Pulau2 di sekitar KK ini dikenali sebagai pulau2 Taman Tunku Abdul Rahman. Ada 5 pulau yang ada di TAR park ni tapi hanya 3 pulau yang sentiasa menjadi pilihan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Dua pulau lagi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.
Tapi untuk trip kali ini, aku pilih satu pulau sahaja iaitu Pulau Manukan, seperti yang disuggest oleh kebanyakan orang.. Aku ada baca banyak review... semua ada pendapat masing2.. Jadi setelah ditolak dan ditambah, aku rasa pulau manukan adalah pilihan terbaik.. insya Allah, kalau ada peluang lagi ke KK, aku akan terjah ketiga2 pulau tu...
Kalau ikut plan aku, pukul 8 tu dah tercongok kat Jesselton Point tu.. tapi malam pon tido lambat.. so haruslah qada' tido lama skit.. last2 sampai jeti pukul 9 lebih..
Aku tengok semua package, kalau 1 pulau mesti RM23/pax.. aku tawar2 dapat la RM20/pax. life jacket dengan goggle RM15/pax. Total untuk 2 orang dah RM70. Tu belum masuk fee. Aku rasa kat Sabah ni paling banyak fee kena bayar.. hehe.. Kat jeti kena bayar jetty fee RM7.20/pax dan satu lagi fee apa ntah RM3/pax.. Sampai pulau ada satu lagi fee, RM3/pax. Total fee nak pergi pulau RM26.40. Grand total RM96.40...
Perjalanan bermula... town view from our boat...
Aku memang teruja naik boat dia.. hanya 20 minit dari jeti nak ke pulau manukan tu.. Memang aku enjoy je sepanjang naik bot tu.. hehehe.. Tapi.. ada orang mabuk laut..hahaha.. eh eh jangan salah faham, bukan encik suami atau aku yek tapi... jejaka kat belakang kami..hehe...kesian dia..
Dah sampai....
Masa jalan2 atas jeti tu sempat la snap sana sini.. memang cantik.. cuaca pon elok..
Ni ikan2 kat tepi jeti tu... memang cantik.. teruja gile tengok ikan2 tu semua.. hihi..
Selamat datang ke Pulau Manukan...
Lepas tu terus pergi cari port nak lepak.. nak letak barang.. oh ya, tak ada tempat simpan barang ye kat sini.. Semua barang berharga pandai2 la korang jaga.. Macam aku, semua kamera, wallet semua bagai aku letak dalam bag pack pastu letak benda2 atas tu macam towel la, t-shirt dan seluar.. tapi masa dok bersuka ria tu, pandang2 la jugak beg tu.. tawakal je la masa tu.. Aku nampak ada satu couple ni, slamber badak je letak DSLR dia dalam beg dan letak atas pasir tepi pantai tu pastu terjun laut.. memang confident habis la..
Orang tak ramai sangat.. just nice..
Aktiviti kami selepas tu ialah snorkeling.. Yang kelakar, ni first time encik suami buat aktiviti snorkeling..hihi.. aku yang ajar dia macam mana nak pakai, nak bernafas.. kihkih.. kelakar plak.. tapi bila dah expert, lupa daratan terus.. hahaha.. lupa plak nak snap pic masa bersnorkeling.. macam mana nak snap kalo dua2 dah ke dalam laut..
Masa aku snap ni, cuaca terang dan agak panas.. masa ni dah pukul 12 pm..
Lepas dah penat mandi-manda, pergi bersihkan diri dan tukar baju.. Charger room dan toilet dia agak bersih.. Mungkin sebab tak ramai orang.. Lagi satu, pulau manukan yang paling banyak facilities berbanding dengan pulau2 lain di Taman Tunku Abdul Rahman ni.. makanan pula agak mahal la.. kami beli ais krim potong RM3 sebatang..
bye bye Manukan...
Insya Allah kalau ada rezeki , bersua lagi kita.. hihi..
p/s: wajib pergi!
Insya Allah kalau ada rezeki , bersua lagi kita.. hihi..
p/s: wajib pergi!