Tuesday, December 6, 2011

Kisah Tuntutan di Tribunal Pengguna Part 4

Malas gila rasa nak sambung citer pasal kes tribunal tu. Bukan apa, mood nak mengarang panjang2 belum datang.. Silap gak ari tu tak cite je bagi habis terus.. Kan sekarang dah terkial2 nak cite balik kann..


Aku nak cerita 2 kes lagi la yerkk yang aku masih ingat dan rasa penting.. Hari tu ada dekat 10 kes (ke lebih? hehehe) gak diperdengarkan depan presiden (read: hakim) tribunal pengguna tu. Lagipon ada gak 2,3 kes di mana pihak penentang tak datang. So, ada yang kena datang balik dan ada yang terus dapat award. Nak tahu apa itu award baca kat sini.


Malas den nak explain. Hahaha.. Ok, dah baca? Macam kes aku, aku dapat duit balik lalalalalalalala… hehehehe.. Tapi tak dapat semua. Kira ok la kan dari tak dapat terus.. cite kes aku nanti2 yerr.. Ni nak cite kes orang lain dulu untuk pedoman semua..hihi..


Pada yang belum baca entry sebelum ni, boleh klik sini.

  
Kes 3
  
Kes ni pasal amek pembantu rumah warga asing dengan agensi pembantu rumah. Sorry den banyak lupa sebab dah lebih seminggu dah. Kes dia lebih kurang macam ni.. Laki bini ni ada amek maid melalui agensi. Maid dia orang Kemboja. Bila datang rumah, rupa2nya maid dia ni tak tahu nak buat kerja sampai nak makan sendiri pon tak tahu nak masak. Kalau tak tahu masak untuk family tu kira ok la lagi kan sebab dia mungkin tak tahu cara nak masak masakan tuan rumah. Tapi ni nak masak untuk makan sendiri pon tak tahu. Angin la laki bini kan. Lagi worse, maid tu akan berbogel keluar kalo nak pergi mandi. So, lepas 3 hari laki bini pon decide untuk hantar balik maid ni sebab diorang tak puas hati. Kalau ikut profile maid ni, dia tahu masak, kemas rumah, jaga pet, jaga baby, jaga orang tua. Pendek kata, serba serbi tahu la. Tak salah aku, diorang minta duit balik lebih kurang RM8K ++. Banyak gila kan nak bayar kalo nak amek maid sekarang..huhu


Then, pihak penentang cakap la, agensi diorang akan hantar maid training dulu sebelum dihantar ke rumah majikan. Memang diorang ada training centre sendiri. Dia cakap la, pemilihan maid tu dibuat olek bakal majikan. Kira diorang akan hantar beberapa profile untuk dipilih. Benda ni memang diakui oleh pihak penuntut (laki bini tu). Tapi yelah, kat CV bukan main lagi kan. Hahahaha.. Tak salah aku lepas hantar balik maid tu diorang dapat pengganti tapi masih tak puas hati. Sebab tu kes ni dibawa ke mahkamah tribunal. Yelah, kalau mintak nga agensi sendiri, banyak cekadak kan.


Tapi kan, kalau bawa ke mahkamah tribunal jangan la pikir korang akan dapat 100% sebab proses pengadilan tu akan diadakan secara adil ok. Ok, berbalik kepada cite asal. Hakim pon ada la tanya biasanya berapa fee nak kena bayar untuk registration semua bagai la kan. So, si penentang ada cakap bayar dalam RM3K++ dah boleh. So, macam ada percanggahan kat situ. Hakim tanya pihak penuntut dulu berurusan dengan siapa. Maksudnya, dengan orang yang sama yang datang hari perbicaraan ke. Pihak penentang cakap bukan dia yang handle masalah ni. Kawan dia tapi dah resign. Hakim ada cakap seelok2nya, yang datang tu sepatutnya orang yang handle proses ‘jual-beli’ tu. Senang kerja tapi since pekerja asal dah resign, apapon kena ada wakil la kan. So, hakim pon tanya la ada tak bukti kata bayar RM3K ++ je dah boleh proceed. Dia cakap tak ada bawa. Dia tak tahu sangat. Ish ish ish…


