Sunday, January 9, 2011

I Love Click - My Best Travel Picture Contest!



Penganjur: Kak Biqque
Due Date: 9 January 2011 by 12.00 Midnight


So... my best travel picture is




Photo diambil masa trip ke Sabah on 2007.  Masa tu pergi Sabah, main purpose nya sebab nak daki Gunung Kinabalu. Cerita pasal daki gunung Kinabalu ni boleh klik sini.


Pengalaman ni takkan saya lupakan sampai bila-bila. Pengalaman melihat pelbagai flora dan fauna di sepanjang perjalanan ke puncak gunung memang sangat-sangat mengkagumkan dan subhanAllah memang sangat cantik dan tak terungkap dengan kata-kata.  


Malah, yang membuatkan pengalaman ni sangat bermakna, kami berjaya menawan puncak gunung ni on my 22nd birthday, 12 Februari 2007.





Wednesday, January 5, 2011

Tambah Duit Poket Dengan www.HeartBeat.my

Kalau korang perasan..ada satu iklan yang bergedik-gedik kat atas ni kan.. takkan tak perasan kottt, aku letak kat atas page aku niii..hehehe.... alaaa... yang ni --->




Mesti korang ala ala macam tak tahu kann.. siap cakap sponsor honeymoon lagi. Yelah, bukan tipu, sapa-sapa yang nak honeymmon disupport sepenuhnya, kena click iklan kat atas sebab...


Dengan setiap klik-mengelik ni akan mendatangkan wang ringgit kepada anda. Lagi ramai klik, lagi banyak dapat... So, klik-klik ye. Nak lagi masyukkk, kalau ada sapa-sapa jadikan anda referral. Bila anda sendiri dah join, boleh la promote-promote jugak dan suh kawan-kawan klik.


Dan.. paling penting, benda ni takkan mengugat status geli-geli kat nuffnang. Apa tunggu lagi??




P.S: Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Monday, January 3, 2011

December Wedding

Banyak gila wedding yang aku kena pergi sepanjang Disember lepas. Ada yang mampu pergi dan ada juga tak dapat pergi.. Kalau boleh nak pergi semua wedding koranggg tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Korang jangan marah-marah tau. Nanti cepat kerepot... hahaha.

2nd week (11-17 Dec 2010)


Zarith & Khoiri -  bestfriend dari sekolah rendah.



Azwa Ayuni - SCIPPian

Aku jeles korang semua boleh pergi wed naam ;)


Fana - UM

 I love your wed dress. sgt cantikkk...


Alwani & Fard - UM 


Cantikkan wedding deco dorang kan kan?? sweeettt sgt.


Mashud & Tatie - Kolej 8, UM




3rd week (18-24 Dec 2010)

Faisal - SKB1




4th week (25-31 Dec 2010)


Yana (adik ipar) & Pije




Khairul & Yan - SKB1




Wish aku:

Semoga korang semua berbahagia sehingga ke syurgaaa.. Dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga cepat-cepat dapat baby ya. Nanti anak-anak kita semua masuk sekolah sekali..ngeh ngeh.. 


*** Gambar cilok dari FB masing-masing :)

Sunday, January 2, 2011

Majlis Kahwin Perdana 2010



Last weekend aku dan hubby balik kampung as my adik ipar (adik hubby) nak nikah. Nikah gantung je sebab majlis kenduri kendara is going to be on March this year. What the special about this event is majlis ni melibatkan 100 pasangan bakal pengantin dari seleuruh negeri Kelantan. Actually, 101 pasangan sebab 1 pasangan yang bertuah telah dinikahkan sendiri oleh MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Nama majlis ini ialah, MAJLIS KAHWIN PERDANA dan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.


My SIL telah terpilih antara 100 pasangan yang akan dinikahkan serental pada 25 Disember 2010 tu. Since ini adalah majlis seumpama ini diadakan, ramai lagi yang tak tahu. Sebelum ni, majlis seumpama ini hanya diadakan setakat peringkat dun atau jajahan (daerah). Tapi, this time majlis ini diadakan di peringkat negeri iaitu melibatkan semua dun dan jajahan. Memang meriah sangat. Siap kena arak dengan abang-abang motor klasik :)


Dan.. part paling best, setiap pasangan pengantin dihadiahkan denagn senaskhah al-Quran, duit RM500 dan 1 dinar emas Kelantan (nilai semasa RM700). Semua ni dijadikan sebagai mas kahwin semasa akad nikah.

 Mas kahwin


Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran 100 orang imam dan 100 orang photographer professional. Kiranya, setiap pasangan pengantin dapat imam dan photographer masing-masing. Setiap couple, satu imam, satu photographer. Semua free. Bawa diri masing-masing je. Malah lepas majlis akad nikah, penganjur siap adakan majlis makan beradab. Memang super besttt.


Aturcara majlis tersebut bermula seawal 8.00 pagi. Bakal pengantin perempuan kena berkumpul di PUTIK, manakala bakal pengantin lelaki berkumpul di masjid negeri, Masjid Muhammadi. Hari tu, aku dan hubby sampai kampung waktu Subuh. Sampai-sampai kampung, terus mandi dan bersiap dan terus bertolak ke PUTIK.


Pukul 10.00 pagi macam tu, MB Kelantan Dato' Nik Aziz tiba di PUTIK. Tuan Guru yang bacakan khutbah nikah dan satu pasangan bertuah telah dinikahkan sendiri oleh beliau. Lepas selesai akad nikah oleh Tuan Guru, secara serentak 100 pasangan lain dinikahkan oleh imam masing-masing.










 Ketibaan MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz


Lepas selesai akad nikah semua, ada sesi bergambar beramai-ramai 100 pasangan pengantin. Then, ada acara cabutan bertuah (ni standard la, almost every event ada acara ni.. hehe). Hadiah-hadiah pon boleh tahan best.


Antara yang aku ingat, 10 pasangan akan berhoneymoon di Beijing, China. Semua akan disupport termasuk pasport dan tiket. 10 pasangan lagi dapat insurans takaful for seumur hidup dan beberapa pasangan lagi dapat pakej bercuti dalam negeri. my SIL tak cukup bertuah that day. Maybe next year akan more happening dan sponsor makin banyak sebab kalau tengok pada sambutan memang menggalakkan. Lagipon, tolong orang 'mendirikan masjid' ni besar tau pahala.



Jom layan gambar-gambar pula.










Suasana dalam dewan. MERIAH GILA.


 
 Sebahagian daripada pengantin perempuan.




My FIL yang pakai baju melayu purple tu.









Tahniah Na dan Pije! 


SELAMAT PENGANTIN BARU daripada kami berdua.


Click here for more info.


*** Just share this memorable story only. No unsur-unsur politik ok. ***
Related Posts with Thumbnails