Thursday, March 3, 2011

Biqque's February Lucky Follower

Semangat nak join contest or GA dah kembali... hehehe..


So, kita mulakan dengan GA daripada Kak Biqque. Special for her followers. Followers Kak Biqque dah main ramai dah 200++ tu.. Tahniah Kak Biqque.





Penganjur: Kak Biqque



Lucky follower will get ONE mystery gift.
Stay tune on 7th Mac 2011 at 9.00am,
to know who got lucky!

Beastly

Ada cerita kelakar di sebalik cerita Beastly ni. Kiranya berlaku before tengok movie laaa. Sampai pagi ni laki aku asyik dok perli dan sindir-sindir den. Cehhh...


Sebab ni first time menang peraduan dari Tupai, aku pon excited la nak pergi tengok. Tapi korang tahu aku sampai pukul berapa kat e@Curve tu? 9.20 pm beb. Tapi mati-mati aku ingat boleh redeem tiket until 9.30 pm. Lepas park kete, berdesup kami menuju ke Cathay Cineplex dan cari kaunter Tupai. Berpusing-pusing kami laki bini cari kaunter Tupai. Dah la lambat (dalam hati masih ingat until 9.30 pm boleh redeem tiket tu), kaunter nak redeem pon tak tahu kat mana. Ada la jugak tanya adik yang jaga kaunter beli tiket biasa tu tapi dia pon blur. hahahahahaha. Aku lagi la blur sebab ni first time.


Masa kami berpusing-pusing, berlegar-legar kat situ, ada jumpa kaunter Nuffnang dan newspaper apa ntah (lupa!) dan satu kaunter cinema online yang dah ditutup. Hanya kaunter Nuffnang yang buka. Dan yang buat aku lagi sengal, aku tak tahu pon kaunter cinema online tu actually kaunter yang patut kami redeem tiket Beastly tu. Ni la natijahnya, kalau tak baca rules betul-betul. Insaf sekejap.


Dan ketika kami berpusing-pusing (ada 2-3 round..hahaha), siap naik atas tu (yang depan nak masuk pawagam tu, kalau sapa-sapa pernah tgk movie kat Cathay tahu la kot)... terjadi satu majik atau kebetulan yang sangat-sangat kebetulan. Orang kata, kalau dah rezeki tak ke mana.. hahahaha.. tetiba, ada seorang mamat ni tegur kitaorang....


"Abang, abang nak tengok movie?"


Laki aku dah blur, aku dah blur dan tak tahu nak jawab apa.


Nasib baik mamat tu terus sambung..


"Mesti abang nak tengok wayang kan.. Nah, ambil tiket ni bang, saya ada 2 keping. Saya tak jadi nak tengok, ada hal".


Laki aku sengih dan muka blur. Tapi mamat tu terus cakap


"Amek la bang tiket, saya ada hal. Tengok tau bang".. Sambil mamat tu hulur-hulur tiket tu.


Laki aku serba salah nak amek, antara dua (dalam hati, ye ke mamat ni? hahahaha).


Tapi kami ambil juga tiket tu dan blur-blur. Aku siap tanya laki aku, ye ke ni? hahahaha.. Macam tak percaya pula, ada jugak rezeki kami nak tengok cerita Beastly tu. Alhamdulillah. Tapi baru aku perasan, kami tak cakap thanks pon (apa la punya orang)... mcm blur sebenarnya. Antara kalut nak cari kaunter redeem dan tetiba ada orang asing tegur nak bagi tiket, biar betul..hehehehehe...


Akhirnya, walaupun tak ada rezeki nak redeem hadiah tiket Beastly tu, tapi mungkin dah rezeki, akhirnya kami berjaya tengok movie tu. Free juga hasil belas ihsan mamat baik hati tu :) Kalau mamat tu ada baca entri ni (hahaha. macam la glamer sgt blog ni dan macam la dia kenal aku...), terima kasih ya bang. Lupa nak cakap masa ambil tiket tu...


OK, cerita pasal movie Beastly pula. Honestly, cerita dia biasa je dan sangat simple. Kira korang dah boleh agak apa yang akan berlaku next and next. Pastu, kisah cinta diorang too short. Memang la kalau nak jatuh hati tak ambil masa yang lama, tapi ni kan movie nak dapatkan cinta sejati.. Haruslah ada thrill sikit dan unsur-unsur kepayahan dan kesusahpayahan. Bagi aku, mamat tu (Alex) senang sangat nak dapat cinta sejati untuk stopkan sumpahan atas diri dia. Aku bagi 3 stars shj la. Kira kalau tak pergi pon tak rugi, kalau pergi pon OK, not bad.



 Yes, love is never ugly. 



