Salam uols..
Susahnya nak dapatkan balik momentum berblog ni kalau dah lama tak menaip.. Ada orang suka meluahkan perasaan kat facebook, macam aku ni malas skit, kadang-kadang ada la jugak ter-up status ntah apa-apa tapi memang jarang. rasanya lebih suka bercerita kat sini... mungkin sebab tak ramai kawan yg kenal baca blog ni... memang tak ramai orang tahu aku ni ada blog, even encik suami pon jarang baca blog ni... hehehe..
ok, kepada yang email dan tanya aku pasal bisness shawl dan tudung aku tu, alhamdulillah semua masih berjalan lancar.. sebelum ni aku selalu je promote, tapi disebabkan busy yang teramat 2,3 minggu lepas, aku takde la promote beria sangat, cuma ada la letak sticky post.. so, kepada sapa-sapa yang berminat nak beli shawl half moon sakura dan qadheeja scarf, boleh la terjah my blogshop, Zalfa Online Store... aku ada restock shawl half moon tu so jangan lupa terjah ok.
Sepanjang aku senyap tu jugak, ada la rezeki skit dalam bercontest ni.. tapi just hadiah kecil-kecilan jela. Memang aku tak sempat pon nak join banyak-banyak. mana yang sempat aku join, mana yang kena effort lebih skit, aku memang ignore. hujung minggu pon tak lekat kat rumah.. rumah pon bersepah mengalahkan orang ada anak 10.. hahaha.. cuma masak memasak masih mcm biasa.. kalau rajin, aku masak, kalau malas aku ajak cik abe ke kedai hihi... masa family in law datang minggu lepas memang banyak masak kat rumah.. pastu berjalan ke rumah sedara mara dijamu makan lagi..
Hadiah saguhati bagi kategori utama sempena kempen Like pafe Pusat Pungutan Zakat. yang best dapat charger tu. tak dapat ipad, dapat charger pon jadi la hehehe.. dah selamat jadi milik cik abe.. so uols yang belum like page PPZ tu, jom like ramai-ramai.. banyak info pasal zakat yg dorang share.. hadiah-hadiah dari organizer lain nanti aku update lain kali laa.. ade yang dah sampai surat tapi belum pergi redeem..
2 minggu lepas, aku dapat invitation pergi Krabi oleh Tourism Selangor, tapi terpaksa tolak huhu... memang la bukan fully-sponsored. we have to pay half of the cost for the journey, tapi masih berbaloi.. just kena bayar RM600 untuk 5 days 4 nights..
Yang best journey ni akan bermula dari Shah Alam naik coach singgah Penang, pastu akan tidur satu malam kat Hatyai dan sampaila ke Krabi.. aku dah dapat bayangkan trip mesti best.. ruginya terpaksa tolak atas sebab tertentu.. nanti uols akan tahu sebabnya.. aku dah ada plan sendiri dah, dah hampir setahun plan takkan nak cancel pastu sesetengahnya dah bayar pon.. apapon, thanks to Tourism Selangor sebab sudi invite me :) kalau uols nak join aktiviti dorang seperti #TSDayOut ni, rajin-rajin la jenguk facebook or twitter dorang ok. Selalunya memang free tapi this time trip dorang luar Malaysia, so kena la bayar skit. for me RM600 tu memang dah cukup murah..
Then, nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kat kakak blogger kesayangan saya, Kak Ina KakikuSukaBerjalan atas pemberian header kat atas tu..
Terima kasih ye Kak Ina.. saya suka sangat. mungkin ianya ringkas tapi takde sapa boleh nilai 'harga' di sebalik keikhlasan orang yang memberi kecuali Allah SWT.. saya berbesar hati sangat-sangat..
Till then...
Terima kasih ye Kak Ina.. saya suka sangat. mungkin ianya ringkas tapi takde sapa boleh nilai 'harga' di sebalik keikhlasan orang yang memberi kecuali Allah SWT.. saya berbesar hati sangat-sangat..
Till then...