Thursday, September 5, 2013

Kolagen Pilihan Saya Semestinya EPHYRA!

* STICKY POST **
48 hours

Salam semua...


Sebelum ni kalau guna produk apa-apa, especially produk kecantikan, memang aku jarang share dengan korang semua kan.. bukan apa, aku ni jenis susah nak stick dengan satu-satu produk.. pastu memang malas nak pakai or makan secara konsisten.. kalau dah jarang guna, jarang makan, nak share macam mana kan? sebab nak tunjuk kesan lepas guna tu pon confirm-confirm takde sangat.. 


Sampaila satu masa tu aku tengok kebanyakan blog famous, blogger famous macam Kak Filla (kasihaleeya), Nadia Farahida, Ceeramoon dan ramai la lagi.. dorang asyik dok bercerita pasal kebaikan Ephyra ni.. macam tertanya-tanya jugak la betul ke berkesan ke?


Aku ada juga dok usha apa-apa produk kolagen yang bagus dan boleh ditelan aku ni.. aku ni jenis susah sangat nak telan segala jenis produk kecantikan yang berbentuk cecair sebab kebanyakan memang tak boleh diterima oleh tekak aku ni.. tapi nak juga makan sebab yelah kita ni bukan makin muda.. ikhlas aku bagitau, aku takde ambil apa-apa supplement pon untuk badan aku selama ni.. tapi bila dah usia makin meningkat, nak masuk 3 series dah 2 tahun lagi.. jadi ada baiknya aku cari satu produk yang bagus yang boleh ditelan oleh aku.. paling penting selamat dimakan..


Jadi aku mengambil keputusan untuk mencuba Ephyra.. dari testimonial yang aku baca rasa Ephyra ni sangat sedap, rasa macam oren ala-ala sugus.. bagi aku ciri ni penting sebab aku memang susah nak telan produk kecantikan dalam bentuk cecair ni.. kalo makan pil, insya Allah OK je.. tapi dengan Ephyra ni, serius aku rasa macam best sangat.. serius rasa Ephyra memang sangat sedap.. pastu senang gila nak bancuh, korang guna air suam or air sejuk.. pastu bancuh dalam gelas or shaker, terus minum..





# Testimonial aku sendiri ni #
Selepas habis sekotak Ephyra, perubahan paling ketara aku kat lengan.. sorry ye aku tak dapat nak letak gambar lengan aku kat sini.. baru-baru ni kira sebulan sebelum aku cuba Ephyra, kat lengan aku ada naik bintik-bintik.. mula-mula tak gatal tapi lama-lama dia jadi gatal.. lepas garu tu dia macam keluar putih2 macam tu.. memang buruk la lengan aku masa tu.. pastu aku dok bertangguh nak pergi klinik.. sampaila aku order Ephyra tu.. aku saje nak tengok berkesan ke tak Ephyra kat lengan aku ni.. alhamdulillah, lepas abis sekotak, bintik tu semua hilang ok.. dalam masa sebulan aku minum Ephyra tu.. ok dalam Ephyra ada 30 sachets, aku minum 1 sachet sehari.. day by day, memang aku dah boleh nampak bintik makin hilang dan gatal dah makin kurang.. terus order kotak kedua.. dan aku dah suggest kat adik aku minum Ephyra sebab dia ada masalah kulit berjerawat.. kita tengok hasil dia dalam masa sebulan lagi OK..


Dan lagi satu, perubahan yang aku perasan, aku lebih kerap ke toilet buang air besar.. awal-awal minum boleh kata 3-4 kali ke toilet untuk buang air besar.. pastu dah normal balik.. aku memang jarang ada masalah sembelit so yang ni tak kisah sangat.. tapi sebenarnya benda ni bagus sebab nak buang toksin dalam badan kita semua.. adik aku pon ada minum, dia pon macam aku.. so aku rasa sapa-sapa ada masalah sembelit, boleh cuba Ephyra ni..


OK sekarang nak share sapa yang patut minum Ephyra ni..dan jugak benefit selepas minum Ephyra..






Ini antara testimonial daripada satisfied customer..






