Sunday, April 3, 2011

Free Header | A Project: "LOVE TO DESIGN"

Feel free to click the banner to get free header.
 *** T & C apply ***

Friday, April 1, 2011

Tempat-Tempat Mesti Korang Pergi Kalau ke Kelantan...

Oleh sebab aku ni orang Kelantan, ramailah kawan aku yang nak pergi Kelantan selalu tanya aku apa tempat-tempat best or tempat WAJIB pergi kalau ke Kelantan. Biasanya aku bagilah cadangan pergi pantai sebab Kelantan memang meriah dengan pantai. dan yang penting shopping, shopping dan shopping sebab Kelantan memang banyak syurga shopping. Tak percaya pergilah Kelantan dan satu lagi, syurga makanan.


First kalau korang pergi Kelantan, korang kena rasa makanan WAJIB orang Kelate yang buat.


Tapi kali ni, aku nak share dulu tempat-tempat yang WAJIB pergi kalau ke Kelantan. Pasal makanan, kita cerita lain entry ye.


Antara tempat-tempat yang menarik untuk korang singgah.


1. PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) or dulu2 orang panggil Pantai Cinta Berahi.


Pantai ni terletak lebih kurang 11 km dari bandar Kota Bharu (KB) or 15 minit kalau bawak kereta.Dan di sepanjang jalan nak sampai pantai ni korang akan jumpa pelbagai gerai jual jagung dan kedai kraftangan macam batik, songket, pembuatan perak, layang layang dan macam-macam la lagi. Pantai ni memang antara pantai yang femes la kat Kelantan selepas Pantai Irama kat Bachok, Pantai Sri Tujoh, Tumpat dan Tok Bali, Pasir Puteh. Kalau nak beli ikan segar or nak tengok nelayan balik dari laut, pergi Tok Bali.

PCB ni femes sebab dia dekat dengan KB. Yang menarik kat sini mestilah makanan laut goreng tepung macam sotong goreng tepung, udang, ikan dan segala la. memang fresh. Kalau nak tahu, zaman tentera Jepun dulu, PCB la antara tempat diorang mendarat. Kira tempat bersejarah gak la ni. Kalau Pantai Sri Tujoh plak, dulu-dulu selalu ada Pesta Wau Antarabangsa. dan yang penting, Pantai Sri Tujoh ni dekat dengan Pengkalan Kubor, kawasan bebas cukai untuk shopping. Dan kalau pergi PCB, nak stay kat KB pon boleh sebab dekat je or kat sana memang ada resort seperti Perdana Beach Resort. Rate dia korang search sendiri. hehehehe.


 Kesan hakisan kena letak batu-batu ni...

Pic taken form Google.




2. PASAR SITI KHADIJAH

Ini pasar besar dan paling ramai pengunjung di KB. Pasar memang terletak dekat tengah-tengah bandar. Memang macam-macam benda dijual kat sini. Tudung, telekung, makanan, baju, dan macam la. Barang basah pon memang fresh dan keunikan pasar di Kelantan ni, mostly peniaga dia memang wanita. Kan wanita Kelantan terkenal dengan skill berniaganya ;p

Ni memang suasana biasa kat pasar Siti Khadijah. pic taken from google.


Nak tahu lagi pasal pasar ni, klik SINI.


3. PEKAN RANTAU PANJANG

Rantau Panjang ni mestilah glamer dengan tempat shopping dia. kawasan bebas cukai di Rantau Panjang memang best untuk shopping. Nak beli periuk belanga, toto (comforter), pinggan mangkuk, baju tidur, jersi bola Siam, jeans Siam, pakaian, makanan dam macam-macam la lagi. Memang banyak pilihan boleh jadi rambang mata nak pilih. Biasanya barang WAJIB beli kalau datang sini mestilah TOTO, set pinggan mangkuk dan periuk belanga. 

Kalau korang ada masa, boleh juga seberang ke sempadan Thailand iaitu Golok. Memang dekat gila 5 minit je kot nak cross sungai tu. Nak pergi ikut jalan 'halal' boleh, jalan 'haram' pon boleh. hehehehe..peace, no war..hehehehe.. Kat sana ada apa? makanan memang heaven. Shopping pon best.

Lagi satu, jangan lupa singgah sembahyang di Masjid Cina yang terkenal di sana. 


pic taken from HERE.


4. PENGKALAN KUBOR, Tumpat


Kalau korang dah singgah Pantai Sri Tujoh, jangan lupa teruskan perjalanan sampai ke Pengkalan Kubor. Sini bukan kubor semata-mata yeee.  Ni kawasan bebas cukai, tempat shopping. Sama macam Rantau Panjang, mostly barang-barang dijual kat sini sama je dengan di Rantau Panjang. Harga barang kat sini boleh tahan juga depends on musim. Kalau musim cuti sekolah agak mahal jugak sebab ramai pengunjung luar Kelantan datang. Tips aku, korang suruh kawan Kelantan korang tolong tawarkan harga. Kalau tak sah sah kena ketuk. hehehehe. Ni pon dekat dengan sempadan Siam, Pekan Tak Bai. 

Dan masa on the way nak sini actually ada 2 jalan. satu jalan from pantai dan satu lagi jalan korang akan lalu kuil/wat siam yang glamer dengan SITTING BUDDHA. Ada satu la wat siam yang femes seantaro Asia Tenggara dengan SLEEPING BUDDHA. ni pon terletak di Tumpat. Aku selalu depan wat siam sleeping buddha tu sebab nak balik kampung sebelah Abah di Rantau Panjang, tapi tak pernah singgah, tengok kat luar je. Lupa nak bagitahu, aku ni campuran Rantau Panjang dan Tumpat, ummi orang Tumpat dan abah orang Rantau Panjang. Kalau tanya aku pernah tak aku pergi Tak Bai dan Golok, mestilah pernah... hehehehe.. pergi shopping je pastu balik. Insya Allah bulan 5 or 6 (cuti sekolah), pengasuh aku orang siam nak kahwin. Nanti boleh pergi Golok lagi. hehehe.




