Saturday, May 19, 2012

Shopping di Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin

Malam kedua dan terakhir kami di Kota Kinabalu, kami mengambil keputusan untuk shopping sepuas-puasnya (tak puas sangat..haha). Tapi kebanyakan barang dibeli sebagai cenderamata untuk keluarga dan kawan2.. Takdenya aku nak angkut pearl yang beratus2 tu.. tapi memang rasa bagai nak 'gila' melihat macam2 perhiasan diri macam gelang tangan, rantai leher yang diperbuat dari pearl.. memang cantik...


Kami keluar dari bilik agak lewat, pukul 6 baru kami ke Pasar Filipine.. mencari dan survey harga kat sana nak bandingkan harga dengan pasar malam Kg Air.. memang kat pasar malam Kg Air lagi murah cuma di Pasar Filipine pilihannnya lebih banyak.. sampai rasa tak tahu nak pilih yang mana... hahahaha...



untuk parents, adik beradik dan kawan2.. 
ni just sebahagian..  remember, i still have 2 dozen brooches here..



fridge magnet 4pcs/RM10.. Aku beli rm30 dapat satu lagi free...


Selepas pusing2 dalam pasar filipine tu.. tak pergi semua kedai pon sebab aku takut tak dapat nak tahan nafsu nak membeli lagi.. hahaha.. bila kira2 semua dah beli dan cukup untuk semua, kami terus ke pasar ikan masin yang letaknya sebelah je dengan pasar filipine tu..

sumber here.


Masa tu dah dekat pukul 8 kot.. Aku ingat dah tutup tapi diorang masih buka tak pasti pulak diorang buka sampai pukul berapa..


Ni hasil rembatan ni pasar ikan masin.. 



Aku beli 4 paket keropok ikan, 5 paket kuih cincin, ikan bilis besar dah siap kopek, ikan bilis kecil dan sotong kering.. semuanya RM90.. diorang pack cantik2 dalam kotak senang nak masuk kargo nanti...



Lepas shopping kat pasar ikan masin tu, kami singgah makan seafood kat pasar malam tepi pasar filipine tu.. Nak juga merasa makan seafood kat situ sebab tengok kawan2 blogger lain cakap sini best..


OK nak kasi tips shopping skit..

1. Pasar Filipine - Sedikit mahal, pearl ori tapi memang banyak choice.. rambang mata..
2. Pasar malam kampung air - murah dan pearl ori.. aku banyak borong kat sini gak..
3. Pasar malam belakang Le Meridian - tak banyak choice sangat, tapi murah dan ada pearl yang bercampur dengan yang tak ori..

ada jugak orang bagi suggestion, kalau nak yang super quality, pergi kedai Jamilah.. kedai Jamilah ni memang femes di kalangan penggemar pearl di KK.. tapi aku tak pergi pon sebab tak plan nak beli pearl beria sangat.. just cari kerongsang jek..



Friday, May 18, 2012

Something To Ponder...

Aku dapat ni from my boss yang forward kat semua staff..


So just nak share dengan uols sebagai renungan hari penuh barakah, hari Jumaat.. semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya...


p/s: dalam cite kat bawah ni ada cite pasal beer but pls take it sebagai satu subject untuk 'mencantikkan' cite.. and pls take note, my boss is a chinese...


The mayonnaise jar & the 2  beers...

When things in your life seem almost too much to handle,
when 24 hours in a day are not enough,
remember the mayonnaise jar and the 2 Beers.......

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him.
When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar
 and proceeded to fill it with golf balls.
He then asked the students if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar.
He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.
He then asked the students again if the jar was full.
They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full..
The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two Beers from under the table and poured the
entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand.
The students laughed..

'Now,' said the professor as the laughter subsided,
 'I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things
---your family, your children, your health, your friends and your favourite passions
---and if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house and your car...

The sand is everything else---the small stuff.

'If you put the sand into the jar first,'
he continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls.

The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff
you will never have room for the things that are important to you.

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Spend time with your children, parents, grandparents, spouse
There will always be time to clean the house and fix the disposal and other things
Take care of the golf balls first---the things that really matter.
Set your priorities.
The rest is just sand.
One of the students raised her hand and inquired what the Beer represented????
The professor smiled and said, 'I'm glad you asked.'

