Ok, kita sambung lagi cite Krabi ni sebelum aku dah tak ada masa nak mengarang. Deadline keje banyak dok kejar ni.. Next week dah ada cutover projek, settle satu.. ni tengah buat SIT.. banyak gila pending.. terasa nak pergi jalan-jalan lagi tapi keje banyak huhu..
Hari kedua kat Krabi aku join 4 Islands tour waktu siang dan pergi Krabi Town malamnya.. So aku separate buat Part 1 dan Part 2 ok. Untuk 4 Islands tour tu actually ada macam-macam pakej pulau yang uols boleh join. antara yang famous Phi-Phi Island tour, Hong Island tour dan 4 Islands tour ni.. tapi aku tengok Phi-Phi Islands tour mcm pack sangat plus aku nak ke Tup Island which is dalam pakej 4 Islands tour so aku amek pakej tu la.. Harga asal 1200 baht per pax tapi aku tawar dapat harga 1,000 baht per pax.. lebih kurang RM100.. actually semua tour ada keistimewaan masing-masing. So, kalau ada masa lebih, uols boleh je pergi semua tour tu or maybe next trip to Krabi try island tour lain plak ok.. trust me, islands tour or orang panggil island hopping ni adalah a must activity ye kalau ke Krabi.. rugi woo tak pergi sebab pulau-pulau kat Laut Andaman ni memang cantikkk ;)
Sebelum orang travel agent datang amek, haruslah kami keluar breakfast dulu.. aku memang tak amek breakfast kat hotel sebab kehalalannya makanan diragui, plus aku buat research ada banyak kedai muslim kat Aonang yang uols boleh terjah.. tapi silap kami sebab tak survey kedai terdekat malam sebelum tu.. sebab syok menghayati malam di Aonang.. hahaha.. boleh terima tak alasan aku ;p so, dalam pukul 8.00 pagi kami keluar ke jalan besar, 5 minit from hotel pastu tahan tuk-tuk minta dia bawakan ke kedai orang muslim.. lagi satu kat Krabi ni, tak ramai boleh cakap English.. pastu kalau muslim pon tak tahu cakap Melayu.. dah macam ayam nga itik.. hahaha.. nasib baik aku cakap muslim food dia faham terus dia bawa pergi area masjid Aonang..
Ni dah sampai Tup Island.. ni encik suami pergi letak selipar dia dalam speed boat tu sebab nak jalan kaki ayam je.. apa barang jalan kat pantai pakai selipar.. hahaha.. sebenarnya nak berjalan kat sandbank tu so kena la buka selipar mana ada orang harung air dengan selipar ;p
Gambar memang tak memberangsangkan sebab cuaca redup.. tapi kalau tengok real, memang sangat cantik seriously uols.. kalau ada rezeki lebih, aku memang nak repeat trip ni.. tapi mungkin ke Phuket plak sebab orang cakap Phuket pon ada pulau-pulau macam ni..
Poda Island
Ada cerita kelakar masa kat dalam speed boat time nak menuju ke Poda Island.. tour guide tu cakap la yang kita akan ke Poda Island.. in English, Poda means 'turtle' tapi cara dia sebut word turtle tu semua orang tak paham.. semua blur.. hahaha.. pastu dia buat gaya penyu tu kan.. baru aku paham.. hahaha.. tapi diorang friendly.. tak kisah pon sebab susah nak cari yang betul pandai cakap English kan.. aku sendiri pon tunggang-langgang hentam sudaa.. korang cakap Melayu tak penah betul sibuk nak betulkan English orang apa kess hihi.. atleast aku tau ada orang lagi teruk dari aku..hihi..
Welcome to Poda Island..
ape ek orang panggil kat belakang ek.. batu? ape ek.. cantik kan.. kat Krabi ni aku perasan memang banyak batu macam tu kan.. cantik semua...
