Tuesday, May 24, 2011

Kerja Baru, Semangat Baru.

gila penat semalam sampai tak sempat pon nak buka blog or nak melawat blog orang lain. pukul 11.30 baru sampai rumah semalam. balik, mandi dan terus tidur. ni pon baru balik, kemas2 rumah sikit sebab 2,3 hari ni memang kelam kabut sikit keadaan rumah.


semalam (23/5/2011) actually first day aku kat ACI Worldwide. mulai semalam, aku dah kerja kat tempat baru. suasana ok. sepatutnya masuk ofic pukul 8.30 pagi tapi aku sampai 9.00 pagi sebab jem gila kat Jalan Klang Lama. aku guna jalan klang lama - federal highway - kerinchi link- ttdi -bandar damansara. ofic aku sebelah cineleisure je ;p sampai2 aku disambut oleh operations director sendiri sebab office admin yang patut sambut aku tak datang pon lagi ;) hahahaha. dah la lambat tapi dia cakap it's ok kat sini flexible. kalau dtg lambat, balik la lambat. so, lega. esok boleh masuk pukul 9. hehehe..



my space in new office ;)


tapi sebelum balik kerja semalam, manager aku dah minta pergi site esoknya - ambank jalan raja chulan. nasib baik aku pernah pergi sebelum ni masa kerja kat tempat lama dulu. cuma dulu aku naik lrt - monorel. esok aku nak drive. manager aku cakap kerja aku memang banyak kat site. huhu. so better pergi site belajar apa yang patut.


so, hari ni aku drive pergi ambank jalan raja chulan. guna highway mex (maju expressway) sebab dekat je dari rumah aku. yang buat lambatnya, jalan jem gila. aku sampai site lebih kurang pukul 9.15 pagi. call senior aku yang manager aku bagi nombor telefon semalam. rupa2nya dia tak sampai lagi. selamat di situ ;p tak de la nampak sangat aku sampai lambat. better menunggu dari ditunggu. tambah2 baru second day kan. tapi 2-2 hari lambat. dugaan betul jalan KL ni. keje sebelum ni naik LRT je dan boleh pergi lambat. hehehe. bila tau tempat kerja sekarang pon flexible juga, aku bersyukur. lepas2 ni, boleh la nak estimate masa pukul berapa nak keluar rumah. sampai lambat pon takpe janji balik lambat, kena cukup 8 jam sehari ;)


ok la, tak tahu nak cerita apa dah. task pon tak ada lagi. just baca documentation dan tengok2 sistem yang diorang buat. kerja aku more to support dan buat programming. guna COBOL. aku memang zero knowledge COBOL tapi excited gak nak belajar ni. semoga semuanya dipermudahkan. ok, bye. good night. assalamualaikum.


p/s: oh ya ni satu office dengan kawan aku, eena. tapi lain department.

Sunday, May 22, 2011

Kenangan Percutian: Jakarta & Bandung Julai 2009

p/s: ini entry untuk kenangan percutian. cerita dah basi. kalau nak baca, silakan. tak nak, tak paksa ;p


Trip ke Jakarta ni sebenarnya dirancang lebih awal, if i'm not mistaken, akhir Nov 2008 sebab masa tu free seat Air Asia. we managed to get 3 free seats for me, eena and emma just ONLY RM70 return ticket each. gila murah. masa tu, aku kalut nga eena dok berGTalk bagai nak deal nak pergi bila dan berapa lama. Thanks to emma for all the accomodations especially rumah. disebabkan kakak emma, kak ejah kahwin dengan Indonesian dan ada rumah kat Jakarta, kami tak payah susah2 pikir nak stay kat mana. save budget. hehe.


But, dekat2 nak pergi (dah lupa bila), mak dan ayah emma nak ikut. so, jadi semua 5 orang. sebab secara tak langsung trip ni jadi trip emma nak shopping kahwin. Dan masa mula2 beli tiket memang nak pusing Jakarta je. tapi since emma dan her parents memang busy dengan shopping barang kahwin sampai kami (me and eena) pening tengok lace, emma suggest to us untuk pergi Bandung. aku dan eena macam ye ker... boleh ke kami dua orang pergi Bandung. lagipon, 2 hours from Jakarta. emma cakap rugi tak pergi.



waiting for taxi. ayah emma tengah aim taxi yang best untuk kami. masa ni nak pergi majestik.



can you spot "DI JUAL HE WAN QURBAN?" hahahaha.




es podeng. sedappppp
paling bawah - jeli (ye kee), atas sikit kaler hijau, avocado - sedappppp, atas avocado, ais krim campur coklat bagai - yummy..



having our lunch or dinner. tak dapat recall. ni dekat plaza indonesia. kat indo, korang tak boleh suka2 nak makan kat tepi jalan. make sure kedai tu kedai yg proper.. maksud aku, kedai yang terbukti bersih dan halal. kalau tak, encik toilet akan jadi best friend.

