Khamis dan Jumaat semalam aku MC. Rabu sehari sebelum tu punya la bersin aku sampai aku rasa satu floor tu boleh dengar.. bukan sekali, bukan 2 kali, berkali-kali dengan kuatnya especially masa aku keluar pergi toilet. pastu bila dah bersin nak terbatuk, merah muka aku.. so, khamis terus decide dok rumah bermalas-malasan. Orang cakap, kalau demam selesema kena banyakkan rehat dan tidur.. alasan sangat kan hahaha...
Pagi Khamis tu aku masak sardin, goreng telur dada dan hati goreng kunyit.. gambar takde ye, takkan masak sardin pon nak tunjuk.. hahaha.. aku tak de selera pon nak makan.. hahaha.. takpe kat umah sekarang ramai tetamu, ada kawan datang laki bini tumpang tidur kat umah menghabiskan cuti kat KL. pastu ada adik ipar dengan kawan dia datang ada kerja kat KL.. so semua makanan tu diorang yang taram. aku? masak bubur nasi.. yummyyyy... tu je yang menyelerakan aku..
Jumaat tu awal-awalnya memang nak pergi kerja.. dah siap mandi, gosok baju semua la tapi badan rasa tak sedap lagi sebab tidur tak cukup.. minggu ni mcm agak busy jugak sebab cousin encik suami jual rumah pastu dia minta tolong arrange kan pasal lori dan segala barang nak pindah tu.. aku pergi tolong sekejap je tapi encik suami la yang banyak berpenat lelah. memang la bukan free orang bagi upah, tapi upahnya bukan mahal pon harga sedara mara kan.. tapi takpe la kan sebab ada juga barang yang dorang bagi contohnya macam air cond. cuma kena cari orang upah pasang je.. pastu dapat Electrolux tempered glass hob.. dah guna tapi masih elok so amek je.. dan ada la lagi barang kecik yang lain..
Then, aku ada beli barang dari my best friend eena dia nak pindah rumah sewa pergi dok nga parents in law.. dia tunggu rumah yang dibeli siap 2014 nati so banyak la jugak barang yang malas nak simpan bak kata eena menyemak rumah je sebab tak tahu letak mana.. semua tu rezeki aku.. so dapatla aku set bilik tidur, kabinet tv, sofa, almari ikea, curtains dengan rails dia (betul ke eja. hentam suda haha) sekali, pakej sekali akuarium dengan bantal segitiga yang boleh buka baring tu.. kat pengkalan kubor or rantau panjang banyak.. ape ek korang panggil.. ko jual murah gila memang puas hati.. set bilik tidur tu mmg baru lg.. dah la color putih i likeeee ;)
haaa.. yang gini bantal tu.. hihi...
ni pula akuarium yg eena nak buang pastu ameir tak bagi buang. tq ameir ;) hahahaa
Sebelum pergi amek barang-barang tu semua, sempat aku ajak eena pergi OU berjimba sekejap sambil tunggu lori datang angkut barang.. tak banyak pon kedai kita masuk.. tapi memang aku dah ada target nak beli something hehehe...
Dalam tu ada seluar jeans aku mls nak keluarkan... tq eena teman aku.. pastu teman aku makan johny's.. dah 2,3 hari dok teringin nak makan sebab tak sihat kan.. teringin something berasap, berwap mcm steamboat.. steamboat johny's menang terbaik, sos dia memang tak menghampakan..
Ok daa.. nak pergi dinner kat luar.. mcm teringin nasi bubur berlauk kat Night Circle Sek 11 tu..