Thursday, January 24, 2013

KRABI DAY 3 PART 1 - ELEPHANT TREKKING

Salam uols..


Selain island hopping, aktiviti naik gajah paling aku tunggu dan nanti-nanti kan hehehe.. orang kata kalau ke Krabi or Phuket, tak naik gajah memang rugi wooo.. Ni aktiviti wajib ok, masukkan dalam list uols kalau nak datang sini ye.. memang aku dah plan awal-awal hari ke-3 nak pergi elephant trekking ni so jom baca pengalaman aku yang tak seberapa ni..


Hari ke-3 ni kita orang tak keluar breakfast pon sebab semalam makan banyak gile plus makanan semalam pon ada lagi. so makan yang mana ada untuk alas perut.. pagi ni excited nak pergi elephant trekking ;) actually ada macam-macam package elephant trekking ni.. macam aku, aku memang nak pergi elephant trekking je.. bila tengok kat brochure tu tak ada pon package elephant trekking je.. ada yang elephant trekking plus ATV, elephant trekking plus tiger cave temple, elephant trekking plus emerald pool.. elephant baby show memang ada dalam semua package sebab dia tempat yang sama je. so aku pon pilih la yang elephant trekking dan elephant baby show. harganya 600 baht per pax, lebih kurang RM60 duit kita.. pakej ni pakej separuh hari je from 8.30 pagi hingga 2.30 petang termasuk perjalanan pergi dan balik..




Laki bini yang over-excited.. hahaha.. tapi aku je yang over.. teman sebelah rilek je.. haha.. aku yang beria-ria nak naik gajah ni..


Dalam pukul 8.45 pagi agen datang amek weols kat hotel.. Perjalanan from Aonang ke tempat elephant trekking tu boleh tahan jauh gak. dalam 40-45 minit jugak. tapi aku tak rasa lama pon sebab best naik tuk-tuk tu sambil-sambil tengok pemandangan sekeliling.. 




Jalan raya kat Krabi ni memang selesa.. jarang ada bumper.. pastu takde sibuk sangat.. view sekeliling memang saujana mata memandang.. chewahh ayat kan tak mau kalah..




Stesen minyak diorang.. petrol kat Thailand memang mahal berbanding dengan kita.. sebab tu la kalau kat sempadan Malaysia-Thailand banyak kes penyeludupan petrol or diesel.. sebab petrol kita murah gile banding nga diorang.. lagi satu kat sini ramai yang beli kenderaan pacuan 4 roda macam Hilux, Triton.. yang tengah famous time aku pergi sebab iklan merata-rata, Chevrolet Colorado.. aku pon suka sebab nampak gagah.. hahaha..




Lepas jalan besar, masuk jalan kampung plak.. masuk ladang kelapa sawit.. suasana kat sana sama je macam kat tempat kita..




Then, masuk plak ladang getah.. hoho..




Habis ladang getah, masuk ladang kelapa sawit balik...




Pastu keluar jalan besar balik.. hoho.. aku suspect driver ni pakai short cut.. hahaha..


At last.. sampai la kami...



Khao Panombenja Jungle Trekking




Jalan masuk ke dalam..


Masa weols sampai ni, baby elehant show baru je nak mula, so join la tengok sebab dah masuk dalam pakej kan.. memang comel je gaya baby gajah ni buat aksi macam-macam..






 Lepas aksi-aksi comel baby gajah ni, weols diberi peluang kalau nak ambil gambar dengan dengan baby gajah ni.. haruslah aku tak lepaskan peluang padahal aku gerun hahaha..



Memula macam malu-malu hahaha..


 

 Pastu instructor dia suruh dia buat aksi macam kat atas.. aku pon buat-buat nak pegang hahaha.. geli weih bila tersentuh dengan bulu dia..aku buat aksi biasa je.. ada minah salleh tu siap kiss lagi belalai dia erkk geliii..



Aksi over tak hingat.. siap pegang dengan dua-dua tangan lagi tu.. hahaha ;p


Ok, lepas ambil gambar dan bagi dia makan pisang.. tibalah masa untuk naik gajah..



Masa aku nak naik ni, aku pass la kamera aku kat salah seorang pekerja dia kat tepi tapi frust gile aku bila tengok gambar kitaorang ni..

Uols tengok la sendiri..



Serius aku benganggggg tapi nak buat macam mana kan.. mana la sempat aku nak check balik gambar tu jadi ke tak.. lepas dia snap ni, terus dia pass balik kamera kat aku sebab gajah ni memang tak tunggu kita nak bergambar ke apa.. lepas je naik terus nak jalan.. sebab tu kot mamat tu snap cepat-cepat pastu hasil dia macam ni.. *redha* huhuuu..


Memula aku ingat trek ni biasa-biasa je, jalan mendatar sekali naik bukit, turun bukit waaa... gerunnye..tapi best sangat! serius kalau nak suh aku ulang naik, aku sanggup!!



Gajah yang aku naik ni special skit sebab dia ada baby.. dengan baby dia, dia angkut sekali.. hehehe.. pastu baby gajah ni nakal tau.. kejap-kejap nak makan daun pokok, kejap-kejap nak menetek.. ada je keje dia nak buat.. aku cuak gak sebab kang buat dia pergi kat celah-celah pokok kan susah plak hahaha.. sorry uols, daya imaginasi agak tinggi time gini..