Dan paling penting, Ephyra disahkan dan dijamin halal oleh JAKIM..



ni link dia, korang boleh check sendiri
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

pastu taip Ephyra, or Oceanlife.. insya Allah jumpa..


OK, ni nak share video keistimewaan Ephyra..




So kalau korang nak sihat, cantik dan menawan, jom dapatkan Ephyra sekarang.. benda macam mungkin tak nampak hasil secara total sekarang, tapi hasil maksimum boleh nampak bila dah tua nanti insyaAllah..


Harga:

RM195 /per box /30 sachets
RM375 /2 boxes /60 sachets
RM560 /3 boxes /90 sachets

with FREE POSTAGE!!


Dapat FREE shaker dengan beg recycle color hitam


Email:
w.syima@gmail.com

atau SMS/Whatsapp:
019-9593125

Bagi full details iaitu nama penuh, alamat, no telefon, email, berapa kotak nak..
Lepas tu aku akan provide payment details, korang bank in bagi payment proof, insya Allah dalam 3-5 working days, Ephyra akan sampai ke tangan anda..

Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday: 20 Awe-inspiring Places


Salam semua..


Since aku dalam mood malas dan mood nak holiday dan jugak mood malas nak menaip panjang-panjang, jom layan 20 tempat yang yang menarik yang korang kena masukkan dalam holiday list uols.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat peluang nak menerokai kehebatan ciptaan Allah ni.. 


1. Plitvice Lakes
Plitvice Lakes National Park, Croatia



2. Pulpit Rock
Ryfylke, Norway



3. Aiguille de Midi
Chamonix, France



4. Goreme National Park
Goreme, Turkey



5. Milford Sound
South Island, New Zealand



6. Taj Mahal
Agra, India



7. Perito Moreno Glacier
Patagonia, Argentina



8. Santorini
Cyclades, Greece



9. Great Barrier Reef
Queensland, Australia



10. Taktsang Monastery (Tiger's Nest)
Bhutan, Asia



11. Golden Pavillion (Kinkaku-ji)
Kyoto, Japan



12. Grand Canyon
Arizona, United States



13. Socotra Island
Yemen, Middle East



14. Zhangye Danxia Geopark
Gansu, China



15. Na Pali Coast
Kauai, Hawaii, United States



16. Iguacu Falls
State of Parana, Brazil



17. Salar de Uyuni
Bolivia



18. Abbaye du Mont-Saint-Michel
Normandy, France



19. Crater Lake
Oregon, United States



20. Abu Simbel
Egypt, Africa


p.s: All pics credit to Tripadvisor.


Aku takde la simpan impian setinggi langit.. yang kita tahu memang susah nak digapai.. cukuplaa kalau dari 20 list kat atas tu, aku boleh ke Santorini Greece, Turki, New Zealand, Australia dan Jepun.. hahaha.. padahal nak pergi semua tapi yang lain-lain tu dalam list bawah-bawah skit sebab tahu memang susah nak pergi.. lain la aku dah tukar profession jadi fulltime traveller.. 


Byee.. keje rajin-rajin ye ;)


Monday, September 2, 2013

Rezeki Dari Majalah...

Salam uols :):)


Hari ni hari isnin jadi marila kita layan monday blues hahaha.. macam dah lama tak update pasal hadiah kan kan? almaklumlah, comper suam-suam suku macam aku ni memang jarang menang pon.. lain la one of my sifu compers, Kak Ayu Rafikah boleh kata almost everyday menang hadiah.. moga aku pon one day akan ada kekuatan dan semangat macam Kak Ayu.. amin aminn..


Ni hadiah hasil kemenangan dari magazine.. dari dulu lagi aku suka beli magazine sejak sekolah rendah.. aku beli magazine tu ikut peredaran umur aku.. selain banyak input, ada contest boleh join.. sekarang lagi senang,  kebanyakan magazine dah tak payah pos dah borang contest, boleh sms or ada boleh join online kat website diorang.. senang kan dan dijamin organizer terima penyertaan kita kan.. hehehe..



