenek tengah tak sihat kat kampung.. kira tak larat sangat dah.. kalau nak naik flite pon takut tak larat.. paham-paham le dalam flite tu, walaupon 45 minit je tapi dengan keadaan sempit, susah nak bergerak.. unless la terdesak sangat mungkin nenek aku tahan je la sekejap.. kesian sangat dah dia.. tak lama dia tak pergi ke masjid.. biasanya tak larat pon, dia still pergi.. umi aku pergi amek kat rumah dia hantar sampai tangga masjid pastu hantar balik sampai tangga rumah dia.. ni dia cakap nak jalan dari tangga masjid ke tempat solat tak larat sangat, kaki dia sakit, lenguh-lenguh.. pastu kalau masak tu memang dah lama tak masak, nak masak macam mana nak cedok nasi sendiri memang tak larat, tak kuat nak tekan nasi masa nak cedok tu.. kadang-kadang, baju pon tak boleh nak buka.. ya Allah serius memang aku rasa sedih sangat.. ok stop la cite sedih ni.. 


Hari konvo semua adik beradik dapat berkumpul bersama.. tak nak bagi Kak Chek rasa sedih parents tak dapat datang.. 


Apapon, tahniah my dear sis.. u deserve it selepas bertungkus lumus beberapa tahun ni.. 




ada beberapa keping lagi pic tapi aku malas nak copy from kamera.. nanti2 la yek.. hahaha..



Friday, May 10, 2013

Homemade Murtabak Raja, From Kelate With Love....

Salam uols..


Wah wah tajuk bukan main kan.. sape kat sini pernah rasa murabak raja yang terkenal kat Kelantan tu? apa? tak pernah? rugi rugi uols.. hahaha.. kalau tak pernah, kena la cuba.. 



Lagi satu murtabak raja ni dimakan dengan pencicah jeruk bawang (macam dalam gambar).. jangan risau ni homemade punya.. 





Boleh buat stok untuk bulan puasa nanti sebab murtabak ni frozen tau.. kalau nak makan, just defrost dalam microwave, pasto goreng atas non-stick pan.. nak bakar dalam oven pon boleh cuma lambat skit garing.. aku memang sentiasa simpan stok murtabak ni kat rumah..



aku suka goreng dalam non-stick pan sebab cepat garing.. 



Kepada yang nak mendapatkan Murtabak Raja di sekitar lembah kelang, boleh la contact me kat no ni.. 019-9593125 (Whatsapp/SMS) atau email w.syima@gmail.com


Harga: RM16 (1 pc)


COD area: Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Seri Kembangan.
** Selain area ini, masih dipertimbangan dengan kos penghantaran atau depends pada jumlah order..

UPDATE: COD di area SHAH ALAM sahaja.



Friday, April 19, 2013

Pekasam...

Ini bukan pekasam ikan tu ye.. ni hadiah-hadiah yang jadi pekasam sebab dah lama terperuk dalam paperbag.. hahaha.. cuma pekasam ni bau sedap dan wangi.. hihii...


ok la, sebenarnya nak share pasal beberapa hadiah yang aku menang dari majalah. ada yang dah bagi kat umi, adik beradik dan kawan-kawan, tak sempat nak snap.. yang ni yang ada dengan aku sekarang.. hehehe..



Produk Clarins dari magazine mana dah lupa.. boleh guna time pergi holiday.. 



Yang ni dapat 2 set, satu nama aku satu lagi nama Ummi..
Kalau ikut menang dapat produk Hada Labo, tapi yang dapat Sunplay.. aku ok je.. 



won from EH magazine, April 2012.. 
yang ni surat sampai kat rumah lama, nasib baik ada cousin stay area sama so minta tolong dia pergi tengok surat ada ke tak.. orang cakap kalau rezeki tak ke mana..




won from GLAM magazine, bulan 10 tahun lepas tak salah.. tapi dapat lambat tak salah awal tahun kot..



yang ni tak sempat guna pon sebab dah expired 31 Mac lepas.. masa tu aku balik kampung sebab ada emergency case.. kalau ikut plan, memang nak pergi weekend terakhir bulan Mac tu tapi takde rezeki..




yang ni dah selamat menjadi hak milik ummi.. 


Jangan la sesapa cakap aku nak riak ke apa.. blog ni sebagai diari atau notepad aku untuk simpan segala kenangan aku especially dalam bab-bab berjalan atau bercuti dan juga hobi aku, join contest.. semua ni hanya sebagai catatan kenangan manis.. ni pon, tak semua kawan or family members yang tahu aku ada blog.. kawan baik aku sendiri pon, dah berbulan-bulan aku ada blog, baru dia terjumpa blog aku ni.. bukan aku nak berahsia, tapi segan hahaha.. 

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday: Mengapa Perlu Mengundi?

Sharing is caring ;)


Dah lupa cilok kat mana.. thanks kepada yang berkenaan.. 
Related Posts with Thumbnails