Thursday, May 5, 2011

Income Dari Youthsay aka Says.my yang ke-4

Alhamdulillah, this is my 4th cash out from says.my (previously known as youthsays). 




walaupon tak banyak sangat tapi kira ok la, dah lepas nak bayar bil api dan air kan. hehehe. 


dan baru je sekejap tadi, aku cash out untuk kali ke lima. Alhamdulillah. Insya Allah, dalam 30-45 hari dapat.




Kalau nak tahu Says.my ni lebih kurang macam Churp churp cuma Says.my ni pesaing nuffnang that's why aku tak promote iklan2 dia kat sini. Memang banyak post kat facebook dan share link dengan member2 je. sambil-sambil dok berfacebook, apa salahnya kan. boleh juga dapat income walaupon ciput. 


Ni latest income churp churp.



Nak join churp churp? Click HERE.



p/s: entry ni bukan nak menunjuk2. just untuk rekod peribadi me shj.


Sunday, May 1, 2011

Congrats Eeeeenaaaaaa... Kamu Gojes Gilaaaa!!!


Congratssssss Eenaaaaaaaaaaaaaaaaa!!





pics taken from Kak Jeen.


Kamu gojes gila.


Aku doakan ko dan ameir berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat2 dapat baby.



p/s: pic aku nga ko nanti2 la ehhh.. hehe. 



Friday, April 22, 2011

Soalan Yang Paling Aku Tak Suka Ditanya dan Nak Menjawab... ;p

Nak cakap paling dibenci macam kasar plak kannn.. hehehehehe.. so cakap je paling tidak disukai..


Sejak aku kahwin, ada 1 soalan favourite orang kat aku.. Aku rasa korang pon boleh agak soalan apa.. Soalan macam2 version tapi same meaning jeeee...


"Dah pregnant ke?"

"Bila nak pregnant? Merancang keeee?"


Soalan2 tu, aku dah kalis dah.. especially kalau balik kampung... boleh kata semua yg jumpa aku dan laki aku mesti tanya soalan2 yang berkisarkan ANAK.


Tu kira ok lagi laaa kalau tanya macam tu, ada tu siap tanya dan jawab sendiri.


"Korang merancang keee? Tak elok merancang.. bla bla bla.... "


Kadang2 ikhlas aku cakap penat gila nak jawab soalan-soalan ni... Siapa la yang kahwin tapi tak nak anak kan. Kalau ada jugak, kira kes terpencil la tu. Tujuan kahwin tu sendiri pon nak mengembangkan kaum kerabat, nak dapatkan zuriat termasuk kami, suami isteri. Siapala kami nak menidakkan takdir.. mungkin takde rezeki lagi kan..


Aku dan hubby biasanya dah muak dah nak menjawab dan nak menconvincekan orang yang kami ni TIDAK MERANCANG or TIDAK BUAT FAMILY PLANNING.. Jawapan standard kami "Tak ada rezeki lagi, doakan kami ye :)" dengan muka senyum... kadang2 ikhlas dan kadang muka buat2 senyum.. hahahahahahahahahaha... jahatkan aku ;p


Pernah aku cakap kat hubby aku (aku tak panggil dia hubby yeee... hahahaha), nak je aku tampal note kat dahi aku "KAMI TAK BUAT FAMILY PLANNING, just tak ada rezeki lagi.. Doakan kami yee". hahahaha.. Boleh nampak tak betapa penatnya aku nak menjawab persoalan2 ni.


Tapi tak ada la korang tak leh nak tanya langsung.. Kami paham korang semua mmg concern. tapi kalau lagi concern, better tak payah tanya laaa.. Aku prefer korang dtg kat aku dan terus cakap aku doaka ko murah rezeki dan cepat pergnant... Tak payah la nak tanya soalan atau buat kesimpulan yang sepatutnya..


Tapi tak leh lawan satu soalan sorang kakak ni kat aku..


"Kenapa tak pregnant lagi... Ke mandul??"  (soalan telah diolah utk 'mencantikkan' ayat)


Ya Allah nak luruh jantung dan segala organ2 dalam badan aku dengar ayat tu. Sentap weeeiiiii tapi macam biasa aku maintain senyum dan sengihhh.. Yang tanya aku tu bukan orang tak berilmu.. ustazah lagi..



Moral of the story, aku just nak minta kawan2 yg baca entri ni doakan kami cepat2 dapat anak. cepat2 aku pregnant.. dan menjadi ibu bapa yang baik utk bakal anak2 kami... amiinnnn...


Aku nak jadi mama yang hot macam Nora Danish ;) hahahahahahaha..



p/s: Ini cuma luahan hatiku yang ikhlas.. tak bermaksud nak hentam sapa2 okay.. bukan nak perli sapa2.. Kalau2 sapa2 yg pernah tanya soalan2 pasal anak ni kat aku.. aku tak marah pon laa weiii.. aku cuma penat nak jawab..kahkahkah...

Tutorial Churp Churp: Cara Nak Buat Social Sharing

Assalamualaikum :)


Untuk melunaskan janji aku last tutorial on churp churp, kali ni aku nak share pulak macam mana nak buat social sharing tu ye. Lepas register semua, korang mesti nak tahu cara-cara nak share ads pulak okay.


Follow step2 ni okay..


1. Login churp churp. Kalau belum register, boleh tengok cara2 nak register kat SINI.


2. Klik button Dashboard kat atas sebelah kanan screen. 




3. Lepas tu, korang akan tengok senarai campaign yang korang boleh pilih untuk share. Jom tengok contoh ni... Pilih je mana2 campaign yang korang berminat nak share.. Macam kat bawah ni, iklan Digi.. Klik 'Share this".





4. Bila dah klik, akan keluar satu page yg bagi segala details pasal campaign tu macam pic bawah. Lepas tu, klik "Start Sharing This".




5. Lepas tu, akan keluar page untuk share link campaign tadi. Ada 6 method untuk promote campaign tu.




Aku selalu promote campaign ni semua melalui facebook, twitter dan blog. Kadang2 kalau rajin melalui email. Kalau korang rajin berchatting guna messenger, boleh jugak letak link campaign tu sebagai status. 


6. Aku bagi contohnya kalau korang nak share melalui facebook. Mula2 klik button share facebook macam pic bawah.




7. Bila dah click button share kat macam pic atas tu, akan keluar popup window macam pic kat bawah. Korang boleh tulis apa sahaja status or kalau tak nak pon takpe, dan then tekan button "Share"




8. Dah SIAP!!! Lepas tu, korang boleh tengok kat wall facebook masing2.. Ni kat wall aku.. hehehehe..


Sila ignore status yang aku mengarut tuuu... ;p



So, amacam korang semua?? Senang gila kentang kan nak buat social sharing ni... Yang method2 lain nak share tu, korang godek2 sendiri.. senang jeee.. Kalau ada permintaan, baru aku buat tutorial, kalau tak malassss.. hahahahaha...


p/s: Jangan lupa join THE GREAT CHURP CHURP RACE tau. Tak join, banyak rugi worrrr...


p/s/s: Giveaway yang aku anjurkan, setakat ni alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan. sampai entry ni ditulis, lebih 50 penyertaan dah diterima. Kepada yang masih belum join, jom la join ya :)



Related Posts with Thumbnails