Saturday, May 31, 2014

Air Asia & Tupperware...

Salam uols.

Janji nak update belum tertunai hehe..
Takde masa nak mengarang. Tapi yang ni share juga sebab aku tau ada beberapa peminat kaki jalan yang selalu travel guna Air Asia selaku jenguk sini nak tau pasal sale Air Asia.
So korang stay tune tak lama lagi Air Asia nak buat sale FREE SEATS.
Dah boleh belek kalendar, tengok date apa nak jalan-jalan.



Lagi satu aku nak promote skit la. Kot-kot yang singgah sini suka beli tupperware, suka belek tupperware, atau yang ada keinginan nak try buat business tupperware, boleh contact aku ok.
Especially untuk suri-suri rumah tu, sambil korang dok online, apa salahnya buat business sampingan.. dengan jual tupperware. Kalau selama ni kita setakat beli je, apa salahnya tolong jual.. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Bukan paksaan ye ni.. kot-kot yang ada tersinggah kat blog ni ada angan-angan nak cuba buat bisness, apa kata cuba bisness tupperware ni.. modal permulaan just modal join ahli.. Dengan dok rumah, online.. korang boleh jana pendapatan..
Kalau minat, boleh sms/whatsapp 0199593125 (syima).




Lagi satu kalau korang tengok pakej A dan B tu.. beza dia, pakej A ada Treasure Box Set. 
Pakej A ni hanya rm280. Kelebihan dia korang dapat macam-macam barang tupperware macam dalam gambar tu dengan harga tentunya murah dan berbaloi.
Dan treasure box ni hanya special dijual untuk nak join ahli - sama ada nak join ahli baru atau yang dah drop ahli tu, nak rejoin, boleh beli set ni. 
Kalau beli tapi tak nak guna pon takpe, korang boleh jual balik secara loose, insya Allah boleh dapat balik dalam rm500++ 



Set biskut raya.. 
RM145 
Beli 2 set RM275 sahaja 
(boleh bayar 2 kali kalo nak)
Nak order, sms/whatsapp 019-9593125 ok :):)



Monday, May 19, 2014

Moving Forward...

Salam korang...

Serius lama giler tak bercerita kat sini.
Sejak ada smartphone baru (bukan nak berlagak ok), semua benda di hujung jari je.
Ketagih aku nak belek facebook, instagram kat telepon je.
Sebelum ni bukan tak boleh, tapi sebab telepon baru ni screen besar lagi syok la.
Terus dunia internet aku beralih kat telepon, laptop kupandang sepi haha.
Tapi kalau nak menulis panjang, tetap syok menulis kat blog kan.
Nak tulis panjang-panjang kat facebook, macam tak best. Kat blog jugak best :)
Nak update blog guna telepon macam malas plak.


Sepanjang kehilangan aku dekat 3 minggu ni, aku tak ke mana pon..
Akhir bulan 4 aritu aku ada balik kampung. Balik sekejap je sebab nak balik tengok anak sedara.
Adik aku dapat baby boy, adik Apis pon dapat anak lagi, baby boy jugak.
Masa balik tu, sempat la pergi shopping kat sempadan Thai-Malaysia, Takbai.
Kalau Golok dekat dengan Rantau Panjang, Takbai ni dekat dengan Tumpat..
Nanti aku share cite pergi Takbai tu nanti-nanti ye..
Tak sampai seminggu balik KL, kami balik sekali lagi kampung cuti Hari Buruh tu..
Makcik Apis (aku panggil Umi/Mi) kena tahan kat wad sebab sakit buah pinggang yang agak teruk jugak. Makan tak lalu, tido pon tak lena. Kesian sangat badan pon tak bermaya. Alhamdulillah, sebelum balik KL semula, Ummi dah boleh discharge. Sekarang keadaan Ummi dah makin ok, cuma cepat letih la sebab Ummi ada penyakit kencing manis jugak.


Nah seketul gambar masa pergi Takbai.

 Tapi ni gambar masa naik feri nak balik Malaysia dah hehehe..


Dalam masa yang sama jugak, aku tengah aktif (secara kecil-kecilan je) buat bisness.
Ada la 3-4 jenis bisness aku buat sekarang. Buat dari rumah je.
Sambil-sambil nak tambah duit saku, sambil-sambil berkawan, sambil-sambil cari peluang hehe.
Tu pon salah satu sebab kenapa aku busy takde masa nak buka blog sendiri haha.
Keje kat opis pon tak pernah kurang. Apis pon sama busy.
Tahun ni takde plan nak ke mana-mana lagi. Harap-harap lepas raya boleh la pergi berjalan nak dok rilek dan hilangkan penat. So sekarang jom pulun hahaha.



Murtabak frozen
Satu paket ada 3 biji. 
Satu paket rm10.
Comes with pencicah jeruk bawang.
Saiz murtabak, saiz normal yang macam dijual kat pasar-pasar malam tu..
Kalau nak order boleh la sms/whatsapp 0199593125.
Penghantaran sekitar Shah Alam.
Kalau yang di sekitar Lembah Klang, order 10 paket ke atas baru kami hantar ye..



Raya Cake Gift Set.
Satu set ada:
1. Small Goody Box (2) with cariolier
2. Red velvet cake
3. Premium mocha cake.

RM59.00 sahaja.
Pre-order dibuka sekarang
Promosi sekarang sehingga 31 Mei 2014
BUY 4 SET FREE 1 SET.
Start 1 Jun 2014
BUY 5 SET FREE 1 SET
So kalau nak pre-order dulu pon boleh, nak bayar kemudian takpe, tunggu gaji ke.. just sms/whatsapp me ok ye uols. Semua boleh bawak berbincang, don't worry.