Kemenangan atas nama my cousin, Kak Tasha dari majalah EH! bulan april 2013.. gila lama tunggu surat or email nak suh collect hadiah.. takde khabar berita. minggu lepas sehari dua sebelum follow encik suami outstation ke Taiping, saje aku gedik nak email tanya pasal hadiah ni.. sekali organizer cakap dah lama dorang email, collect date pon dah lama lepas 5 Julai lagi.. tapi diorang dengan baik hati cakap boleh datang amek tapi dalam minggu tu jugak.. kelam kabut la aku suh encik suami pergi amek hahaha.. dah la malam tu nak gerak pergi Taiping dah.. alhamdulillah kalau dah rezeki, tetap akan dapat kan.. another perfume collection, from Nina Ricci.. 




Yang ni also from majalah EH!.. kemenangan untuk bulan Julai 2013 nama my sis.. yang aku petakkan dengan color merah tu.. tu nama my sis..dapat barangan Bio Oil.. masih menunggu email nak collect hadiah.. sampai barang nanti, aku tunjuk ok.. tak tahu berapa value hadiah tu dah lupa..





AsterSpring Skin Health Therapy dari majalah Glam untuk bulan Julai 2013.. nama my sis jugak..




Valentino EDP 80ml worth RM400 dari majalah Glam.. menang untuk bulan Julai 2013.. masih lagi nama sis.. memang banyak ong la nama my sis bulan Julai lepas hahaha.. bukan nye aku tak join guna nama sendiri, nama encik suami tapi dah lama tak melekat.. aku rasa diorang bagi peluang kat orang lain plak menang kan.. kalau uols nak try nasib, boleh pergi kat website Glam kat sini. register dulu ok..




OK yang ni terkecuali.. bukan dari penyertaan dalam majalah.. ini menang pratonton cite Paku Pontianak dari Metrowealth Picture or MIG.. tapi last minute aku tak pergi sebab ada hal aritu.. kalau antara korang suka tengok cite2 dari MIG, boleh tengok kat blog MIG - http://metrowealthpictures.net.. nanti diorang update kalau ada contest untuk pratonton filem-filem MIG.. yang syok pergi pratonton filem MIG ni, diorang provide dinner.. ada jamu makan la.. pastu masa tengok wayang, ada popcorn dengan air.. kalau produksi lain macam tak sebagus ni la dari segi layanan.. just bagi poster je.. 


ok can cin cau.. bye...

Sunday, September 1, 2013

Destinasi Honeymoon Impian…

Salam uols ;)


Macam dah lama tak share any travel log kat sini kan.. maklumlah dah lama tak pergi mana-mana trip selepas percutian ke Krabi awal tahun ni.. lepas Krabi Trip, hanya ada trip-trip singkat ke Taiping, Cameron Highlands, Alor Setar dan Penang.. honeymoon trip pon masih belum dilaksanakan untuk tahun ni disebabkan kekangan masa dan ongkos hehehe.. so, seharusnya mood holiday tengah on sekarang.. perasaan nak pergi bercuti dengan suami tercinta tengah membuak-buak sekarang.. kena la cari honeymoon package yang mengancam kan.. hehe ;)


Bila uols tanya apa destinasi honeymoon impian aku.. dari dulu hingga ke hari ini, semestinya BALI! setiap kali kawan-kawan or family tanya suggestion destinasi honeymoon terbaik within bajet dan tak perlu travel terlalu lama, kalau google, ada macam-macam honeymoon package yang ditawarkan.. tapi jawapan yang aku bagi selalunya BALI..  nanti aku cerita secara details, kenapa destinasi honeymoon impian kami ialah BALI..


#1 BALI kaya dengan budaya yang menarik

Kalau uols nak tahu, BALI digelar sebagai "The Island of The Gods".. dari kefahaman aku yang tak seberapa ni, BALI ni digelar sedemikian disebabkan most of Balinese adalah penganut agama Hindu.. Hindu kat sana special tak macam Hindu yang kat Malaysia or other places.. orang panggil Hindu Bali..dalam agama hindu memang ada banyak tuhan, dan bila ada banyak tuhan, ada banyak culture.. memang kat sana ada banyak temple or dorang panggil Pura.. antara yang terkenal temple Tanah Lot dan Uluwatu.. 



Temple or pura di Tanah Lot.. kalau waktu air pasang, air akan masuk sampai ke dalam temple tu.. 

