Saturday, November 26, 2011

AirAsia BIG Loyalty Programme

Korang dah join ke loyalty programme from AirAsia ni, called BIG. Dengan penggunaan kad BIG ni, korang akan earn points (called BIGGIE) dan boleh redeem  AirAsia FREE FLIGHTS. Besttt kan...



More details, click here.

To get your own Big Shot card, sign up here.

Rasanya, sapa2 yang selalu fly guna AirAsia patut apply ni. Aku dah apply, korang bila lagi.. hehehehe...



Wednesday, November 23, 2011

Tribunal Pengguna Part 2

Ingat lagi tak pasal ni? Ok, selepas aku send borang 1 kepada pihak penentang, lebih kurang sebulan lepas tu baru aku terima balik kad akuan terima tu. Sepatutnya dalam masa seminggu dua dah boleh dapat balik. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba so aku call pihak tribunal tanya macam mana. Diorang suh aku call pos malaysia sendiri. Bila dah call tu pihak pos suruh aku photostat resit pos dan isi borang di pejabat pos berhampiran. Tapi belum sempat aku nak pergi ke pejabat pos keesokan harinya, aku check dah ada kad akuan tu dalam peti pos umah aku. Lega ;p


So, sekarang tengah berdebar tunggu hari ‘perbicaraan’. Aku pon ada terima borang 2 daripada pihak penentang untuk membela diri atau menentang semula tuntutan aku. Diorang pon guna cara yang sama pos yang perlukan kad akaun terima. Kebetulan masa tu aku tak ada kat rumah, so kena pergi amek kat pejabat pos sendiri. Aku dah baca sepintas lalu hujah2 diorang. Biasa la, mesti diorang nak menegakkan hak mereka gak. Kadang2 risau jugak takut alasan aku tak kukuh tapi kalau aku tak cuba, aku tak tahu kan.


Terus terang cakap, aku memang mengharapkan kemenangan di pihak aku. Walaupon kes ni dah berlaku 2 tahun lebih, tapi aku masih nak tuntut sebab satu, selagi tak cecah 3 tahun memang boleh tuntut. Kedua, aku baru tahu yang ada badan macam tribunal ni yang menjadi tempat kita untuk menuntut hak kita sebagai pengguna. Tapi, tetap ada term and conditions. Insya Allah, jika aku diberi kekuatan, aku akan bercerita lagi pasal ni. Tuntutan apa yang aku buat dan siapa pihak penentang tu. Korang doakan aku ekk..


Dan kalau aku menang, aku akan dapat balik duit aku tu. Insya Allah aku akan cuba selesaikan hutang2 yang tertunggak. Atau mungkin boleh buat modal berniaga. Harap2 kalau tak dapat semua, dapat la skit...


pic tiada kaitan dengan entry.

Setiap orang ada rezeki masing-masing, dan rezeki tu di tangan ALLAH. 
Janganlah kita takbur dengan kesenangan dan kemewahan yang kita ada hari ini. 
Janganlah kita bongkak mengatakan kita sudah berjaya sehingga kita lupa bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi dari-Nya.



Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Team Bola Sepak Malaysia!

Congrats team bolasepak Malaysia. Rasa nak pecah dada malam ni.. hahahaha.. Memang Apex terbaik!!! Akhirnya, emas milik harimau malaya. Garuda dah patah sayap malam ni ;)



 * pic credit to google *

Monday, November 21, 2011

Kerangupan dan Kesedapan Sengkuang Calit

Aku tau tak semua orang suka sengkuang. Aku pon tak suka sangat ;p tapi kalau sengkuang calit, memang tak pernah tolak... rasa rangup sengkuang dengan sos merah dia dengan taburan kacang tumbuk yang crunchy memang buat aku teringat2. serius sedap hingga menjilat jari.






Untuk yang nak merasa juga sengkuang calit ni, boleh pergi ke Uptown Bazar Puchong Permai. Selain tu boleh pergi ke Uptown Shah Alam, seksyen 24. Dan insya Allah diorang akan buka juga di Danau Kota. Selain tu diorang ada juga jual sos sengkuang calit dengan kacang sekali untuk korang nikmati kat rumah.. So, boleh buat sendiri sengkuang calit, beli je sengkuang pastu calit-calit dengan sos merah tu.



Harga: RM11.80 (sos sengkuang + kacang tumbuk)


Nak order??

Boleh isi form kat blog sengkuang calit ni

Atau call/sms 012-944 1951. Insya Allah diorang akan layan korang sebaik mungkin. 


Atau boleh mendapatkannya dari agent2 diorang yang berdekatan dengan kawasan anda. http://oldtimesengkuang.blogspot.com/2011/08/agent-kami-rebutlah-peluang-menjadi.html


Related Posts with Thumbnails