P.S: Balik rumah, baru aku CHECK dan TAHU pukul berapa kaunter redeem tiket Tupai tutup. Kaunter tutup 9.00 pm goksss. Dan kena redeem di kaunter cinema online which was tepi kaunter Nuffnang (tapi masa aku sampai dah tutup!)


P.S.S: No photo for last night sebab busy cari kaunter redeem tu. Sapa suh pergi lambat kan..hehehehe

Wednesday, March 2, 2011

Baru update pasal hadiah contest, menang GA pula...

Syukur alhmadulillah, baru je tadi update pasal hadiah-hadiah contest yang menang sepanjang tahun ni. Tup-tup tengah BW dan check update dari blog-blog yang aku follow, dapat tahu aku menang tempat kedua GA anjuran Sutra Home Spa.


Memang permulaan yang baik untuk bulan Mac. Ni buat aku bersemangat nak aktif join contest dan GA ni... hehehehe.. Macam rezeki terpijak je aku rasa sebab yang ni tak salah aku based on lucky draw. Penyertaan aku pon ringkas je, buat entri letak banner je.


Nak jugak print screen ni sebagai kenangan. Orang kata, kenang-kenangan. ngeh ngeh.




Hadiah dia memang best.


Untuk 2nd Prize:

1. A box of cupcakes
2. A box of chocolate
3. A set of homespa product
4. 20% diskaun for the next transaction at Sacred Recipe or free postage sebanyak 2x utk produk homespa.. (Yang ni boleh pakai kalau nak order set homespa tu..hehehehe)


Thank you Sutra Home Spa. Semoga selalu murah rezeki :) Tak lupa, tahniah to Tiefazatie sebab menang 3rd prize dan tak lupa kepada pemenang2 lain juga.



Rezeki Contest

Alhamdulillah, walaupon aku ni tak aktif sangat join contest, giveaway macam Mama Zharfan, Lissa, Tiefazatie, Kak Nana (ibudamia) dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama, jangan kecik hati ye, lagipon sapa la aku ni orang nak dengki kan), rezeki aku masih ada walaupun tak banyak macam diorang semua. Diorang semua memang sangat aktif. Pendek kata, apa aja contest or giveaway yang ada dalam blog (tak termasuk kat FB, website-website lain), memang diorang akan join. Tak pernah kisah pon hadiah besar ke kecik, ciput ke banyak just nak sama-sama memeriahkan dunia contest montest di alam blog kan. Selain tu, boleh menambahkan kenalan di alam maya.


Permulaan tahun baru 2011 ni macam permulaan yang baik untuk aku dalam dunia contest dan giveaway ni. Tak banyak pon menang since aku pon tak aktif sangat lagi join benda ni semua. Yang mana sempat je aku join.. Secara personal, i prefer join contest (yang pic base contest).. sebenarnya, aku ni bukan kreatif sangat pon sebab tak reti sangat guna photoshop tapi aku suka contest yang diadili secara adil, maksud aku bukan atas tiket siapa bertuah..aku ni jarang bertuah sebab tu tak suka...hahahaha.. Tapi tu dulu la, sekarang ni insya Allah kalau ada masa, aku nak cuba join semua tak kira contest ke giveaway.


Awal tahun ni, aku menang 10 GTO Pointz dari blog eyriqazz.com. Actually ni dua kali menang. 5 point x 2. Kemenangan tu atas kejayaan aku buat quote pasal duit oh duit di blog eyriqazz. Yang satu lagi lupa kenapa menang, malas nak check balik...hihi..


Selepas tu, aku menang conso prize di blog Kak Chik. Hadiah dah sampai pon. Perfume Beautiful from Estee Lauder.

Sori gambar tak clear sgttt. 


Then, dapat shawl dan pin free sebab promote Butik Alesya di blog dan facebook. Yang ni dah received pon. Cuma terperap tak try pakai lagi tapi mcm best shawl tu sebab tak payah gosok..hehehehe..




Dan latest, menang conso prize gak dalam Contest The Most Memorable Moment dekat blog Hijrah @ Ibnunaeem. Tapi yang ni belum terima lagi.. Penganjur cakap on the way :) Dapat bahan bacaan macam kat bawah. Tapi yang mana satu aku tak pasti sebab aku menang conso jeee ngeh ngeh.



Gambar cilok dari penganjur, http://ibnunaeem.blogspot.com


Setakat ni, tak pernah lagi menang besar. Aku pon tak aktif sangat join contest @ giveaway (GA) ni. Insya Allah, kena rajin-rajin kan menjoinkan diri.


Sambil sambil tu, klik la my HB hehehehe..

Related Posts with Thumbnails