Thursday, December 9, 2010

Final Countdown Sale Air Asia 48 Hours Only



For those yang tak perasan, currently Air Asia memang giat menjalankan sale - Final Countdown Sale. You people still have the time to book your tickets to your dream destination as it will be over tomorrow at 12 noon. It covers all over wonderful place like Thailand, Indonesia, China, Australia, Korea and also local places in Malaysia. wowowowow...


So after a day pick the best date and the best place, we managed to get the tickets. Not as cheap as during Free Seat promotion but still acceptable la.


So, our vacation  next year will be LANGKAWI. Hahaha.. Langkawi jerrr? Ok what than nothing because other ticket still mahal. Kami aim yang under RM100 only. Singapore pon ok, lagi murah tapi after tambah tolak tax, semua jadi RM200++, tax kat Malaysia only RM50 but from Singapore is RM150. Apakahhh? Mentang-mentang duit dorang lagi mahal.. Mungkin pergi drive je la. Kalau ada rezeki lebih kann..


 

The itinerary. Confirmed :)



Wednesday, December 8, 2010

Love Bite Pada Badan, Sah Atau Tidak Solat?

*** Ini khas untuk suami isteri. Yang belum bersuami, belum beristeri, sendiri mau ingat laa.. hehehe..


Hari ini terbaca satu soalan di Soal Jawab Agama dalam Harian Metro.


Soalan dia berbunyi begini "ADAKAH sah kita melakukan solat jika ada kesan gigitan cinta (love bite) pada tubuh badan kita?"


 Gambar hiasan semata-mata. 
Sumber: google.com


Jawapan:

KESAN gigitan berkenaan pada tubuh tidak menjejaskan solat anda.

Terdapat syarat tertentu sahnya solat iaitu

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.
2. Suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat.
3. Menutup aurat.

Berkenaan dengan soalan di atas juga apabila seseorang bersetubuh maka akan dia berhadas besar.

Untuk bersolat, seseorang perlu mandi wajib atau mandi hadas besar bagi menghilangkan hadas.

Apabila sudah mandi dengan sempurna, maka boleh menunaikan solat.


******************************************************************************

Walaupon nampak remeh, tapi sebenarnya membawa makna yang besar sebab ini melibatkan solat kita..  Yang baik datang Allah, yang buruk adalah dari kekurangan diri sendiri...

GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com


Penganjur: Eyriqazz.com
Due Date: 31 Disember 2010

Tag: 

Madihah - Unintended Life
Lissa - Ceritera Lisa
Kak Kelly - Kelly's Life
Kak Fizah - Life Time Space
Kak Efaa - Life as a woman


************************


Singgah Sebentar di Homestay Haji Dorani,
Dalam Perjalanan Ke Tropicana Medical Centre,
 Kalau Ada Tuah Saya Di Sini,
Bolehlah Dapat Hadiah Free Cash Voucher.


 Kelip-Kelip Di Kampung Kuantan,
Satay Hut Pula Di Tanjung Karang,
Kalau Menang Hadiah Yang Ditawarkan,
Bolehlah Belanja Orang Tersayang.

 
Tahniah Diucapkan Kepada Bro Iman,
Pemenang "Most Interactive Blog" MySelangorStory,
Haven Restaurant Menjadi Idaman,
Untuk Hadiah Birthday Suami.





GIVEAWAY GIFT from CAMERON (G.G.C)



Penganjur: Ceritera Lisa
Due Date: 24 Dec 2010


First of all, thank you Lisa sudi tag ye. 


Suka sangat tengok satu family Lisa pergi bercuti ke Cameron Highland. Dah lama rasanya aku tak pergi Cameron ni. Pernah pergi sekali je kalau tak salah masa time form 5, 8 tahun lepas.. hahaha, bapak lama dah kan. Masa tu ikut rombongan sekolah.


Dalam syarat-syarat Lisa, ada cakap nak minta suggestion tempat-tempat menarik kat Malaysia untuk bercuti kan. 


For me, the best place untuk pergi bercuti ialah pulau. Kalau nak tahu, Malaysia memang kaya dengan destinasi-destinasi pulau peranginan. Contohnya, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Lang Tengah, Pulau Kapas, Pulau Sipadan dan banyak lagi tau.


Ini Tioman.


Dalam banyak-banyak pulau di Malaysia ni, aku pernah pergi ke Pulau Langkawi (2006), Pulau Tioman (2008), Pulau Redang (2009). Pulau Bali (2010) pernah pergi jugak, but ni luar Malaysia dahhh.. hehehe. Semua pulau ni memang best Lisa. Tak pasti pula if Lisa pernah pergi semua pulau ni (belum khatam semua entri Lisa lagi..opsss.hehehe).


Ini masa naik feri. Semua muka tak basuh, tak mandi lagi... baru nak sampai pulau.

 


 Paya Beach Resort. Tempat kami stay for 3D2N.




 

Snorkeling time :)

 Tengok muka kami... happy kan.


Macam aku sendiri.. pengalaman ke Pulau Redang dan Pulau Tioman sangat besttt... Masa kat Pulau Tioman, aku belajar aktiviti snorkelling dan terus jatuh hati dengan aktiviti ni. Mula-mula tu, macam kelam kabut jugak, tapi lepas dah tahu cara yang betul nak snorkelling, terus macam tak nak balik..haha. Seronok sangat tengok hidupan laut. Semuanya penuh warna-warni. Nemo pon adaa..





Redang 2009


Masa nak balik dari Pulau Redang pula,  kami sempat singgah di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Sempat lah shopping sakan kat situ. Banyak tau produk-produk negeri Terengganu kat sini macam kain batik, baju kemeja batik, baju kelawar batik..semua produk batik ada.., kain pelekat Terengganu, kerepok lekor dan banyak la lagi..


 Pic credits: google.com
Rasanya semua syarat dah dipenuhi. Lisa check ya :) Nanti, jangan lupa pergi bercuti di pulau-pulau kat Malaysia tau...hehehe..


Related Posts with Thumbnails