Jalan-jalan tepi pantai tu jumpa akak ni.. dia jual somtam (kerabu betik) dan kerabu mangga.. macam tempting je tengok cili dia boleh? hahaha.. terus order..
Somtam wassap-wappi... pedas das-das-das.. ko tau berapa biji cili dia letak? 7 biji yek. T-U-J-U-H.. berasap mulut aku.. sebenarnya, somtam ni patutnya milik orang sebelum kami tapi disebabkan dia baik hati dia bagi kami dulu.. terima jela..hehehe.. tapi sedap gile.. aku memang suka somtam lagi dari kerabu mangga.. kalau kerabu mangga aku suka yang Malaysia punya style, letak sotong dan ikan bilis goreng..
Ni plak jual jagung bakar, sosej.. tapi aku tak beli pon..aku tengok dia pakai rantai besar gila kat leher so takut nak beli boleh? hihii.. tapi rupanya kedai sama je.. aku rasa abang ni laki akak tadi..
Order lagi.. kali ni amek kerabu mangga plak.. memang somtam tadi yang terbaik.. kali ni aku suh dia letak sebiji je cili.. cili kampung tau dia guna.. mana tak berasap lidah aku.. tapi sebiji macam tak pedas plak.. 60 baht sepinggan ni.. sama jugak somtam tadi.. standard harga kat pulau kan.. tapi kat area Aonang pon sama je.. malah ada yang lagi mahal.. Dok rilek borak borak pastu gelagat orang pastu gerak ke next pit stop dan juga yang terakhir, Railay Island yang popular dengan Phra Nang Cave..
Pastu kami jalan ke arah Phra Nang Cave tu.. actually kat situ ada tempat orang Buddha sembahyang.. tapi tak pasti plak macam mana rupa sebab aku tak masuk tengok pon.. Aku dok layan orang panjat batu-batu kat situ je.. best juga tengok diorang panjat..macam senang je.. ye ke? hahaha..
Tengok apa tu...
Pastu tengok pompuan ni panjat batu kat luar cave ni.. orang panggil ape ek aktiviti ni.. serius berani pompuan ni.. kalau aku dah menangis.. masa naik bukan main seksa aku tengok, nak kangkang sini nak kangkang sana.. masa turun.. main lompat-lompat je..
Gambar pompuan tu gambar last aku amek masa island trip tu sebab lepas tu hujan turun.. tak lebat pon tapi aku terus simpan kamera.. malas nak snap.. terus pergi ke speed boat sebab masa nak balik ke pangkal jalan dah hampir tiba.. huhu.. masa kat boat diorang ada serve buah tembikai, air mineral sepanjang masa.. pastu masa on the way balik, dorang ada bagi kek pisang dan kek kopi.. sedap la jugakk..
Berakhir la sudah island tour kami di 4 pulau yang awesome.. semuanya memberikan pengalaman yang berbeza.. yang penting kami sangat enjoy sepanjang hari.. trip bermula pukul 9.00 pagi berakhir sudah dalam pukul 3.00 petang..
Cite bersambung lagi.. malam tu kami ke Krabi Town.. nati sambung ek..
