Saturday, October 30, 2010

Contest Nostalgic Aidilfitri 2010



Contest ni akan berakhir pada 11 Nov 2010.
So cepat-cepat join masih sempat lagi.

Gambar yang sangat nostalgic for me...

Ini sambutan raya kedua at our new house. Tahun 1994 tu...


Masa kecik-kecik, Abah dan Umi memang beli gaun as one of baju raya kami di samping baju kurung. Pesen baju kurung kami pon memang macam-macam pattern... 

Aku rasa sampai aku umur 11 tahun, masih ada gaun untuk raya.. Siap dengan kasut dan stokin ropol-ropol lagi. Dan sampai sekarang gaun-gaun tu masih ada. Ada sesetengah dah bagi kat orang. 

At least merasa la gak aku pakai gaun even masa kecik-kecik :) Masa kahwin hari tu, tak ada yang sesuaiii...  Janji adoo kenangan kaannn..


Kami dah besauu panjang dengan Abah.


Kami memang jarang bergambar dengan Abah. 

Ini adalah salah satu dari koleksi gambar raya yang sangat-sangat kami sayang.. Semua dah besar kan. Cepat gila masa berlalu. 

Semua kenangan manis sambutan raya bersama akan disimpan menjadi kenangan abadi. 

Dan... sebuah photobook koleksi raya mungkin boleh dijadikan satu bukti *wink*wink*

*** Penganjur minta satu gambar je.... harap-harap tidak disqualified :)



Friday, October 29, 2010

Gomo Kelate Gomo.

Just nak share, amanat Tok Guru Nik Aziz kepada penyokong The Red Warriors.


Tahun ni aku tak dapat nak pergi tengok. Tiket gila mahal, RM60. Yang kat kaunter harga RM30, tu pon 2 jam jual cakap dah habis. Ada gak yang jual RM40. Kira murah dah tu.

Apapon, semoga The Red Warriors main dengan cemerlang gemilang. Jangan jadi macam tahun lepas. Malu, malu.. Teruskan prestasi permainan macam jumpa Kedah last week, insya Allah boleh menang.


P.S: Sapa la tak sokong negeri sendiri kan..

Thursday, October 28, 2010

28 Oktober datang lagi...

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-6...

Hari yang penuh makna, janji dan harapan.

Dan kini harapan telah menjadi realiti.

Janji telah dikota. 

Makna tersimpul rapi.

Terima kasih untuk sekelian kalinya.


Friday, October 22, 2010

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Saya nak menang
anjuran Kak Ina, blogger glamer dari KL.

Kak Ina ni sangat aktif join aktiviti=aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang.
So, muka Kak Ina memang sangat familiar la di kalangan Nuffnanger. 
Buktinya, Kak Ina buat contest terus ramai nak jadi penaja.
Memang murah rezeki sungguh.

Tapi dalam banyak-banyak entri,
saya paling suka entri resepi-resepi yang dishare oleh Kak Ina.
Maklum la, saya ni bukan la arif sangat bab-bab masak, so bila ada orang nak share-share resepi ni senang la skit keje den.. hehehe.. copy paste je..


Gambar yang dipertaruhkan adalah seperti berikut..
Actually, gambar ni gambar raya 2009. Bukan 2010.
Harap diterima ye Kak Ina ye.. hehehe :)



Dan untuk pengetahuan semua, 
"Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)" ini adalah anjuran bersama blogger-blogger glamorous dan meletops iaitu.....





Kalau nak tahu hadiah-hadiahnya dan nak join jugak, click here.
Tarikh tutup, hari ini 22 Okt 2010 pukul 12.00 tengah malam. So cepat-cepat..

Related Posts with Thumbnails