 gedik2 session



hari ke 2. target nak terjah mangga 2 dan tanah abang. first time aku try naik bus ala-ala LRT kat Malaysia tu. tak best ;) tapi seronok. pengalaman berharga tu. sepanjang journey tu, memang nampak ramai gila homeless. kesian gila especially kids. 






mie kolok + soda gembira. memang gembira lepas minum air ni sebab dahaga sangatttt ;p




breakfast aku sepanjang 2 hari kat bandung. bubur ayam. sedap sebab aku demam. korang bayangkan, sepanjang kat Bandung aku demam. makan pon tak lalu. Yang berselera hanya SHOPPING. kopak duit aku. semua benda aku nak beli kat Pasar Baru tu. kat outlet2 aku beli t-shirt, cardigan, blouse, 2 kasut, jeans,, kain pasang ya ampun banyaknyaa.. ni tak termasuk ole2 untuk adik beradik, ibu bapa dan kawan-kawan.. hahahaha..


 

Rumah Mode. 



Paris Van Java 


aku shopping bra La Senza dgn t-shirt Polo kat sini. sale beb. masa pegi Paris van Java ni pagi, so, eena ajak pergi malam pula sebab orang cakap Paris ni cantik waktu malam sebab banyak lampu.. hehe.. tapi disebab ahkak ni demam, maka tidak larat den nak pergi lagi.. sorry eena. sebab aku demam, ko terlibat sama tak leh pergi paris van java malam.


Oh ya, lupa nak habaq, aku dan eena pergi Bandung ni naik van. van ni kira ganti bas la. memang selesa. hanya 5 penumpang je eh ke 7 sebab sorang akan dok depan sekali dengan driver. selebihnya dok belakang. tapi selesa. seat dia macam seat bas. harga tiket memang murah tak salah aku, Rp 70,000. memang berbaloi. siap ada bantal lagi. nama van service tu, cititrans. aku simpan lagi kot no phone diorang..nak keee? hehehe.. atau korang klik cititrans tu terus link ke website dorang.



ni la van tu. yang kami naik ni yang kat cawangan Fatmawati. dia ada banyak cawangan.



apapon, aku mmg suggest kat korang kalau ke jakarta, pergi la bandung sekali or vice versa sebab bandung dgn jakarta jarak dia hanya 2 hours perjalanan. sepanjang perjalanan, view memang cantik. tapi tak ambil la pulak gambar sebab kamera dengan eena. eena asyik tido je.. hahaha.




 ni brg2 shopping yang belum dipack dlm bag masing-masing. eena saje interframe. 




bukti ke-sukses-an kami shopping di bandung. dekat jakarta aku dan eena tak beli apapon cuma banyak berhabis utk makan. sila tengok paperbag kartika sari itu, itu semua my brownies. hahaha. yang sakan shopping di jakarta hanya emma.



Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki nak ajak my hubby pergi pula ke Bandung. lepas tu, nak ajak eena dan emma pergi ke tempat lain pulak. thanks emma, parents emma, kak ijah, niko, parents niko, saudara mara niko atas semua accomodation masa kat sana. eena, thanks kat ko sebab jaga aku masa kat bandung. 


Saturday, May 21, 2011

Fatty Crab. Sedap Sampai Licinnnn ;)





tempat ni pernah masuk jalan-jalan cari makan. masa pergi last week jumpa elyana dan hubby (elyana dah gemuk mungkin sebab pregnant tapi still cantik) dan jumpa eizlan yusof dan wife. 

Hair Spa + Cut + Wash + Blow @ Chezz Technique

Aku dah lupa bila aku beli deal ni dari milkadeal. aku beli pon sebab memang nak potong rambut bagi pendek. kali terakhir aku potong pendek (tapi takde la pendek sangat, paras bahu jeee) ialah tahun lepas bulan 5 kot, before kahwin. aku nak potong sangat sebab dah serabut rambut dah panjang lepas tu aku plak jenis yang memang basuhkan rambut every day, syampu pon everyday. kalau tak basuhkan rambut memang aku boleh sakit kepala.


ok berbalik kepada cerita asal, harga deal ni RM33.90. disebabkan aku nak diskaun lagi, aku guna facebook laki aku untuk dapat RM5 voucher.. hehehe. so, aku dapat RM28.90. memang kalau kita login milkadeal guna fb account, kita akan dapat credit RM5 dan boleh digunakan untuk beli sebarang deal yang dorang offer. best kan. yang aku punya, aku dah guna masa beli package spa Eve De Beaute. yang spa package ni lagi best. aku beli RM21 instead of RM36 yang milkadeal offer sebab aku dapat rebate lagi RM10 sebab refer friend. hehehe. tapi tak pergi lagi yang ni. insya Allah next week or next month ;)


mula2 aku call dulu salon rambut tu sebab nak buat appointment, mana tau ramai orang. so, aku set masa 3.30 pm. aku bajet paling lama pon sejam setengah dah siap so tak payah la aku menempuh jem nak balik. tapi aku pulak sampai lambat dalam 3.45 kot baru sampai amcorp mall. lupa nak bagitau aku pilih chezz technique cawangan amcorp mall sebab aku suka jalan2 kat situ. so, sambil menyelam sambil minum air la ;p bila dah sampai tu, dia check dulu betul ke kita beli voucher tu, aku dah print awal2 voucher tu. first impression aku sampai sana, kedai ok ala macam salon2 rambut yang lain tapi kedai ni tak ada special space untuk yang kita yang bertudung ni. so, aku request nak duduk kat kerusi paling belakang dan tersorok sikit.