Hari kedua kat Krabi aku join 4 Islands tour waktu siang dan pergi Krabi Town malamnya.. So aku separate buat Part 1 dan Part 2 ok. Untuk 4 Islands tour tu actually ada macam-macam pakej pulau yang uols boleh join. antara yang famous Phi-Phi Island tour, Hong Island tour dan 4 Islands tour ni.. tapi aku tengok Phi-Phi Islands tour mcm pack sangat plus aku nak ke Tup Island which is dalam pakej 4 Islands tour so aku amek pakej tu la.. Harga asal 1200 baht per pax tapi aku tawar dapat harga 1,000 baht per pax.. lebih kurang RM100.. actually semua tour ada keistimewaan masing-masing. So, kalau ada masa lebih, uols boleh je pergi semua tour tu or maybe next trip to Krabi try island tour lain plak ok.. trust me, islands tour or orang panggil island hopping ni adalah a must activity ye kalau ke Krabi.. rugi woo tak pergi sebab pulau-pulau kat Laut Andaman ni memang cantikkk ;)
Sebelum orang travel agent datang amek, haruslah kami keluar breakfast dulu.. aku memang tak amek breakfast kat hotel sebab kehalalannya makanan diragui, plus aku buat research ada banyak kedai muslim kat Aonang yang uols boleh terjah.. tapi silap kami sebab tak survey kedai terdekat malam sebelum tu.. sebab syok menghayati malam di Aonang.. hahaha.. boleh terima tak alasan aku ;p so, dalam pukul 8.00 pagi kami keluar ke jalan besar, 5 minit from hotel pastu tahan tuk-tuk minta dia bawakan ke kedai orang muslim.. lagi satu kat Krabi ni, tak ramai boleh cakap English.. pastu kalau muslim pon tak tahu cakap Melayu.. dah macam ayam nga itik.. hahaha.. nasib baik aku cakap muslim food dia faham terus dia bawa pergi area masjid Aonang..
Amacam breakfast aku? siap ulam dengan sambal belacan lagi.. tapi aku berselera je makan macam ni pagi-pagi. Sebelah tu nasi minyak Thai atau aku panggil nasi komok. encik suami makan nasi campur.. dengan teh O ais. tak salah aku belas-belas ringgit jugak.. bagi aku agak mahal.. pastu aku tapau pulut ayam dengan pisang goreng nak ke pulau nanti..
Abe sayanggg, perut you mengancam la kahkah ampun ampun hihi
Lepak kat lobi sambil tunggu orang travel agent datang amek kami untuk ke pulau.. ingatkan dah terlambat sebab sampai hotel balik 8.45 pagi sebab kat resit suh tunggu around 8.30-8.45 am.. pakcik tuk-tuk yang bawa kami breakfast tu tunggu kami sampai habis breakfast dan hantar balik hotel.. aku tengok ada 3,4 couple gak dok tunggu travel agent masing-masing amek dorang.. sekali dia datang pukul 9 pagi.. penat woo kunyah dan telan laju-laju nasi tadi hahaha..
Masa dok menunggu tu aku dok panas punggung dah takut diorang dah datang ke kitaorang takde. so aku pergi kat receptionist minta tolong dia call person in-charge yang tertera kat resit tu.. rupa-rupanya diorang pergi amek orang lain dulu tapi cakap dah dekat nak sampai.. yela tu.. so aku jalan-jalan amik angin.. pergi tengok swimmimg pool dia.. kecik ajee..
kan best kalau dapat dok bilik pool access tu kan.. mahal skit la.. tapi tengok swimming pool dia takde la besar sangat so tak rasa ralat sangat.. alasan baik punya hehehe.. tapi kalau uols pergi stay kat HRH Penang, amek la bilik yang ada pool access tu.. hehehe.. siang malam dok berendam je..
Dalam 10 minit lepas tu, sampai kenderaan yang nak angkut kami ke Aonang Beach.. nanti naik speed boat kat Aonang Beach menuju pulau-pulau tu semua.. Sebelum tu aku nak share skit, 4 islands trip ni merangkumi 4 empat pulau..
1. Tup Island
Memang best sebab dia ada sandbank yang connect 2 pulau.. uols boleh jalan kat sandbanks pergi pulau yang satu lagi.. tapi still kena jalan dalam air tau.. tapi paras betis ke paha la.. kalau air pasang, boleh sampai ke paras dada orang dewasa, kalau aku mau tenggelam terus hihi..
2. Chicken Island
Tempat nak snorkeling...
3. Poda Island
Tempat nak rilek, mandi laut, snorkeling..