Last2 hakim cakap kita kena bersidang lain kali untuk kes ni sebab macam tak cukup bukti. Dia tak boleh sesuka hati nak bagi award. Dia pon tak tahu nak bagi berapa jumlah award tu kan. Sebab it is not fair nak bagi semua jumlah yang dituntut oleh si penuntut kan. Yelah, semua business mesti nak ada untung kan. So, dia kena teliti betul2 berapa amount yang sepatutnya si penuntut dapat balik. Tapi since si penentang tak bawa semua bukti yang secukupnya, kes diorang telah diberi tarikh lain. So, pendek cite, kena datang lagi…Moral of the story, sama ada pihak penuntut, atau penentang sila bawa segala mak nenek yang berkaitan dengan kes. Tak kira la, resit ke, bank statement ke, iklan2 yang dikatakan menipu tu ke, bawak semua janji boleh mengukuhkan apa yang korang cakap. Kalau tak, kes lambat selesai. Kalau ada saksi, bawa saksi.


Kes 4.

Kes pasal claim insuran lepas accident. Kes dia lebih kurang macam ni…Si penuntut tak puas hati sebab dia kena bayar harga repair motor dia lebih dari harga insuran yang diclaim. Kes dia macam complicated tapi aku cite ikut kepahaman aku la yerk. Si penuntut ni pergi hantar motor dia yang accident di sebuah kedai motor untuk dibaiki. Tapi tuan kedai cakap kalau nak claim insuran, dia tak pernah buat. Kedai pon bukan panel insuran motor tu. Tapi si penuntut ni cakap, sebabkan dia nak tolong bangsa sendiri dia cakap takpe la, dia boleh buat pasal claim insuran tu. Nanti orang insuran datang tengok dan bagi amount berapa boleh claim.


Mengikut cite si penuntut, bila pihak insuran cakap semua dapat lebih kurang RM700++. Dan pihak penentang setuju nak baiki dengan harga tu. Pihak penentang juga minta duit RM100 sebagai liability sebab nak letak motor kat situ kan.. Tapi tup2 bila sampai bil, harga kena bayar RM1.4K ++.. So, dia tak puas hati la kenapa hari tu janji lain sekarang charge lain pula.


Pihak penentang pon balas la pula. Dia cakap memang pihak insurans ada datang kedai diorang dan diorang dah tunjuk rupa motor tu lepas accident. Motor tu rosak teruk. Siap tunjuk apa yang patut kena tukar semua laa.. Lepas puas hati, pihak insurans balik dan diorang pon baiki la motor tu. Dah la motor tu dah tersadai lama kat bengkel. Itupon, dikira dalam liability gak ok yelah, apa2 yang berlaku tuan kedai kena tanggung..


Lepas tu, hakim tanya la itu ini.. Sebab dia nak pahamkan cite sebenar. Yang peliknya, tuan kedai (pihak penentang) masih belum dapat pon payment dari pihak insurans. So, tok hakim pon cakap la kat si penuntut, sepatutnya dia la yang kena settle pasal payment tu dengan pihak insurans sebab pihak penentang tak pernah buat claim insurans. Motor pon masih kat kedai si penentang. Tu dah kira liabiliti. Apa2 pihak kedai kena tanggung so macam tak fair la gak. Motor dah dibaiki pon tapi tak diambil. Payment belum buat pon.


Jadi, mahkamah telah memutuskan pihak penuntut kena pergi settle dulu pasal claim tu. Dan pihak penentang pon dah tak kisah bil RM1.4 K tu, dapat RM700 tu dia terima. So, pada pendapat korang apa? Aku dok pikir, ko nak pergi tuntut apa sebenarnya, sedangkan claim insurans pon belum selesai. Ko tak bayar pon lagi apa2 kat kedai tu.