Rasanya cukup dulu tempat-tempat kat atas yang aku nak rekemen kat korang. Tempat ni pon kalau setakat pergi 3 hari ke Kelantan memang tak cukup. hehehe. Sebab apa aku cakap macam tu, sepanjang jalan nak sampai satu-satu tempat tu memang banyak tempat dan benda yang menarik. Ada lagi 3, 4 tempat yang menarik yang aku nak syorkan yang boleh korang singgah kalau ke Kelantan seperti air terjun, tempat shopping Bukit Bunga di Tanah Merah, dan tempat makan best di Kelantan. Insya Allah, kalau ada masa aku sambung lagi ok.


Thursday, March 31, 2011

REDMINIBEE CONTEST


Click banner to join.


Tarikh tutup: 9 April 2011


Soalan-soalan yang WAJIB dijawab.


1. Cuba bayangkan jika korg tersesat di dalam sebuah hutan tebal seorg diri,tiba2 korg ternampak sebuah rumah usang 2 tingkat,korg nak masuk ke dalam rumah tue @ hanya meneruskan perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tebal tue.?KENAPA.?

Aku teruskan aje perjalanan sebab aku ni stok penakut. Kalau dah rumah tu usang lagi la macam-macam aku dok pikir, pikir jumpa nenek kebayan la, hantu la, anaconda la. ish ish. 


2. Antara KAMBING/LEMBU/BADAK@UNTA,yg mana paling comel bagi korg.?KENAPA.?

KAMBING. sebab? Cuba korang tengok pic bawah. HAHAHAHAHAHA. comel kan?



3. Bila korg keluar bershopping di shopping mall,korg akan serbu side mana dulu.?Kedai kasut.?Baju.?CD.?Buku2.?@ mungkin yg lain.?KENAPA.?

KEDAI KASUT. sebab nak cari size kasut lagi senang dari cari size baju. ;p


4. Jika diminta untuk mengira berapa helai rambut korg tue,korg nak kira ke x.?KENAPA.?

TAK NAK. sebab rambut gugur sejemput tu pon aku tak kira. MALAS dan TAK KUASA MAK. 


5. Jika diberi pilihan,antara PARIS HILTON/LINDSAY LOHAN @ BRITNEY SPEARS,korg nk tidur sebilik ngn sape.?ngeee~~~KENAPA.?

BRITNEY SPEARS sebab nak suruh dia menyanyi semua  lagu best dia. Konsert khas untuk aku.. KAHKAH.


6. Korg suka sgt cat bilik korg colour pe.?KENAPA.?

PURPLE LEMBUT. sebab aku suka purple lembut. hehehehe... bukan, sebab purple lembut tu melambangkan kelembutan jiwa wanitaku... auwwww.


7. Andai diberi 1 pulau indah untuk korg majukan,benda apa yg 1st korg nak bina kat pulau tue.?KENAPA.?

CHALET. sebab tempat tinggal tu penting kalau tak mana nak tidur weh... hehehe.


8.Insya-ALLAh,kalau de rezeki,korg nk anak brapa org.?KENAPA.?

4 ORANG. 2 lelaki, 2 perempuan. Yang sulung mesti lelaki sebab nak protect adik-adik. HAHAHA.Gila berangan. Bagi aku 4 orang tu, tak sikit sangat dan tak banyak sangat, sedang-sedang jeee...


9. Antara RUMAH DI TGH PULAU (cam rumah apek dlm aspalela tue) @ RUMAH DI TGH HUTAN (cam rumah tarzan tue),korg lebey suka yg ne.?KENAPA.?

Definitely RUMAH DI TGH PULAU. sebab aku ni suka pulau dan pencinta pantai sejati.


10. UPLOAD PHOTO UNIK KORG DI SINI.! ;D

This is my unique photo ;p 


Masa ni aku pergi Bangkok for business trip (kerja) dan masa tengah tunggu BTS (macam LRT), aku perasan stesen tu nama Siam. Sooo unik sebab aku ni kat Thailand (Siam), pastu ada pulak stesen BTS nama Siam...





Wednesday, March 30, 2011

Hadiah Percuma First Journey

Click banner to join.


Syarat untuk mendapat hadiah percuma:

1. Jadi follower blog first journey ( senang je sesape pun boleh buat ) sesape yang takde blog boleh juga,just create google akaun.
2.  Copy paste n3 ini dan letak banner ( excange banner ) kat sidebar atau mana-mana anda suka
3. Tag seberapa ramai kawan anda untuk join
4. Yang dan join sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya senang saya bw ok. 

Contest ini akan ditutup pada 15 April 2011 dan keputusannya akan diumunkan pada 18 April 2011.


Saya tag:

Daliya
Kak Efa
Kak Yana 
Soul
Ain Soul
Kak Fizah Ismail
Ceritera Lisa
Kak Chik (KC)
Liza Jermeng
Zarith
Dayah 
Fana
Eena
Kak Wan @ Aida
Madi @ Aed
Kak Ila Siapa Saya???
Mama Gee
Nurul Badiah Lai
Kak Mira Hot Family
Kak Kelly Walther
Kak Ayu Arjuna
Kak Eli
Mommy Pinky
Ms Red Ribbon

dan..

semua follower saya.. jemput join ye semua yg mana sudi..




Related Posts with Thumbnails