Uluwatu Temple 


Sunset at Uluwatu.. 
ramai photographer yang tunggu saat-saat sunset di Uluwatu untuk capture the best sunset.. 


Salah satu temple yang famous di Bedugul..


Kecak Dance


#2 BALI ada banyak pantai yang best-best


Pantai Kuta yang famous..
Pantai Dreamland yang memang cantik gilerrrr 
Dinner di Jimbaran Bay ditemani cahaya lilin.. so romantic :) 


#3 BALI ada banyak watersport yang best


BALI bukan saja ada pantai yang cantik.. tapi penuh dengan water sport yang sangat best.. seperti parasailing, underwater scooter, flying fish yang memang fun, scuba diving yang super duper fun.. kalau pergi ke BALI, wajib main water sport tau.. pengalaman main water sport ni berbeza di setiap tempat.. tambah-tambah dengan view pantai dan laut BALI yang memang cool..


#4 BALI was our first honeymoon trip ;);)

Ya, kitaorang sebenarnya dah pernah ke BALI sebelum ni.. dan memang banyak kenangan manis di sana.. sebab tu la BALI tetap menjadi destinasi impian kami selamanya sebab.. macam yang aku cite kat atas la, BALI sangat banyak pantai yang best, tempat yang best dan budaya yang menarik.. kalo boleh aku memang nak ke BALI lagi.. aku dah bagitau encik suami, wedding anniversary tak kisah la tahun bila kita kena pergi lagi ke BALI nak menggamit semua kenangan manis tu.. paling penting, masih banyak lagi tempat dan aktiviti yang belum kami buat di BALI.. kalau nak pergi BALI ni, 3 hari 2 malam memang tak cukup.. nasihat aku, pergi la holiday ke BALI setiap tahun hahaha.. dan tiap kali trip tu make sure 5 hari 4 malam..


Kitaorang kat Tanah Lot ;)


main flying fish yang sangat best.. 


Jangan lupa try masakan padang di BALI ok.. 
tak salah aku, restoran Sederhana ni memang famous di Indonesia.. aku memang penggemar makanan Indonesia..


Insya Allah, kalau aku dapat ke BALI lagi, aku akan cari honeymoon package BALI yang best dan aku akan buat aktiviti yang belum kami buat lagi kat sana semaksimum mungkin.. antaranya..



#1: Tengok dolphin di Lovina
Aku siap letak yang ni dalam my wish list for next BALI trip tau :)



#2: Nak cuba Underwater Scooter
Uols boleh baca pengalaman my comper friend, Devi naik underwater scooter tu kat SINI.. picture above also credits to her.



#3: Nak ber-water rafting di Ayung River
Aku dah survey, dari Kuta ke Ayung River ni dalam sejam.. 




#4: Tengok Mount Batur di Kintamani
Subhanallah memang cantik sangat view kat sini.. katanya cuaca kat sini sejuk dan nyaman..



Last but not least,


#5: Nak memanjakan diri di spa.. dan nak merasa Bali massage yang glamour tu..



Aku harap sangat impian aku dan encik suami nak ke BALI akan tercapai.. dan aku janji, kalau aku dapat pergi lagi ke BALI, aku akan share dengan uols semua tentang aktiviti yang menarik yang kami buat tu dan tempat-tempat menarik yang akan kitaorang jejaki nanti di BALI.. semestinya bulan tu, penuh cite pasal BALI je la kat blog aku ni.. hehehe.. jangan uols muntah sudahh tengok kegedikan kitaorang kat sana sudahh hahaha...


Yang lebih menarik, aku nak share dengan uols ni, honeymoon package ni sebenarnya uols boleh dapat free, yes FREE!.. kalau uols join contest yang dianjurkan oleh ILuvTour dan ditaja oleh Tarreq Al-Jannah ini..



Contest link: HERE
Closing date: 15 September 2013

Organized By: ILuvTour
Sponsored By: Tarreq Al-Jannah

So, tunggu apa lagi, cepat buat entry pasal destinasi honeymoon impian uols.. mana tau dapat hadiah google search ranking ke? early entry ke? sebab grand prize aku punya dah hehehe ;)


p/s: all pictures without my watermark, credit to Google search.


Related Posts with Thumbnails