4. Railay Island (Phra Nang Cave)
Ada pantai cantik dengan cave yang cantik siap ada kumpulan boat yang menjual macam-macam makanan. Bak kata tour guide tu dah macam 7-Eleven semua ada..hehehe
Ni dah sampai Tup Island.. ni encik suami pergi letak selipar dia dalam speed boat tu sebab nak jalan kaki ayam je.. apa barang jalan kat pantai pakai selipar.. hahaha.. sebenarnya nak berjalan kat sandbank tu so kena la buka selipar mana ada orang harung air dengan selipar ;p
Uols jangan salah paham.. aku sebenarnya nak tunjuk orang tengah melintas laut haha.. boleh terima ke ayat ni? hahaha.. nampak takkk?
Ok gambar ni lagi jelas kot..
Masa aku tengok orang dok mengharung air tu aku dah tak sabar dah.. dah macam itik dapat air dah kekdahnyaaa hahaha ;)
Tak banyak gambar berdua kami kat sini.. mana yang offer nak tolong, kami terus bagi kamera.. macam leceh jugak nak minta tolong orang amekkan.. ada tu banyak gak gambar mcm tak jadi, gegar la.. oh ya, lupa nak bagitau uols, hari kitaorang pergi pulau tu, cuaca tak cerah sangat tapi tak hujan.. ada sekali sekala gerimis mengundang hihi.. cuaca redup je.. so sangat best.. yang tak best, gambar tak cantik.. tapi pemandangan hari tersebut sangat amazing.. aku memang suka pantai dan laut.. berenang je tak reti haha..
Awat muka awk mcm tu cik abe oii hihi.. senyum tak jadi ke malas nak senyum ;)
Ni aku edit pastu malas nak undo.. hahaha.. semua gambar orang tak cukup kain sebagai backdrop.. *redhajela*
Pastu minah tu snap lagi gayanya macam ni.. kamera cecah air.. tadah muka sudah dah orang tolong snap kan.. kebulatan perut awk terserlah yang.. hahaha..
saya nelayan bergaya mencari rezeki di tengah laut lalalala..
Bekal pulut ayam dan pisang goreng tu ikat kat beg.. Petang baru makan hahaha.. sebab trip ni dah ada lunch dalam pakej semua.. so takdenye ko berlapar.. masa aku beli pakej ni aku dah tanya muslim food ke? dia cakap yes sebab local people memang muslim..
Dihempas ombak rinduuuu hahaa..
Asyik gambar awk je.. saya nak jugokk
Layan perasaan yela tu padahal berlakon je lebih.. syoknya kalau everyday dapat tengok view laut macam ni.. rasa macam hilang segala masalah kan..
Ni masa nak balik ke pulau yang speed boat stop tu balik.. haruslah aku plak yang mencapap kat boat ni. uols tau tak word mencapap tu.. hahaha.. ni budak-budak sekolah aku dulu tau..
Masa perjalanan balik ke speed boat ni air dah makin naik.. dari paras betis dah ke paha kadang-kadang nak cecah ke bontot.. sebab tu encik suami pegang beg dia macam tu takut basah.. kalau uols nak, boleh beli beg galas kalis air kat area Aonang Beach, bersepahhh.. aku tak nak beli sebab mahal.. kedeks tak..hahaha..
Peace dulu nak tinggalkan Tup Island.. see ada orang meniru peace aku tu.. hahaha.. sibuk je ko hahaha.. kalau uols nak tahu yang buat peace tu tomboy, yang baju biru tu pondan.. pening pening hahaha.. kecelaruan identiti yang berleluasa..
Ok next pit stop was..
Chicken Island.
Ada rupa chicken tak? aku rasa rupa ayam belanda kan kan.. hehehe.. kat area sini la aku snorkeling tapi takde satu gambar aku tengah bersnorkeling sebab encik suami lupa nak snap.. angin aku..hahaha.. aku sorang je yang turun bersnorkeling tapi kejap je.. encik suami lupa snap tu maybe sebab aku kejap turun kejap naik kejap turun kejap naik.. tak syokk aku sorang je snorkeling encik suami dah start pening hahaha.. pastu yang lain mat salleh yang terer swimming.. lagipon air keruh skit time tu.. tak banyak ikan..