Kalau sudi, jom like page Tupperware aku ye uols.


Ok, satu lagi bisness aku buat ialah jual PINENG POWERBANK.
Ni original Pineng ya.


Selain model kat atas, ada jugak model PN-999 dan PN-913..


Tu la sedikit sebanyak bisness aku buat sekarang.
Support aku ye uols haha. Taknak beli takpe, janji korang cuci-cuci mata dulu.. Kalau sudi, promote la kat kawan-kawan ok.


Nanti aku cite lagi ye. Nak cite pasal produk kopi plak. Banyak ni nak cite tapi takde masa ni haha.
Ok nanti cite pasal shopping kat Takbai dulu.


*IKLAN*
----------------------------------------------------------------------------





Thursday, May 1, 2014

Hadiah

Kita mulakan bulan Mei dengan cite hadiah ya :)
Tak banyak pon tapi nak buat kenangan kat sini.
Happy sangat walaupon hadiah kecik-kecik je.


Perfume AVON, for her and for him.


Barangan Syahirah. Banyak kan.. 


Dari majalah Lisa. ONE HD promo...
Sape tengok cite My Love From The Star tu? aku layan gak, tapi episod yang akhir-akhir dah.
Dengki adik aku tengok hadiah ni hahaha.



Tuesday, April 22, 2014

Majlis Hi-Tea Ephyra Bersama Memey Suhaiza...

Blogger Kak Di Green Apple dan founder Ephyra, Kak Miza ;)



p/s: semua pic dalam entry ni dari camera phone aku dan juga blog Kak Di.


Firstly, aku nak ucapkan thank you sooo much kat Kak Di sebab anjurkan event yang super best ni.
Hi-Tea ni memang Kak Di buat special for her blog readers dan orang yang consume Ephyra.
Tempat agak terhad dan alhamdulillah aku terpilih.


Little White Cafe
13-G-1, Jalan Medan PB 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.


Tempat dia sangat cantik dan eksklusif. English style gitu.
Tapi aku tak banyak pon snap pic kat sini. Gambar luar cafe ni pon aku lupa nak snap, cilok dari blog Kak Di je. Kak Di takpe bawak photographer sendiri hehe.


Aku memang sampai awal sebab aku gerak awal sebab takut sesat. Apis tak boleh follow sebab ni invitation untuk sorang sahaja. Lagipon kalau boleh join pon aku tak rasa dia nak follow. Aku guna waze, senang je rupanya nak cari tempat ni.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari founder Ephyra, Kak Miza, diikuti dengan Kak Di dan juga owner Little White Cafe, Auntie Faizah. Paling best Auntie siap ajar cara nak makan makanan yang disediakan petang tu.



Lepas ucapan, terus acara makan-makan, borak-borak. 
Aku duduk satu meja dengan Mek Da dan Bibi. Syok borak dengan dorang walaupon first time jumpa.
Semua orang ramah-tamah especially penganjur hehe.. Tak sangka Kak Di memang jenis slamber dan peramah. So aku boleh imagine, macam mana gaya Kak Di kat dalam blog, cara bercite semua, sama macam kat luar. Tak rasa kekok pon.


Dan yang best jugak, mesti la food petang tu. Bak kata Kak Miza, hi tea kita takde karipap ke, popia ke, semua western punya style. 







Seriously memang enjoy sangat layan food kat situ.
Semua aku nak try, no diet-diet ok haha.
Mana tahan weh semua food sedap-sedap. Ada macaron, scones, tuna sandwich, lasagna, pavlova dan banyak la lagi. Semua sedap, semua nak try.
Percaya atau tak, ni first time aku makan pavlova hahaha. Kesian takkk?


Oh ya, bulan April ni jugak genap 2 tahun usia Ephyra. 
Tak sangka dah dua tahun Ephyra bertapak. 


Happy 2nd Birthday Ephyra. Semoga terus suksessssss.



Sambil-sambil kitaorang makan, borak-borak santai dengan readers lain, pakat share pengalaman masing-masing sepanjang menggunakan Ephyra. Semua sporting, semua ramah.




Antara food yang aku makan.
Takde dalam pic, mushroom soup. Mushroom soup dia memang terbaik.
Yang penting semua food tu dorang buat sendiri sama ada jem ke, sos ke.. homemade..


Comey kan baby Awish tu.. Memang sabar je Memey layan anak dia. 
Orang tua cakap baru 'dapat kaki'.. tapi Awish memang baik hari tu.. tak nakal sangat pon :)



Kecik je Kak Di ni.. akak tinggi skit je dari saya,
tapi akak lagi kurus la. hehe





Rasanya objektif Kak Di nak beramah mesra dengan blog readers dia memang mencapai objektif :)
Kitaorang memang seronok sangat. Enjoy the food, environment, semua best la.
Kalau boleh, buat la lagi Kak Di ye hehehe.


Door gift dari Ephyra dan Kak Di. 





Kalau korang ada yang nak mencuba Ephyra, 
boleh la contact Kak Di kat blog dia

or boleh contact aku,
sms/whatsapp 019953125
email at w.syima@gmail.com
untuk order atau sebarang pertanyaan.


THANK YOU KAK D (penganjur majlis),
KAK MIZA (founde Ephyra) atas majlis yang super best ni..
dan MEMEY SUHAIZA sudi datang entertain kitaorang..



Related Posts with Thumbnails