The Beer just shows you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of Beers with a friend.
(for those who do not drink beer, there is always time for a cup of coffee or tea with friends)
" Happiness is a choice, not a destination..."

Thursday, May 17, 2012

Lunch @ Restoran Sri Melaka Kota Kinabalu

ok uols, selepas penat bercanda ria di Pulau Manukan, pukul 1 kami balik ke pangkal jalan..hihik. balik ke daratan la... perut pon dah lapar..


Terus pusing area town nak cari kedai makan.. terus teringat (teringat lagi!) suggestion dari seorang blogger yang suka travel dan makan ni, tentang restoran Sri Melaka yang letaknya kat area Kampung Air jugak, sekangkang kera jek dari hotel kami, tapi dok pusing mencarinya berkali-kali... maklumlah, peta ntah ke mana, apa lagi GPS.. hahahaha..


sumber here.


Lapar punya pasal, aku lupa nak snap pic kedai dan suasana kat dalam tu.. tapi gambar makanan aku tak lupa nak snap sebab tengok macam tempting gila.. hahaha.. adakah sebab lapar semua nampak sedap...



Kit chai ping. 
Air pilihan ramai kat restoran ni.. 
Campuran limau kasturi dengan asam boi.. biasa je for me sebab selalu je minum kat mamak.. hihi..


Tepi air tu kalau korang perasan, ada kacang tanah goreng.. Mula2 duduk, memang dorang akan serve kacang tu dulu konon2 appertizer la. aku ingat free.. sekali masa nak bayar, tengok bil, kacang ni dia charge rm2. mak aihh.. tapi dah selamat makan licin pinggan takkan nak ungkit lagi..hahaha..



Sotong goreng tepung..



sayur pucuk manis.. sejenis sayur tempatan.. wajib try.. 

Sayur ni macam pucuk paku tapi ada sedikit lain.. aku order buat goreng belacan.. aku rasa kalau goreng biasa ketuk bawang putih pon sedap.. atau uols nak cuba pucuk manis ikan masin ke..  hikhik



serius tak ingat nama menu ni.. aku rasa2 daging masak halia..



Tapi...

Dalam banyak2 menu, menu ni paling terbaikkk...



Assam Fish atau nama melayunya ikan asam pedas..

Seperti yang disuggest oleh ramai, kami order assam fish.. memang terbaik.. tapi aku tak ingat plak nak tanya ikan tu ikan apa.. sedap sangat.. kami makan sehingga ke titisan kuah terakhir.. 


Kata pergi sabah tapi makan kat restoran sri melaka.. hehehe...tapi menunya memang malaysian cuisine dan ade juga local food macam pucuk sayur manis tu.. Menu lain yang aku suggest, kari ikan style nyonya, butter prawn.. ni semua aku tak try sebab order banyak2 sape nak makan wehh?? hehehe...


Semua yang order tu portion small.. memang ok je untuk makan 2 orang.. kalau korang order 2-3 menu lagi, makan 3-4 orang pon boleh.. kenyang giler.. Bil hari tu, RM53.50 termasuk watermelon juice, nasi 2 pinggan, dan wet  tissue rm1 rasanya.. Tak murah, tak mahal sangat.. still reasonable la.. Lagipon service memang bagus dan kedai bersih dan paling penting sedap :)


Kalau uols nak terjah juga kalau ke KK, ni detailsnya...


Restaurant Sri Melaka
No. 9, Jalan Laiman Diki, Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 224 777 / +6088 213 028
website: www.srimelaka.com
Business Hours: 10.00am - 9.30pm


Wednesday, May 16, 2012

Bercanda Ria di Pulau Manukan

Kalau datang ke Kota Kinabalu, selain ke Kundasang, menikmati fresh seafood dan shopping di bandar raya KK, jangan lepaskan peluang untuk ber-island hopping di pulau2 sekitar KK..


Pulau2 di sekitar KK ini dikenali sebagai pulau2 Taman Tunku Abdul Rahman. Ada 5 pulau yang ada di TAR park ni tapi hanya 3 pulau yang sentiasa menjadi pilihan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Dua pulau lagi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.