-------------------------------------------------------

Dari kes-kes tu semua, dapatla kita buat rumusan, tribunal pengguna ni bukan semata2 nak menegakkan hak pengguna secara membabi buta. Pihak tribunal akan dengar hujah2 dari kedua2 pihak, pro and cons dia akan buat. Kedua2 pihak ada hak masing2. Sebagai peniaga, korang ada hak korang. Setiap business mesti nak ada untung, term and conditions yang mengikut undang2 sah. Pihak pengguna juga, kena tahu hak sebagai pengguna. Apa yang boleh dituntut, apa yang tidak. Contohnya, ko dah guna servis dia separuh jalan, pastu ko tak puas hati, ko tak boleh tuntut semua amount yang ko dah bayar (Ko boleh je nak tuntut semua masa isi form tu,..hehehehe tapi memang tak dapat semua sebab ko dah guna servis dia, so peniaga pon kena ada untung gak kan).. Apa-apapon, presiden mahkamah (hakim) akan teliti betul2 dan memang adil kepada kedua2 pihak.

credit to pengguna rakyat.


So, kalau korang rasa korang berhak mendapat hak korang semula sebab rasa tertipu, rasa tak puas hati, bertindak la dan jangan takut. Lagipon, tribunal pengguna charge RM5  SAHAJA untuk proses permohonan korang. Lepas settle isi borang semua dan submit kepada tribunal, biasanya korang terus dapat tarikh perbicaraan. Biasanya sebulan selepas submit. Kalau masa tu tak banyak kes, lagi cepat korang dipanggil. Tak lama pon… Insya Allah, Allah tahu niat kita dan Allah akan tolong kita kalau kita di pihak teraniaya. Sama ada korang pengguna atau peniaga/penjual/pemberi servis dan lain2, jangan takut.. tegakkan hak anda.. acececee..dah macam pejuang hak asasi manuasia dah aku ni..wakakakakakkk..


Kes aku? Hehehehe… Insya Allah, aku akan bercerita lain kali. Aku rasa belum ready la plak nak bercerita pasal kes sendiri. Boleh tak kalau aku bercerita tanpa reveal siapa pihak penentang?  Tapi macam tak best la sebab kalau boleh aku nak bagi pengajaran kat korang supaya tak jadi macam aku.. huhu.. Ok la, sekian dulu ;)


p/s: semalam aku pergi ambil cheque dengan pihak penentang tu. Hehehe.. Alhamdulillah.. walaupon aku tak puas hati dengan servis diorang sebelum ni tapi dalam bab2 ni diorang masih jaga. Apa yang dijanji, akan dikota. So, aku still salute… Diorang siap call cakap cheque dah ready dan bila nak datang ambil. Thanks ****** ;) – biarlah aku rahsiakan dulu siapa pihak tu ye…


sambil2 tu, tolong la like pic aku ni.. hehehe.. thanks uols.

Monday, December 5, 2011

Superstar Karaoke FB Page Superstar Music Challenge Lucky Draw Ceremony

Minggu lepas, dapat invitation untuk join Superstar Karaoke FB Page Superstar Music Challenge Lucky Draw Ceremony. Aku tak ingat dah bila aku join contest ni, so search2 balik rupanya contest teka lagu dengan cepat dan pantas. Masa aku dapat email tu, aku kira ada lebih 30 nama yang dia send invitation tu. Tak sangka pula pihak Superstar Karaoke ni nak buat event nak pilih pemenang yang bertuah... Aku rasa salah satu marketing strategy diorang ni nak perkenalkan pusat karaoke ni kot. Biasanya, dah tahu pemenang baru pergi redeem kan...



Event tu diadakan semalam kat Festival City Mall, Setapak. Aku tak tahu pon mana mall tu. Nasib baik before pergi, tanya Kak Nana, cakap dekat dengan JPJ Setapak je.. Sampai2 terus cari pusat karaoke tu. Dekat denga MBO. Very nice place sebab non-smoking area. Memang sesuai kalau nak family lepak2 sana. Even, aku diberitahu siap ada lagu budak2 lagi... So, kalau nak bawak anak2 pon memang sesuai.. 


