Saturday, December 29, 2012

Tak Sihat...

Khamis dan Jumaat semalam aku MC. Rabu sehari sebelum tu punya la bersin aku sampai aku rasa satu floor tu boleh dengar.. bukan sekali, bukan 2 kali, berkali-kali dengan kuatnya especially masa aku keluar pergi toilet. pastu bila dah bersin nak terbatuk, merah muka aku.. so, khamis terus decide dok rumah bermalas-malasan. Orang cakap, kalau demam selesema kena banyakkan rehat dan tidur.. alasan sangat kan hahaha...


Pagi Khamis tu aku masak sardin, goreng telur dada dan hati goreng kunyit.. gambar takde ye, takkan masak sardin pon nak tunjuk.. hahaha.. aku tak de selera pon nak makan.. hahaha.. takpe kat umah sekarang ramai tetamu, ada kawan datang laki bini tumpang tidur kat umah menghabiskan cuti kat KL. pastu ada adik ipar dengan kawan dia datang ada kerja kat KL.. so semua makanan tu diorang yang taram. aku? masak bubur nasi.. yummyyyy... tu je yang menyelerakan aku..


Jumaat tu awal-awalnya memang nak pergi kerja.. dah siap mandi, gosok baju semua la tapi badan rasa tak sedap lagi sebab tidur tak cukup.. minggu ni mcm agak busy jugak sebab cousin encik suami jual rumah pastu dia minta tolong arrange kan pasal lori dan segala barang nak pindah tu.. aku pergi tolong sekejap je tapi encik suami la yang banyak berpenat lelah. memang la bukan free orang bagi upah, tapi upahnya bukan mahal pon harga sedara mara kan.. tapi takpe la kan sebab ada juga barang yang dorang bagi contohnya macam air cond. cuma kena cari orang upah pasang je.. pastu dapat Electrolux tempered glass hob.. dah guna tapi masih elok so amek je.. dan ada la lagi barang kecik yang lain..


Then, aku ada beli barang dari my best friend eena dia nak pindah rumah sewa pergi dok nga parents in law.. dia tunggu rumah yang dibeli siap 2014 nati so banyak la jugak barang yang malas nak simpan bak kata eena menyemak rumah je sebab tak tahu letak mana.. semua tu rezeki aku.. so dapatla aku set bilik tidur, kabinet tv, sofa, almari ikea, curtains dengan rails dia (betul ke eja. hentam suda haha) sekali, pakej sekali akuarium dengan bantal segitiga yang boleh buka baring tu.. kat pengkalan kubor or rantau panjang banyak.. ape ek korang panggil.. ko jual murah gila memang puas hati.. set bilik tidur tu mmg baru lg.. dah la color putih i likeeee ;)



haaa.. yang gini bantal tu.. hihi...



ni pula akuarium yg eena nak buang pastu ameir tak bagi buang. tq ameir ;) hahahaa


Sebelum pergi amek barang-barang tu semua, sempat aku ajak eena pergi OU berjimba sekejap sambil tunggu lori datang angkut barang.. tak banyak pon kedai kita masuk.. tapi memang aku dah ada target nak beli something hehehe...



Dalam tu ada seluar jeans aku mls nak keluarkan... tq eena teman aku.. pastu teman aku makan johny's.. dah 2,3 hari dok teringin nak makan sebab tak sihat kan.. teringin something berasap, berwap mcm steamboat.. steamboat johny's menang terbaik, sos dia memang tak menghampakan..


Ok daa.. nak pergi dinner kat luar.. mcm teringin nasi bubur berlauk kat Night Circle Sek 11 tu..



Wednesday, December 26, 2012

Update Secara Pukal

Salam uols..


Susahnya nak dapatkan balik momentum berblog ni kalau dah lama tak menaip.. Ada orang suka meluahkan perasaan kat facebook, macam aku ni malas skit, kadang-kadang ada la jugak ter-up status ntah apa-apa tapi memang jarang. rasanya lebih suka bercerita kat sini... mungkin sebab tak ramai kawan yg kenal baca blog ni... memang tak ramai orang tahu aku ni ada blog, even encik suami pon jarang baca blog ni... hehehe..


ok, kepada yang email dan tanya aku pasal bisness shawl dan tudung aku tu, alhamdulillah semua masih berjalan lancar.. sebelum ni aku selalu je promote, tapi disebabkan busy yang teramat 2,3 minggu lepas, aku takde la promote beria sangat, cuma ada la letak sticky post.. so, kepada sapa-sapa yang berminat nak beli shawl half moon sakura dan qadheeja scarf, boleh la terjah my blogshop, Zalfa Online Store... aku ada restock shawl half moon tu so jangan lupa terjah ok.


Sepanjang aku senyap tu jugak, ada la rezeki skit dalam bercontest ni.. tapi just hadiah kecil-kecilan jela. Memang aku tak sempat pon nak join banyak-banyak. mana yang sempat aku join, mana yang kena effort lebih skit, aku memang ignore. hujung minggu pon tak lekat kat rumah.. rumah pon bersepah mengalahkan orang ada anak 10.. hahaha.. cuma masak memasak masih mcm biasa.. kalau rajin, aku masak, kalau malas aku ajak cik abe ke kedai hihi... masa family in law datang minggu lepas memang banyak masak kat rumah.. pastu berjalan ke rumah sedara mara dijamu makan lagi..