Tapi untuk trip kali ini, aku pilih satu pulau sahaja iaitu Pulau Manukan, seperti yang disuggest oleh kebanyakan orang.. Aku ada baca banyak review... semua ada pendapat masing2.. Jadi setelah ditolak dan ditambah, aku rasa pulau manukan adalah pilihan terbaik.. insya Allah, kalau ada peluang lagi ke KK, aku akan terjah ketiga2 pulau tu...


Kalau ikut plan aku, pukul 8 tu dah tercongok kat Jesselton Point tu.. tapi malam pon tido lambat.. so haruslah qada' tido lama skit.. last2 sampai jeti pukul 9 lebih..



Aku tengok semua package, kalau 1 pulau mesti RM23/pax.. aku tawar2 dapat la RM20/pax. life jacket dengan goggle RM15/pax. Total untuk 2 orang dah RM70. Tu belum masuk fee. Aku rasa kat Sabah ni paling banyak fee kena bayar.. hehe.. Kat jeti kena bayar jetty fee RM7.20/pax dan satu lagi fee apa ntah RM3/pax.. Sampai pulau ada satu lagi fee, RM3/pax. Total fee nak pergi pulau RM26.40. Grand total RM96.40...


Bagi aku agak mahal la. Kalau sape2 pernah pergi cuti2 pulau, mesti tahu kos per pax berapa kan.. tapi pejam je mata kata nak pergi pulau kan.. hehehe.. bukan selalu pon..



Perjalanan bermula... town view from our boat... 


Aku memang teruja naik boat dia.. hanya 20 minit dari jeti nak ke pulau manukan tu.. Memang aku enjoy je sepanjang naik bot tu.. hehehe.. Tapi.. ada orang mabuk laut..hahaha.. eh eh jangan salah faham, bukan encik suami atau aku yek tapi... jejaka kat belakang kami..hehe...kesian dia..



Dah sampai.... 

semua yang naik boat nga aku ni memang beli package 1 pulau je.. semua pilih nak ke Pulau Manukan.. Dari jauh dah nampak air laut kebiru-biruan..kehijau-hijauan..


Masa jalan2 atas jeti tu sempat la snap sana sini.. memang cantik.. cuaca pon elok..




Ni ikan2 kat tepi jeti tu... memang cantik.. teruja gile tengok ikan2 tu semua.. hihi..



Selamat datang ke Pulau Manukan...


Lepas tu terus pergi cari port nak lepak.. nak letak barang.. oh ya, tak ada tempat simpan barang ye kat sini.. Semua barang berharga pandai2 la korang jaga.. Macam aku, semua kamera, wallet semua bagai aku letak dalam bag pack pastu letak benda2 atas tu macam towel la, t-shirt dan seluar.. tapi masa dok bersuka ria tu, pandang2 la jugak beg tu.. tawakal je la masa tu.. Aku nampak ada satu couple ni, slamber badak je letak DSLR dia dalam beg dan letak atas pasir tepi pantai tu pastu terjun laut.. memang confident habis la.. 



Orang tak ramai sangat.. just nice..


Aktiviti kami selepas tu ialah snorkeling.. Yang kelakar, ni first time encik suami buat aktiviti snorkeling..hihi.. aku yang ajar dia macam mana nak pakai, nak bernafas.. kihkih.. kelakar plak.. tapi bila dah expert, lupa daratan terus.. hahaha.. lupa plak nak snap pic masa bersnorkeling.. macam mana nak snap kalo dua2 dah ke dalam laut.. 





Masa aku snap ni, cuaca terang dan agak panas.. masa ni dah pukul 12 pm.. 


Lepas dah penat mandi-manda, pergi bersihkan diri dan tukar baju.. Charger room dan toilet dia agak bersih.. Mungkin sebab tak ramai orang.. Lagi satu, pulau manukan yang paling banyak facilities berbanding dengan pulau2 lain di Taman Tunku Abdul Rahman ni.. makanan pula agak mahal la.. kami beli ais krim potong RM3 sebatang..





bye bye Manukan...
Insya Allah kalau ada rezeki , bersua lagi kita.. hihi..


p/s: wajib pergi!

Related Posts with Thumbnails