Pastu kitaorang pergi lunch kat pulau yang dekat nga Tup Island tu.. sebelah je.. pulau-pulau tu semua memang dekat-dekat je, kira macam 5 minit je..
Nampak tak restoran belakang aku tu.. klasik gitu semua kayu hehe.. haa kat situ la weols had our lunch.. sedap jugak chicken green curry, sayur kobis goreng dengan kepak ayam goreng.. best woo nasi dia bau wangi.. pastu sticky skit tapi aku boleh je makan.. sedapp.. gambar nan adoo lapar sangat tak menyempat nak kuarkan kamera pon hihi..
Lepas makan.. next island was
Ada cerita kelakar masa kat dalam speed boat time nak menuju ke Poda Island.. tour guide tu cakap la yang kita akan ke Poda Island.. in English, Poda means 'turtle' tapi cara dia sebut word turtle tu semua orang tak paham.. semua blur.. hahaha.. pastu dia buat gaya penyu tu kan.. baru aku paham.. hahaha.. tapi diorang friendly.. tak kisah pon sebab susah nak cari yang betul pandai cakap English kan.. aku sendiri pon tunggang-langgang hentam sudaa.. korang cakap Melayu tak penah betul sibuk nak betulkan English orang apa kess hihi.. atleast aku tau ada orang lagi teruk dari aku..hihi..
Welcome to Poda Island..
ape ek orang panggil kat belakang ek.. batu? ape ek.. cantik kan.. kat Krabi ni aku perasan memang banyak batu macam tu kan.. cantik semua...
Jalan-jalan tepi pantai tu jumpa akak ni.. dia jual somtam (kerabu betik) dan kerabu mangga.. macam tempting je tengok cili dia boleh? hahaha.. terus order..
Somtam wassap-wappi... pedas das-das-das.. ko tau berapa biji cili dia letak? 7 biji yek. T-U-J-U-H.. berasap mulut aku.. sebenarnya, somtam ni patutnya milik orang sebelum kami tapi disebabkan dia baik hati dia bagi kami dulu.. terima jela..hehehe.. tapi sedap gile.. aku memang suka somtam lagi dari kerabu mangga.. kalau kerabu mangga aku suka yang Malaysia punya style, letak sotong dan ikan bilis goreng..
Cantik kan kan...
Kami banyak rilek dan jalan kat area situ je kat pulau ni.. ada yang amek peluang mandi.. mat dan minah salleh dok berjemur tapi tak panas sangat pon..
Kan ada dah cakap.. batu-batuan macam ni memang banyak kat Krabi ni.. ada juga yang berani swimmimg sampai ke sana.. kalau aku pandai swimming nak juga aku ke sana.. hahaha..
Sepanjang pantai kat sini memang penuh dengan kedai bersampan macam ni.. Tour guide aku cakap semua ada, macam 7-Eleven.. dan almost kepunyaan orang muslim so tak payah risau.. yang tak bestnya, ada jugak yang jual beer walaupon muslim.. Dulu aku pergi Tioman pon, orang Melayu yang buka bar.. kalau dah bar, confirm jual benda tu kan..
Pastu kami jalan ke arah Phra Nang Cave tu.. actually kat situ ada tempat orang Buddha sembahyang.. tapi tak pasti plak macam mana rupa sebab aku tak masuk tengok pon.. Aku dok layan orang panjat batu-batu kat situ je.. best juga tengok diorang panjat..macam senang je.. ye ke? hahaha..
Tengok apa tu...
Ooo.. tengok ni rupanya.. hihi..
Pastu jalan menuju ke arah cave..
Layan tengok lelaki ni panjat batu tu semua..semua tengok tepuk tangan.. dia naik pakai tangan je.. nampak senang je tapi aku risau je batu tu pecah ke runtuh ke.. daya imaginasi aku memang over! haha ;)