Assalamualaikum semua :)
Mesti korang semua tak sabar kan nak tahu result
my giveaway kan.. hehehe.. Aku sendiri pon tak sabarrrr nak tahu sapa yang bertuah tu ;p
Sebelum aku announce sapa yang menang, firstly aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat semua peserta sebab sudi join giveaway pertama ni. walaupon hadiah dia tak gempak dapat iPad sebijik ke, blackberry seketul ke, tapi masih ramai yang sudi join. thanks oulsss.. 82 orang tu kira dah ramai for me yang first time buat giveaway ni..
Aku nak bagitahu sikit cara aku pilih pemenang ni. semalam aku dah bagitau yang aku guna
list randomizer kan. masa aku pilih pemenang tu, lepas aku dah dapat seorang pemenang, aku buang link dia dari list untuk pilih pemenang seterusnya. kalau korang perasan, list randomizer akan bagitau jumlah semua list yang korang ada. so, korang perasan list peserta akan makin kurang untuk pemenang seterusnya.. korang paham ke maksud aku ni? hahaha... sori kalau cara aku explain buat korang lagi pening.. dalam erti kata lain, bila aku dah pilih pemenang pertama, untuk pilih pemenang kedua, aku buang dulu link peserta yang menang tadi baru aku randomize lagi.
ok, malas nak explain dah sebab dah tak reti nak explain.. hahahaha.. jom tengok sapa yang bertuah tu ;)
PEMENANG PERTAMA
PEMENANG KE-2
PEMENANG KE-3
PEMENANG KE-4
PEMENANG KE-5
PEMENANG KE-6
PEMENANG KE-7
Untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga akan menang syria lycra, pemenang keempat dan kelima akan menang syria cotton dan 2 pemenang lagi akan menang shawl satu sorang.
Tahniah kepada yang bertuah... dan kepada yang tidak menang kali ni, jangan sedih, jangan kecik hati. insya Allah akan menyusul giveaway lagi lepas ni. doa2 kan la ye aku murah rezeki.
Dan kepada pemenang yang bertuah tuuuu ;) sila email nama, alamat dan no telefon untuk proses mengepos hadiah masing2 ya kepada w.syima [at] gmail [dot] com... lagi cepat korang bagi, lagi cepat la cheq pi posss naa. aku kumpul ketujuh2 pemenang bagi details semua baru pos eh..
Terima kasih semuaaa ;)
p/s: rasa best dapat bagi something kat orang lain. rasa bahagia bila dapat buat orang lain happy. alhamdulillah, syukur ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan Mu... i'm blessed.