Sebenarnya tak sabar nak habiskan cite
cuti-cuti Penang ni.. sebabnya dah meleret-leret la plak cite penang ni.. hahaha.. kalau boleh nak sekali harung je update, tapi masa takde plak. most of time, aku keje on-site. jarang gile balik office tapi sebulan sekali wajib balik sebab ada makan2 kat office plus nak submit claim. tapi kalau kat site keje takde atau dah boring, aku buka juga blog.. hihi.. kalau korang tengok entry aku dipublish pukul 8.00 pagi ke, 9.00 pagi ke, 2.00 petang, jangan la korang ingat aku update kat tempat keje (ada update kat site tapi mmg jarang gile).. semuanya auto-publish..hikhik.. ok dah melalut jauh ni.. ingat nak cite pasal last day kat penang..
Malam sebelum tu dah penat karaoke, sampai breakfast pagi tu, aku tak pergi pon.. serius tak larat.. encik suami je pergi... lagipon, geng2 dia ramai dah turun breakfast asyik dok call, sms je ajak turun. aku memang surrender sebab penat gile nak buka mata pon tak boleh. handphone aku asyik snooze je, bangunnya tidak..hikhik..
Pukul 11.00 baru aku bangun, mandi dan kemas barang sebab nak check out pukul 12.00.. minta check out lambat tak dapat sebab cuti sekolah hotel memang full.. tapi 12.30 baru check out. nak mengemas ni memang malas.. hahaha..
group photo...
We had a great stay here!!.. hahaha..
Destinasi selepas check out ialah pergi georgetown nak cari jeruk dan makan-makan..
tengah decide nak makan mana sebab line clear memang tak clear langsung!..
Memula nak makan mee sotong area padang kota, tapi bukan kat tepi laut tu.. kat depan skit dekat jalan besar.. sekali kedai2 kat situ tutup .. takde rezeki la nampaknya so terus beralih arah ke food court tepi laut tu.. hentam sudah sebab memang dah lapar gila.. beratus2 jugak kitaorang habis makan kat sini tapi company bayar..hikhik.. order je apa yang nak makan..
salah satu makanan yang aku order, sotong kangkung.. sedapp.. rm5 kot..
selain tu, aku order ABC, mee udang.. sedap jugak..
pastu tambah order pasembur.. char kueh teow..
Kalau masa datang, semua lalu ikut jambatan.. masa balik ni nak rasa naik feri plak..
Tapi yang kelakarnya, kami terpisah.. kami semua 6 kereta.. masa beratur nak naik feri, 3 kereta dapat naik, 3 lagi tak dapat sebab dah penuh.. kahkah.. tunggu la feri lain.. tak lama pon tunggu, aku rasa tak sampai 5 minit pon.. feri banyak je.. so masa menunggu tu tak lama pon..
Aku takde masa ni sebab diorang dapat naik dulu.. kereta aku tak termasuk dalam 3 kereta awal yang dapat naik..hukhuk.. kamera pon semua nga diorang.. cis.
Highway nak balik kl petang tu agak jem. memang ramai gila orang maybe sebab cuti sekolah. kami sampai damansara uptown nak dinner kat situ dalam pukul 10.00 malam.. lepak sekejap.. sampai rumah pukul 12.30.. penat tapi seronok...