Awal-awal ni trek dia ok lagi.. kejap lagi memang muka 2 orang ni la banyak dalam gambar aku sebab dorang dok depan gajah tunggangan kami.. tunggangan tu tak tahan.. wakakakkk..



Ok, dah start trek mencabar..






Ni part paling aku gerun.. Turun bukit.. dah la trek tu berselut (read: lumpur) dengan licinnyaa.. boleh dengar berdecup-decup (eh, betul ke ayat aku ni..lantakk hahaha) masa dia angkat kaki tu.. pastu dah berselut kan confirm-confirm kaki akan masuk selut.. dah senget dah aku time ni.. dah gaya macam menjunam pon ada.. aku siap pejam mata tak sangup nak tengok, sedap je orang sebelah gelakkan aku.. hahaha..



Sejuk mata tengok pokok-pokok ni semua.. dengan air kolam pon warna hijau erkk hihi..




Chup.. chupp.. bunyi kaki gajah ni pijak dan masuk dalam selut tu..






Bersih kan tasik diorang.. rasanya ada bela ikan dalam tu..



Jalan-jalan tepi tasik..



Gajah-gajah ni semua nakal tau.. kalau dah berkenan dengan daun or pokok kat tepi tu terus je melolong dorang pergi makan.. sabar je laa.. pastu driver gajah tu tepuk-tepuk skit terus dorang jalan balik..




Sampai kat sini, mula-mula ingat lalu je tepi air ni.. 



Tetiba ada sekor gajah nakal woo.. pergi masuk dalam air ni.. aku dah cuak dah... jangan gajah aku naik ni masuk sekali tak sanggup woo.. kang terjatuh dalam air ni macam mana.. uols boleh nampak kan betapa dalam kan air ni.. orang panggil ape ek, tali air? tasik? watever.. 



Sekali amek ko, semua gajah masuk dalam air secara berjemaah.. tinggal sekor je tak masuk tak tahu la kenape.. masa ni aku dah jerit woo.. wooo... hahahaha.. memang kaki tu cecah air lerr tapi aku angkat skit hehe.. pastu tetibe gajah-gajah ni main sembur-sembur air plak.. ambooiii.. aku rasa si driver gajah ni suruh sebab dengar dorang cakap-cakap dalam bahasa Thai tak paham..  gajah ni baik tau, kalau tuan dia tak suh buat, dia tak buat.. kalau suh buat, dia buat je la..





Tengok sendiri.. macam ni rupa aku laki bini time masuk dalam air ni.. sedih takde gambar sendiri time ni..



Takpe la, ambik je la sendiri.. tapi tak nampak macam naik gajah plak.. tapi dah nak sama tinggi dengan pokok tu, kira ok laa hahaha..



Ok, one more... still tak nampak gajah.. macam berjalan je kan..




Ni gerai jual pisang untuk bagi gajah-gajah tu makan.. sebenarnya tak ada paksaan pon nak beli ke tak.. memula aku macam tak nak beli.. satu bakul, 50 baht.. tapi bila pikirkan kesian gajah tu dah penat bawa kitaorang ni, takde pon upah kan.. beli la sebakul pisang.. aku dah lupa ada berapa ketul..



Pastu paksa encik suami yang bagi makan hahaha.. 




See see.. awk pon gerun gak nak bagi gajah makan kan.. 



Memang gajah ni makan dengan rakusnya tau.. baru je amek dari bakul nak bagi terus dia capai dengan belalai dia tu masuk mulut.. sekejapan sudaa habis woo.. 


Lepas semua ni, dorang panggil weols semua dorang jamu nenas pastu ada air mineral.. manis nenas dia.. dan atas meja ada nampak gambar kitaorang..



Bukan free ye.. ni 150 baht.. haruslah aku beli buat kenangan..


Lepas makan semua, dorang hantar balik hotel.. kita sambung cerita seterusnya next entry ek..



Wednesday, January 23, 2013

KRABI DAY 2 PART 2 - KRABI TOWN

Salam uols..


Kita sambung balik cite Krabi.. lepas kami balik dari island hopping tu terus balik hotel.. dorang memang ambil dan hantar kat hotel tak kisah uols stay kat area Aonang ke, or Krabi town ke.. so balik la kami ke pangkal jalan.. sampai hotel, terus mandi bersihkan diri pastu rilek-rilek tengok movie kat TV jap. yang best selain channel Thai ada jugak channel macam Fox movies tu haruslah aku layan movie.. Boleh tahan gak cite semua best-best.. last-last tertido, bangun pon dah maghrib.. terus bangun bersiap dan keluar cari makan.. lapar woo.. 



