Tuesday, May 15, 2012

Dinner di Anjung Selera Tanjung Lipat

Kalau datang KK, tak makan seafood memang kerugian besar bagi penggemar seafood kan...


Sebab apa? sebab kat sini seafood murah dan fresh.. 


So disebabkan kenyataan tu, untuk dinner malam pertama kami di KK, kami pon memulakan misi mencari seafood yang fresh dan murah.. Untuk malam pertama ni aku memang saje tak nak pergi terjah seafood kat tepi pasar filipine tu sebab nak simpan untuk malam esok.. tapi apa yang aku nampak, memang banyak gila kedai2 atau restoran2 seafood tapi kebanyakan milik orang cina. so, rasa was-was ada jugak la.


Aku pon ajak encik somi pusing2 KK dulu sampai la kami menuju ke arah jalan UMS.. sebab dulu masa datang ke sabah nak panjat gunung pernah singgah kat kedai2 masakan panas kat tepi jalan menuju ke arah UMS tu. tapi aku memang dah lupa nama tempat tu..


Sambil2 mencari tu, sambil2 menikmati suasana KK waktu malam.. sampai la kami kat area ni yang memang banyak gila kedai makan.. tepi pantai.. pantai apa tak tahu.. rupa-rupanya tu la Tanjung Lipat..


Memang kedai2 makan sini jual masakan panas dan ada pelbagai seafood segar... Aku memang malas gila nak snap gambar seafood yang diorang display untuk dipilih tu.. tapi memang semua fresh2 la..



Memang banyak gila kedai..  kami pilih dok kat meja paling dekat dengan pantai.. tapi masih ada tembok rendah yang memisahkan pantai dengan daratan..  so kira kami dok kat tepi tembok tu.. rendah je paras betis rasanya kot..



Sorry uols, takde satu pon gambar yang clear sebab satu lupa nak snap betul2.. main snap je nga handphone.. pastu area tu gelap skit sebab memang tak banyak lampu.. kami hanya ditemani dengan lilin sahaja... cik abe makan ikan sampai terlekat tulang..hikhik.. pastu memang malas nak snap sebab lapar gile kihkih.. 

Hidangan kami malam tu..

Ikan merah bakar, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, butter prawn.. 
Untuk air, kami order epal asam boi dan coconut shake.. semua sedap kecuali coconut shake... Coconut shake dia tak sedap langsung.. Total makan malam tu RM54.50..


Lepas makan, kami pusing2 bandar kk sampai ke Tanjung Aru.. pastu patah balik ke area kampung air.. last sekali singgah kat pasar malam kampung air.. depan hotel je pon kan..


Dua dozen aku beli kerongsang kat pasar malam tu..hihi.. agak2 korang berapa satu dozen tu? hehehe...





Saturday, May 12, 2012

Free Seat Air Asia Kembali Lagi!

Being me yang semua nak budget especially bab2 holiday, ketibaan sale free seat AirAsia amat ditunggu2..



Sale bermula 14 Mei 2012, tepat jam 12.00 am. Tapi takde lagi aku nak dok telek internet tgh malam tu.. hahaha.. esok masih ada.. hikhik..

So, sila plan holiday anda untuk tahun depan.. Telek2 la kalendar tu...

Holiday ke sabah baru2 ni pon aku beli dari tahun lepas, bulan 7 tahun.. bulan 5 baru fly.. gila lama kan.. hahaha.. Tapi kalau korang plan betul2 insya Allah holiday tu akan jadi kenyataan kecuali la ada benda yang takleh nak elak..

Jom uols terjah air asia isnin ni...


Friday, May 11, 2012

Check In @ De Galleria Hotel, KK

Lepas kami menikmati keenakan lokan panggang dan kesegaran air kelapa... kami terus gerak ke pusat bandar KK.


Check in kat De Galleria berjalan dengan lancar.. tapi masa kami sampai tu, para peniaga pasar malam dah mula nak buka khemah dan kemas2 apa yang patut sebab nak mulakan perniagaan mereka. 


Untuk pengetahuan korang, pasar malam Kampung Air ni memang betul2 depan hotel kami nak stay ni.. Memula aku tak tahu, tapi 2-3 hari sebelum aku fly, aku baca kat forum cakap hotel ni dekat nga pasar malam dan susah kalau nak parking waktu petang dan malam time diorang berniaga.. Aku pasrah je lah masa tu sebab dah book pon hotelnya.. Risau je susah nak park keta nanti..


Tapi bila dah check in.. tak dela susah sangat nak parking cuma jauh skit la dari hotel.. Kalau korang ada luggage atau barang yang banyak nak angkut memang susah jugak la.. Not recommended pada yang bawa luggage banyak especially yang ada anak2 kecil, ada stroller bagai..





gambar ni aku ambil sebelum kuar dinner..
masa sampai tu, diorang baru nak buka khemah je...

Depan maybank tu leh parking.. Pukul 10 - 11 malam pasar malam ni tutup depends pada crowd la ramai ke tak.. Kalau balik awal, korang pusing2 la dulu pasar malam tu.. 


Ok sambung balik, bila masuk hotel... rasa lega sangat sebab as expected. Bilik dia agak kecik tapi nice.. 



ni aku cilok dari website dia sebab aku punya gambar tak semenggah dah bergolek bagai baru teringat nak ambil gambar..hihi.. tapi memang sebijik sejibon macam dalam pic ni..


Aku rasa hotel ni ok je untuk kami.. Yang penting ada tingkap yek. Korang kalau book hotel kat area KK ni especially yang pilih hotel 2-3 star, make sure korang check bilik korang bertingkap ke tak.. Tapi kalau korang tak kisah takde tingkap takpe.. lagi jimat sebab murahhh.. 



kecik je kan tv dia.. tapi tak kisah la.. bukan nak datang tengok tv kan..

Yang aku suka, dalam bilik ni banyak gila plug.. sebelah kiri katil ada 2, sebelah kanan katil ada 2.. kat tv pon ada 2.. padahal bilik kecik je.. memang senang nak charge handphone, nak charge bateri kamera..




ni aku snap last day dah.. hari sabtu.. aku tak tahu la ni pasar apa.. aku tak pergi pon..



Overall, aku memang puas hati dengan hotel ni. Aku book untuk 2 malam melalui agoda.com. RM101/night.   Kalau yang tak ada tingkap rasanya dalam RM75/night.. beza gila kan harga dia.. Tapi aku memang nak ada tingkap sebab aku tahu bilik dia tak luas sangat, kang kelemasan aku dalam tu..hahaha.. 


Bilik air dia kecik je. Kalau yang tubuh besar memang rasanya tak sesuai.. tubuh besar tu kalau yang tubuh ala2 adibah noor ke.. ni contoh je yekk.. kalau orang bertubuh besar rasanya agak tak selesa kot..


Address: 

No. 14, Jalan Sentosa, Kampung Air, 
88000 Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Tel. No: +6088-264166


Thursday, May 10, 2012

Akhirnya Menang Tiket Wayang The Avengers...

dan yang best dapat yang 3D..



Memang nak sangat menang tiket cite ni sebab baca review kawan2 lain cite ni sgt2 best! Dah alang2 dapat free haruslah pergi tengok kan...


Keputusan penuh kat sini. Thanks Panasonic!
Related Posts with Thumbnails