Masa sampai tu, event tak start lagi. Aku dah lambat dalam 20 minit gak sebab hari Sabtu tu jalan jem je nak masuk KL. Tak tahu kenape jem gila pastu baru ingat hari tu last day perhimpunan Agong UMNO... Aku siap tertidur lagi dalam keta.. hahahaha.. Ok, dah sampai tu, register nama dan ada sedikit light refreshment untuk semua peserta terpilih. Seingat aku selain makanan dalam pic kat bawah, ada nasi goreng, bihun goreng, ayam masak apa ntah, popia.. sedappp :)







Lepas makan2, sape2 yang nak karaoke memang dialu-alukan. Aku mesti la malas nak karok. Segan den semua muka orang tak kenal kecuali laki sendiri.. hahahaha.. Takpe2, dah dapat free 1 hour voucher tu boleh redeem. Ada 2 orang yang nyanyi, sedap suara dik mesti kaki karok.. hehehehe..


Lepas tu, baru la acara yang ditunggu-tunggu bermula. hehehehe.. Sebelum tu ada final check, sapa datang sapa tak datang.. Aku rasa dalam 15 orang je kot datang.. Yang penuh tu, partner masing2 sebab memang boleh bawak kawan sorang. Aku tentu la bawa encik somi kesayangan la kan.. hahaha..


Mula2, operation manager dia tampal envelope2 putih kat dinding. Dalam tu ada hadiah2 antaranya iPad 2, iPod Nano dan free voucher.



Lepas draw, nama yang dipanggil akan ke depan ambik envelope putih macam kat bawah tu. So, sapa yang terawal nama dia panggil boleh la pilih mana2 je envelope dia nak. Apapon, ni memang rezeki masing2 kan.. Aku rasa aku orang ke-5 ke ke-6 yang dipanggil. 


Chinese girl tu sedang ambik envelope putih tu. Aku lupa aku amek yang mana. hahaha.. main amek je sebab yang aku aim dah ada orang amek.. hehehe...



Bila semua dah amek envelope tu, dalam kiraan 1-3,  boleh buka envelope tu.. hehehe..



Bila buka tu, suspen la gak bila baca ada huruf i kat depan, tengok2 iPod Nano.. alhamdulillah.. budak cina baju putih sebelah baju merah tu menang iPad 2. Menjerit dia.. hahahaha.. Aku pulak macam tak ada perasaan hahahaha.. Budak baju merah sebelah aku tu yang over excited bila dia tengok voucher aku.. hahaha.. Apiz siap ajuk2 lagi gaya budak tu masa otw balik.. Memang kelakar laaa.. hehehe..


Lepas tu, ada group photo. Sebelum balik, aku dapat lagi free 1 hour voucher. hehe.. Director Superstar Karaoke yang bagi.. Thanks Mr. Jimmy :) 


iPod Nano worth RM449 and free 1 hour voucher.

Thanks again superstar karaoke ;)

*** credit all event photos to facebook superstar karaoke***


Tuesday, November 29, 2011

Hasil Rembat-Merembat di La Senza OU ;)

Ni redeem shopping voucher - kemenangan dari La Senza Pin-Up Store Contest. Thanks La Senza Malaysia.



Tak boleh tunjuk isi kat dalam ;p hahaha


Monday, November 28, 2011

Tribunal Pengguna Part 3 | Kes Tuntutan Untuk Dikongsi dan Diambil Ikhtibar :)

Akhirnya, minggu lepas aku telah ke Tribunal Tuntutan Pengguna sekali lagi untuk perbicaraan kes aku di mahkamah tribunal. Sehari sebelum tu aku ada terpikir, ye ke aku nak pergi tuntut ni? Gerun la plak nak berhadapan dengan tuan hakim nga pihak penentang. Aku dok membayangkan dorang akan tanya aku macam2,   hentam ke.. bidas aku pedas2 ke.. ishh, runsingnyerrr.. haha.. padahal aku nak tuntut balik hak aku yang aku ditindas dan diperdaya... ok, ok dalam hati cakap tawakal je la kan.


