Friday, May 10, 2013

Homemade Murtabak Raja, From Kelate With Love....

Salam uols..


Wah wah tajuk bukan main kan.. sape kat sini pernah rasa murabak raja yang terkenal kat Kelantan tu? apa? tak pernah? rugi rugi uols.. hahaha.. kalau tak pernah, kena la cuba.. 



Lagi satu murtabak raja ni dimakan dengan pencicah jeruk bawang (macam dalam gambar).. jangan risau ni homemade punya.. 





Boleh buat stok untuk bulan puasa nanti sebab murtabak ni frozen tau.. kalau nak makan, just defrost dalam microwave, pasto goreng atas non-stick pan.. nak bakar dalam oven pon boleh cuma lambat skit garing.. aku memang sentiasa simpan stok murtabak ni kat rumah..



aku suka goreng dalam non-stick pan sebab cepat garing.. 



Kepada yang nak mendapatkan Murtabak Raja di sekitar lembah kelang, boleh la contact me kat no ni.. 019-9593125 (Whatsapp/SMS) atau email w.syima@gmail.com


Harga: RM16 (1 pc)


COD area: Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Seri Kembangan.
** Selain area ini, masih dipertimbangan dengan kos penghantaran atau depends pada jumlah order..

UPDATE: COD di area SHAH ALAM sahaja.



Friday, April 19, 2013

Pekasam...

Ini bukan pekasam ikan tu ye.. ni hadiah-hadiah yang jadi pekasam sebab dah lama terperuk dalam paperbag.. hahaha.. cuma pekasam ni bau sedap dan wangi.. hihii...


ok la, sebenarnya nak share pasal beberapa hadiah yang aku menang dari majalah. ada yang dah bagi kat umi, adik beradik dan kawan-kawan, tak sempat nak snap.. yang ni yang ada dengan aku sekarang.. hehehe..



Produk Clarins dari magazine mana dah lupa.. boleh guna time pergi holiday.. 



Yang ni dapat 2 set, satu nama aku satu lagi nama Ummi..
Kalau ikut menang dapat produk Hada Labo, tapi yang dapat Sunplay.. aku ok je.. 



won from EH magazine, April 2012.. 
yang ni surat sampai kat rumah lama, nasib baik ada cousin stay area sama so minta tolong dia pergi tengok surat ada ke tak.. orang cakap kalau rezeki tak ke mana..




won from GLAM magazine, bulan 10 tahun lepas tak salah.. tapi dapat lambat tak salah awal tahun kot..



yang ni tak sempat guna pon sebab dah expired 31 Mac lepas.. masa tu aku balik kampung sebab ada emergency case.. kalau ikut plan, memang nak pergi weekend terakhir bulan Mac tu tapi takde rezeki..




yang ni dah selamat menjadi hak milik ummi.. 


Jangan la sesapa cakap aku nak riak ke apa.. blog ni sebagai diari atau notepad aku untuk simpan segala kenangan aku especially dalam bab-bab berjalan atau bercuti dan juga hobi aku, join contest.. semua ni hanya sebagai catatan kenangan manis.. ni pon, tak semua kawan or family members yang tahu aku ada blog.. kawan baik aku sendiri pon, dah berbulan-bulan aku ada blog, baru dia terjumpa blog aku ni.. bukan aku nak berahsia, tapi segan hahaha.. 

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday: Mengapa Perlu Mengundi?

Sharing is caring ;)


Dah lupa cilok kat mana.. thanks kepada yang berkenaan.. 

Sunday, April 7, 2013

Assalamualaikum UOLS...

Apa khabar semua? hehehe... harap-harap uols sihat, happy dan bahagia dengan kehidupan masing-masing... ada tak yang rindu kat iols? hahahaha.. perasan kan.


Bila buka balik blog, the last entry was on 31 Jan kan.. Dah lebih 2 bulan tak tulis apa-apa kat sini. Bukannya takde cerita nak cerita tapi kerja banyak pastu campur dengan perasaan malas yang banyak.. hahaha.. sepanjang kehilangan iols ni pon, terlalu banyak benda yang berlaku.. ada yang manis dan ada yang pahit.. early of Feb, encik suami resign dan try to build his own business.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. 


Pastu end of Feb, pergi jalan-jalan ke Cameron Highlands.. pergi dengan 2 orang adik iols.. trip ni sebenarnya unplanned trip sebab ikut adik yang kena outstaion ke sana.. so tumpang sekaki sebab minyak, toll dan tempat tinggal free.. hahaha.. Kali terakhir ke Cameron tahun 2002 rasanya.. ok, iols share beberapa keping pic ok.. tak banyak pon pic yang diambil..







birthday present?? hahaha.. TQ encik suami...


Walaupon percutian yang singkat 2 hari 1 malam, tapi sangat best sebab boleh rileks, boleh berehat dari kerja-kerja yang tak pernah habis kan.. bolehla lupakan kejap dan enjoy the trip.. tapi Cameron dah banyak berubah kan.. mcm dah banyak pembangunan dan penerokaan hutan.. tak sejuk macam dulu-dulu..


Ok, lepas balik Cameron.. seminggu lepas tu kami ke Taiping sebab encik suami kena outstation ke sana.. first time rasanya sampai ke bandar Taiping ni.. sempat la kami pergi pekena mee udang Kuala Sepetang.. ok, not bad.. sedappp.. pastu pekena Yong Tau Foo yang memang femes kat sana.. 



mee udang Kuala Sepetang..


Masa kat Taiping, gambar mee udang je iols snap.. hahaha.. ni pon guna hp.. tapi sepanjang kat sana, ada la juga pergi Bukit Larut.. pastu pusing area Lake Garden yang sangat cantik itu.. memang cantik dan sangat best beriadah kat situ.. harap-harap Lake Garden tu akan kekal macam tu sampai bila-bila.. jangan la sape-sape yang 'rajin' sangat nak pergi buat pembangunan kat situ.. sayang sebab tempat tu nyaman, teratur, cantik.. orang Taiping mesti suka berphotoshoot kat sini kan kan.. hehehe..


ok la uols, nanti iols tulis lagi ye.. anggap la entry ni sebagai entry 'start engine'.. hahaha..

Related Posts with Thumbnails