Hadiah saguhati bagi kategori utama sempena kempen Like pafe Pusat Pungutan Zakat. yang best dapat charger tu. tak dapat ipad, dapat charger pon jadi la hehehe.. dah selamat jadi milik cik abe.. so uols yang belum like page PPZ tu, jom like ramai-ramai.. banyak info pasal zakat yg dorang share.. hadiah-hadiah dari organizer lain nanti aku update lain kali laa.. ade yang dah sampai surat tapi belum pergi redeem..



2 minggu lepas, aku dapat invitation pergi Krabi oleh Tourism Selangor, tapi terpaksa tolak huhu... memang la bukan fully-sponsored. we have to pay half of the cost for the journey, tapi masih berbaloi.. just kena bayar RM600 untuk 5 days 4 nights.. 



 


Yang best journey ni akan bermula dari Shah Alam naik coach singgah Penang, pastu akan tidur satu malam kat Hatyai dan sampaila ke Krabi.. aku dah dapat bayangkan trip mesti best.. ruginya terpaksa tolak atas sebab tertentu.. nanti uols akan tahu sebabnya.. aku dah ada plan sendiri dah, dah hampir setahun plan takkan nak cancel pastu sesetengahnya dah bayar pon.. apapon, thanks to Tourism Selangor sebab sudi invite me :) kalau uols nak join aktiviti dorang seperti #TSDayOut ni, rajin-rajin la jenguk facebook or twitter dorang ok. Selalunya memang free tapi this time trip dorang luar Malaysia, so kena la bayar skit. for me RM600 tu memang dah cukup murah.. 


Then, nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kat kakak blogger kesayangan saya, Kak Ina KakikuSukaBerjalan atas pemberian header kat atas tu..

Terima kasih ye Kak Ina.. saya suka sangat. mungkin ianya ringkas tapi takde sapa boleh nilai 'harga' di sebalik keikhlasan orang yang memberi kecuali Allah SWT.. saya berbesar hati sangat-sangat.. 


Till then...

Monday, December 24, 2012

I'm Backkkkk ;)

Yes, i'm back....

Lama gila tak update kat sini kan uols. sejak on site support dah bertukar ke kl, memang takde masa sangat nak buka blog, nak buka facebook. baca pon sepintas lalu pastu tutup. 2,3 minggu ni memang banyak benda berlaku, alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. pastu akhir tahun, cuti sekolah so lagila banyak aktiviti kan sebab adik datang kl nak holiday. pastu family in law datang menghabiskan cuti sekolah kat sini.. seminggu dorang kat sini. so, my schedule memang sangat tight.. takkan la ada tetamu kat rumah nak buka blog berlama-lamaan kan..


Serius banyak benda nak update ni. antaranya pasal hadiah hehehe.. small winning je semua tapi as record kena la letak sini sebagai kenangan.. i know uols tak kisah kan.. takde nye perasaan riak ke apa.. just nak share and keep it as a memory yang indah selepas join hobi mengontest ni.. pastu nak cite pasal pergi prize giving ceremony, second time experience so agak excited.. hehe..



credit to Pusat Pungutan Zakat MAIWP.


Inshaa Allah kalau free, aku cuba update cite yang dah lepas k. Ni pon office bagi haf day sebab esok krismas. boleh la balik awal. tapi nak gerak ke Crowne Plaza Hotel sebab nak utilise spa voucher, kalo tak burn je sebab due date 31 Dec.. so, happy holidays eveyone!!

Friday, November 30, 2012

Shawl Half Moon Sakura


THIS IS STICKY POST
Please scroll down for new update.

Salam..

Sape minat shawl half moon sakura?... yang femes amos tu.. aku sangat suka shawl ni  sebab dia punya manik sangat 'outstanding'.. nampak cantik atas kepala tu.. dan sekarang, aku dah jadi penjual shawl half moon sakura :) Kalau nak tengok apa color yang aku ada, boleh pergi blog shop aku.. support me ok hihi :) 


Ok, aku tunjuk aku pakai shawl sakura tu ek..


*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*


 


selebet kan.. takpe aku pakai tak cantik, tu tak penting sebab aku memang serabai pon..hihi.. yang penting kat sini aku nak tunjuk rupa shawl tu macam mana.. boleh la korang imagine kan.. actually banyak cara nak pakai shawl ni.. tapi seriously aku cakap, aku ni bukan shawl person, tak reti sangat aku nak belit-belit ni.. tapi first time try, cuba letak kat atas kepala tu, wah cantiknyaaa.. macam 'terletak' je kan kepala ni.. hahaha.. terus aku rembat 3 helai terus.. so, sekarang nak cuba jual kot-kot ada yang minat shawl ni.. 




Sebarang pertanyaan sila email me:

w.syima@gmail.com


Related Posts with Thumbnails