Esoknya, aku bangun awal2 lagi sebab nak masuk KL ni bukan leh predict sangat jem dia macam mana. Masa tu aku tak check pon pukul berapa kena pergi. Main ingat2 je, seingat aku pukul 10 pagi. Rupa2nya, 10.30 pagi. cehh.. Buat rugi je tak habis breakfast pagi tu..hehehe.. Tapi bila aku balik, tengok semua disapu bersih oleh cik abe kesayangan. hahaha..


Aku sampai awal gak la kat sana, lebih kurang pukul 9.20 pagi. So, aku terus naik tingkat 16, pergi register, tanda kita hadir untuk kes kita diperdengarkan dalam mahkamah tribunal hari tu. Aku ada gak tengok2 sapa wakil pihak penentang tapi kemungkinan besar aku tak kenal sebab mungkin diorang hantar wakil je. Tak ada pon muka yang familiar. So, aku terus turun balik ke ground floor nak cari ATM. Tapi terjumpa kedai makan. Terus masuk breakfast sekali lagi..hahahaha.. nasi lemak dan teh tarik.


Lepas tu lepak jap, dekat2 pukul 10.30 pagi, aku terus naik balik ke tingkat 16. Pastu masuk dalam mahkamah tribunal tu. First time ni.. Aku tengok presiden/hakim dah tercongok kat depan. Ada penolong setiausaha kat depan dia. pastu ada satu meja besar kat depan pen. s/u tu.. agak besar la meja tu, boleh muat pihak penentang 2 orang, penuntut 2 orang dan menghadap ke arah hakim tu la. Pastu disediakan kerusi lebih kurang 30 buah. so, aku rasa rilek skit tengok suasana tu. tak payah bangun2 bagai dok dalam kandang ke apa. just dok kat kerusi kat depan penolong s/u tu je.. Pastu soal2 jawab kat situ la..


credit here.


Rupa2nya, banyak kes yang akan diperdengarkan pada hari tu. So, kena ikut turn masing2. Setiap kes ambil masa yang berbeza2 sebab ikut kes apa yang dia bawa. Aku tak ingat dah berapa kes hari tu. Rasanya ada kot 10 kes. Dan kes aku kes kedua last yang dibicarakan pada hari tu. Letih aku dok menunggu. Ada yang cepat selesai, ada yang lambat selesai. Yang cepat selesai tu, kes yang pihak penentang tak hadir. Sama ada dorang dpt award, atau kena cari tarikh lain pulak. Satu hal la plak kann.. Mengantuk pon yeee, lenguh pon yeeee, tak senang duduk aku.. hahahaha.. Yang menariknya, sesiapa pon boleh masuk kalau nak dengar sekali. So, aku nak rekemen la kat sapa2 yang free dan berada di sekitar The Mall, boleh la lepak kat mahkamah tribunal tu. At least ada gak ilmu yang korang dapat kan.. hahahaha. Sebab bila aku ada kat situ la, baru kita hak2 kita sebagai pengguna. Ada 2, 3 kes yang menarik aku rasa nak share untuk rujukan korang nanti..

p/s: kes tidak ikut turutan sebab aku tak ingat ye..


Kes 1

Pasal kes beli mesin basuh. Si penuntut nak tuntut mesin basuh baru. Aku tak pasti kenapa tapi bila dua2 si penuntut dengan si penentang duduk je, si penentang terus je cakap. Saya tak kisah saya turut je apa dia nak, nak mesin baru brand apa pon tak pe. Eh.. senangnya.. so, kes dia cepat selesai sebab dua2 pihak dapat kata sepakat dan pihak penentang bersetuju untuk ganti balik mesin basuh tu dengan mesin basuh baru.


Kes 2

Kes kecurian kabel elektrik. ni antara owner rumah dengan pihak TNB. Kes paling lama hari tu, siap bawak saksi lagi pihak TNB. Mula2 aku ala2 tak paham kes apa diorang sebab kejap2 wayar loss, kejap2 elektrik takde. Rupa2nya baru aku paham kisahnya, si penuntut ni ada rumah sewa. Dan rumah sewa dia ni telah dicaj sebanyak RM7K ++ sejak 3 tahun lepas. tapi dia baru perasan bil tu Mac lepas. Kes dia mcm complicated skit sebab ada dua cerita, satu kes lampu umah tu padam dan TNB check masalah fius je so diorang tukar semua dah ok. Dan satu kes lagi, TNB pernah pergi rumah si penuntut ni, dan perasan meter dia telah dibuka dan link voltage meter tu longgar satu wayar. Ada 3 wayar dan satu wayar telah dilonggarkan. Kira kes nak jimat elektrik la. Biasa memang tuan rumah je buat gini kalau orang luar buat, takde pekdah pon.