hair spa ni dimulakan dengan wash my hair, syampu semua. then baru potong rambut. selepas potong rambut, baru rawatan ala2 stim rambut, yang ni kira yang hair spa tu la. dalam 10 minit. sebelum masuk dalam mesin stim tu, dia letak mask kot, lupa nak tanya... hahahahaha.. aku syok layan mata, mengantuk..hehehe. lepas stim bagai, dia basuh sekali lagi rambut dan last sekali blow. hasil dia memang puas hati. aku perasan siap letak tagline - "Our Excellence Service = Customer Satisfication".


bila dah siap tu, dorang cakap terima kasih, datang lagi dan bye2. takde pon extra charge or tiba2 kena duduk nak ambil package lain ke. so, memang jelaslah takde agenda tersembunyi. cuma masa aku basuh rambut yang first time dia ada tanya, nak scrub tak? kalau nak scrub tambah RM30. so, memandang rambut aku takla panjang gila, aku cakap tak nak. dia cakap ok, tak de paksa ke apa. So, aku rekemen la kat korang kalau nak pergi sebab tak tipu punya or jenis yang paksa2.



;p



Secara ringkas, ini rumusan dan suggestion aku:


1. Kalau boleh buat special space untuk orang bertudung macam kami, so rasa selesa sikit.

2. Staff kat situ, memang peramah dan baik. mostly chinese tapi talkative. aku banyak diam sebab mengantuk, penat. hahaha. cuma sekali sekala ada tanya dia dan dia pon tanya aku dan bagi suggestion macam nak blow rambut. oh lupa nak habaq, aku potong bob. ok la nice sebab sebelum ni aku pernah potong bob. bob ni yang songeh sikit bagi yang bertudung sebab akan jadi 'rambut terkeluar'. korang paham ke rambut terkeluar? hehehe.. ok, aku lukis. hahaha.. rajin plak aku hari ni.. heheehe.. tapi masa aku potong bob dulu, aku siap rebonding. so, rambut memang cantik terletak je... hahahaha.. ops, terpuji diri sendiri. lagipon, memang rambut aku jenis lurus senang nak manage.



rambut akan 'terkeluar' macam gambar atas kalau kita asik ikat rambut. dan akan cepat rosak pon ;) dah melalut cerita pasal rambut plak.. hehehe

3. buat appointment awal sebab takut ramai customer, at least sehari sebelum nak pergi. aku buat appointment sejam sebelum pergi. hahahaha.. nasib baik dia terima. tapi masa pergi tu memang ramai orang. boleh kata penuh. staff dia ramai tapi sebab ramai customer macam tak cukup kaki dan tangan dah. ade la beberapa minit aku kena tunggu. kalau buat awal, so dorang senang nak arrange kan. 

4. ops, lupa. masa sampai dan duduk sebelum nak wash rambut tu, dia bagi teh dan magazine. so nice ;) aku minum sikit je teh tu sebab tak sedap pahit jenis yang teh kurus tu. opsss. hehe.. kantoi plak..hahaha


sekian sahaja laporan saya untuk chezz technique saloon. kalau korang nak pergi dan nak try package diorang, ni ada sedikit info. tapi lupa nak snap pic kat depan kedai memang ada package dan special offer dengan harga segala bagai. korang boleh call dan tanya diorang.


1) Chezz Technique Jalan Gasing No. 64, Jalan 5/8, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: +603 7960 2676

2) Chezz Technique Amcorp Mall 1-166, 1st Floor Amcorp Mall, No. 18, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. 
Tel: +603 7958 6844

3) Chezz Technique SEA Park No.18, Jalan 21/19, S.E.A. Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor 
Tel: +603 7875 6844

4) Chezz Technique Puchong F-1-16, IOI Bouleyard,Jalan Kenari 5,Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor Tel: +603 8070 6906

Opening Hours: Tuesday - Friday (10.00am - 7.30pm), Saturday - Sunday (9.30am - 7.00 pm)



Dorang bukan setakat service bab2 rambut je, ada photography bridal - tapi aku tak pasti untuk chinese sahaja ke apa, dan siap ada academy sendiri.


sekian, terima kasih.
Related Posts with Thumbnails