So malam tu kami jalan lagi from hotel sampai ke area Aonang. rasanya dalam 10 minit gak. pastu discuss dengan encik suami ajak dia pergi Krabi Town.. kalau tuk-tuk yang motosikal tu.. orang pangil apa ek.. memang dia tak pergi sebab jauh 40-45 minit from Aonang so kami amek tuk-tuk yang rupa dia macam van tu. one way 400 bath pergi balik 800 baht. memula aku refuse nak amek round trip sebab aku pikir, takutla rushing pastu takkan dia nak tunggu lama-lama kan. tapi encik suami cakap amek jela round trip senang keje. 



Tengah-tengah Krabi town. unik kan traffic light diorang kan...


Perjalanan ke Krabi town memang agak jauh.. kalau merempit dengan motor memang kebas gak bontot uols.. jangan tak tahu hari ke-3 weols merempit ke Krabi town,naik kematu bontot hahaha.. yang tu nanti cite lain la ek.. pastu on the way ke Krabi town tu, ade certain tempat mcm gelap, yelah area kampung memang la gelap ada lampu jalan je. mula-mula sampai driver tu letak kami kat tengah-tengah Krabi town tu. tapi aku tengok dah banyak kedai dah tutup. masa tu dah nak dekat pukul 9 kot. aku membayangkan Krabi town ni sama happening macam Aonang tapi tak langsung.. ke aku pergi salah hari hahaha.. tapi nasib baik la ade area macam pasar.. masih buka.. kami pon masuk dan jumpa kedai makan muslim. so terus makan kat situ. makan nasi campur. aku amek lauk ikan keli masak apa ntah.. berdesing pedas gile. tu pon aku tak letak sanagt kuah sebab tengok rupa macam pedas. yg encik suami pergi letak kuah banyak lagi tak boleh nak makan sangat.. perut dah la 'manja' tapi aku suka je la tapi sampai bengkak bibir pedas.. pastu dia bagi ulam dengan sambal belacan. terus macam berselera aku makan.. hahaha.. air plak, manis giler, uols bayangkan air aku order boleh tambah air kosong satu gelas lagi baru just nice je rasa dia..


Lepas makan terus jalan kat kawasan sekitar.. ada orang jual buah.. aku agak ni pasar buah sebab ramai gile orang jual buah, selain makanan.. tapi ramai lagi orang jual buah..


Durian bangkok.. besar woo... 



Ni dah yang dah dikopek.. besar-besar.. terliur jugak tapi tak beli ponn..




Weols beli dokong dengan manggis hahaha.. macam tak pernah jumpa kan. tapi bila tengok rasa terliur sangat. buah dia segar pastu manis sangat dan murah.. tengok tanda harga kat atas tu.. murah kan kan.. hehehe.. pastu kitaorang jalan kat area kaki lima bangunan ada macam orang buka gerai.. kedai-kedai kebanyakan dah tutup so decide nak balik la sebab macam dah tak ada apa nak buat kan. terus pergi balik kat driver tuk-tuk tu. dia tunggu dalam tuk-tuk dia.. dia tanya dah habis ke? aku cakap yes sebab macam tak ada apa pon. aku cakap omputih nga dia tapi dia banyak tak paham dari paham. pastu aku cakap boleh tak pusing one round pastu terus balik.. dia cakap ok ok.. 


Tapi dia tak paham kot. hahaha.. tapi bagus gak tak paham sebab lepas tu dia bawa kitaorang jalan-jalan. memula pergi kat area riverside Krabi. masa tu malam so tak nampak apa pon.. ramai la jugak orang dok lepak kat situ. driver tu suh kami amek gambar kat ketam ni..







Welcome to Krabi, Thailand :)




Tengah syok amek gambar kat sini, tetiba bateri kamera habis.. aku lupa nak charge lepas balik island hopping tadi.. huhu.. so, terus simpan la. pastu lepak jap kat area riverside tu.. driver tu ada tanya dah makan ke? aku cakap dah.. memang situ ada banyak gerai dan kebanyakan halal sebab yang menjual pakai tudung dan ada tanda halal.. driver tu memang muslim so tak was-was la. 


Then, dia bawa pergi jalan lagi. dia kata nak bawa pergi kat Pesta Tahun Baru. tempat tu macam ekspo, ada mainan dan kedai jual macam-macam.. encik suami sempat rembat tali pinggang pastu aku banyak beli makanan la. semua benda aku nak try.. jauh gak kitaorang jalan sampai hujung patah balik.. pastu ingat nak pergi yang other side plak tetibe hujan.. tak lebat sangat tapi boleh tahan sejuk.. so, decide nak balik la.. lagipon dah penat jalan hahaha..


Naik tuk-tuk terus bantai buah yang kitaorang beli.. segar dan manis.. pastu encik suami perli aku nasib baik kita amek round trip kalau tak, awal-awal lagi dah balik sebab tak tahu pergi mana.. yelah yelah, nasib baik saya ikut cakap awak..hehehe.. 


Driver tu drop kami kat hotel sebab weols nak letak barang yang dibeli. sebab lepas tu nak pergi cari tempat massage.. tapi masa tu dah macam pukul 10.30 local time dah. banyak kedai macam tak terima customer dah.. aku pon macam malas dah jalan jauh-jauh.. hahaha.. so balik bilik semula.. rilek kat bilik pastu tido.. tak sabar nak pergi elephant trekking esok hehehe...



Related Posts with Thumbnails