Yang menarik, si penuntut penah la pergi meeting nak minta kurangkan bil tertunggak tu or bil ralat tu sebab wayar tu dilonggarkan so ade la ralat so macam si penuntut ada hutang la nga TNB. Ko guna elektrik tapi tak bayar. Bila link voltage longgar so dia tak leh bagi bacaan yang sebenar sedangkan elektrik ko tetap dapat. Bil dia RM7++ kan so runding punya runding2, TNB nak bagi diskaun jadi RM2,200 je. tapi si penuntut ni tak setuju. So, ada meeting kali kedua, pihak TNB tak bagi diskaun lak sebab kalau ikut prosedur diorang, kalau yg first meeting dulu tak setuju, untuk second meeting diorang akn balik ke bil asal la. so, balik kepada RM7K ++.. So, lagi la dia tak puas hati sebab tu la kes ni dibawa ke tribunal.


Kemuncaknya, cakap2, diskus2, menentang, membela bagai depan tok hakim tu, last2 tok hakim cakap la kat penuntut tu.. ni aku dah diolah ikut kefahaman dan ayat aku la yerrkk.. hahaha


Kamu sebagai owner rumah tu mesti lah kena bertanggungjawab atas rumah. You dah dapat benefit dari hasil sewa, so not fair la bila ada kes2 macam ni you nak salahkan orang lain. Mungkin salah seorang penyewa tu yang buat kerja 'jahat' tu. So, sebagai owner pon kita kena check keganjilan kat meter tu. Kejadian berlaku sejak 3 tahun lepas. So takkan dalam masa 3 tahun tu, you langsung tak ambil kisah dengan rumah you. Takkan just ambil hasil sewa je kan.. Lagipon, TNB dah offer diskaun. TNB pon bukan bagi elektrik free so disebabkan masalah awak, TNB kena tanggung kerugian kan.. 7k dengan 2k tu dah banyak kurang dah..


So, sekarang ni si penuntut ni kena bayar la 7K tu sebab dia kan tak setuju nak bayar 2K. So, perjanjian ikut asal la balik. Kan dah padan muka. hahaha.. Aku dah nak tergelak dah tengok si penuntut. Sebab dia punya kepoh, dia punya gaya tu memang pening dah aku tengok.. Pastu boleh sesedap dia, eh bukan kena bayar 2K ke. Wakil TNB cakap dah pihak penuntut tak setuju dulu so kena bayar 7K balik la. Dia boleh pulak cakap kasi la diskaun, saya kasi cadangan 50% off dari 2K tu. Sekali wakil TNB jawab, sekarang keputusan dah ikut yang asal, which is kena bayar 7K, apa2 kita boleh suggest agar penuntut request untuk rundingan kali ketiga. Dan keputusan bergantung pada rundingan kali ke-3 tu la. Tapi si penuntut tu tak paham bahasa kot, dia dok angkat tangan kat tok hakim, cakap i suggest 50% off dari 2K tu. Adoooiii apek lu tarak paham kaa.. kes ni dah berpihak pada TNB, so, ko la yang kena bayar...


Last2, tok hakim pon cakap, saya boleh suggest you pergi buat rundingan lagi dengan TNB dan berapa kena bayar atas budi bicara TNB.. ok, selesai.


Dah panjang la pulak aku bercerita.. sambung next entry la ye.. ada lagi kes2 yang nak aku share ni..hehehe.. pengalaman aku sendiri pon belum cite lagi.. apapon, tunggu la entry aku entah bila nak karang.. hahahaha
Related Posts with Thumbnails