Sunday, January 29, 2012

Short Getaway - Melaka

Pagi semalam sambil2 lepak depan TV, aku cakap kat encik somi, jom pergi ke Melaka makan ikan bakar.


Then encik somi jawab "JOM!"


Apa lagi, terus bersiap la kan... hehehe...




















Pergi balik hari je. Bertolak dari KL pukul 3.30 petang, sampai Melaka 5.00 petang. Tu pon, singgah R&R Seremban isi minyak dan topup Touch & Go. Bertolak balik dalam pukul 11.50 mlm dari Melaka sampai KL pukul 1.15 pagi...


Minyak: RM50
Tol: RM16.50 x 2 (tak ingat amount sebenar tapi 16 something..)
Fridge magnet : RM10
Cencaluk sotong: RM10
Kerepek2, inang2: RM10 dapat 3...
Belacan bakar: RM3
Dinner @ Pengkalan Balak: RM63.80 (ikan siakap bakar, sotong celup tepung 2 ekor, kailan ikan masin, tomyam ayam, fresh oren, nescafe tarik, teh o ais, laichi kang)


Teringin nak pergi Pantai Klebang nak try coconut shake femes tu tapi tak sempatttt ;(

Saturday, January 14, 2012

Kerepek Ngaku Sedap ;)

Ni semua terpengaruh dengan kak nana :)



Ni hasil gorengan malam tadi..


Beli tak sampai sekilo pon. Saje sebab nak try sebab tengok kat blog kak nana macam sedap pastu terliur2..hahaha.. 


Memang sedap ;)


Masa tengah pilih buah ngaku ni atau nama omputihnya, arrow head.. ada sorang chinese tegur,


'You pon pandai makan buah ni?'


Aku senyum je..hehehe...


Pada yang tak tahu rupa buah ngaku sebelum goreng.. ni dia.. cilok dari blog kak nana..hihi.. 




Cuba la.. korang hiris halus2, pastu goreng. ala2 kerepek ubi dah.. sedappp...



Thursday, January 12, 2012

Giveaway 2 dalam 1 Oleh Blog Petaibududurian.

Aku rasa aku nak buat giveaway la ;)


Objektif utama sebab nak suruh korang like pic aku yang terpilih untuk merebut hadiah iPad 2 oleh Malaysia Travelpedia. Jadi dah nak minta tolong korang, orang kata orang berbudi kita berbahasa. Macam tak best la plak nak minta tolong free2 je kan. Walaupon hadiah ni bukan untuk semua tapi korang semua (yang meng-LIKE my pic) akan aku buat lucky draw untuk pilih peng-LIKE yang bertuah.


Cara-caranya..


1. Mula-mula korang like picture ni kat page Malaysia Travelpedia tu.

Ni link nya. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195603357184047&set=a.195602007184182.48703.195539147190468&type=3&theater

Kalau korang nampak pic ni betul la tuh...

Kalau klik pic atas ni pon akan terus direct pergi ke link yang kena like tu..


Tapi korang kena like kat link aku bagi tu yerk. Kalau salah like, kira batal penyertaan korang.. hehehe..


2. Lepas siap like pic aku tuh, korang kena buat simple entry pasal giveaway dan kena promote suruh orang like pic aku tadi tu. Make sure, dalam entry tu kena ada link Malaysia Travelpedia (http://www.facebook.com/malaysiatravelpedia) dan link pic aku ni - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195603357184047&set=a.195602007184182.48703.195539147190468&type=3&theater. Jangan lupa backlink ke entry ni ok.


3. Lepas dah siap buat entry, korang bagi link penyertaan korang yerk kat bahagian komen kat bawah. Jangan lupa bagi Facebook ID masing untuk proses 'pengecaman'..hehehe..


4. Untuk yang tiada blog, korang boleh gak like dan jangan lupa bagi facebook ID jugak. Kalau yang like guna id suami ke, isteri ke, adik beradik ke, sedara mara ke, sila bagi facebook ID kat ruangan komen ok.


5. Tarikh tutup: 29 Februari 2012. Ada lebih kurang 2 bulan dari sekarang.



Hadiah pulak akan ada 2 bahagian:


1. Bahagian pertama: lucky draw macam biasa. guna random.org.. Semua perserta berpeluang dapat hadiah ni..

2. Bahagian kedua: Referral tertinggi ( yang ni aku akan guna khidmat nuffnang dan statistic kat blogger). Yang ni  untuk yang ada facebook dan blog sahaja (yang like kat Fb dan buat entry pasal giveaway). Yang ada facebook, tak de blog, tidak dikira. Yang ada blog, tak ada facebook, tak leh join sebab GA ni untuk raih like/vote..


Sekarang, jom tengok hadiah2 yang bakal korang menangi.


Hadiah Lucky Draw:

Untuk 5 pemenang

2 x Topup RM10

&

2 key chain HK + 1 fridge magnet Langkawi



Hadiah Referral Tertinggi:

1 x Novel Ombak Rindu worth RM19.90




Ok... Good Luck semua ;)


p/s: Untuk yang dah like, just update dengan buat entry. Jgn lupa bagi link penyertaan dan facebook ID masing2 kat komen box ye...Yang tak nak buat entry tapi dah like, sila bagi facebook ID korang kat komen box gak. Senang aku nak trace ok..

Monday, January 9, 2012

My Guilty Pleasure ;)

Sila jamu mata yerk....



Yang periuk kuali nga sudip segala bagai tu, boleh installment 3 kali bayar. Tak payah la aku cakap total semua tapi memang berbaloi. Aku pernah guna kuali tu masa kat rumah cousin belah encik somi.. ternyata memang best dan rasa nak masak sedap2 membuak2.. haha.. Mana la tahu dengan ada perkakasan dapur sebegini rupa, mood memasak aku menjadi2.. Bukan la selama ni tak pernah masak, cuma aku rasa, kalo nak memotivasikan diri yang jarang ada masa nak memasak yang sedap2. yang simple2 tu no hal... alasan kah itu..hihi...

Katalog ade nga aku.. ada sape2 nak order gak ke? set pinggan, cawan semua ada.. Macam2 brand ade... Glance, Pie Rat, La Piana,Duralex, Pasabahce..mcm2 la lagi.




Second benda aku rembat 2 pasang kain semi sutra dari Puan Hana.. entah bile la nak jahit ni. Berazam nak jahit sebelum CNY sebab nak pakai masa balik kampung nanti..tapi.. sempat kee?




Longchamp Le Pliage
Small size with long handle


Last benda, beg dari sana, Perancis mai.. can't resist this bag.. tapi my color takde kat atas tu.. my color is orange. Walaupon bonus tak dapat lagi, harap leh cover nanti.. hihi.. tapi ni semua aku beli guna duit hasil jualan hadiah2 contest sebelum ni. Yang mana hadiah aku tak guna, aku jual dan beli apa yang aku suka.. macam cute mum, jual hadiah yang tak guna dan dapatkan barang idaman beliau.. best kan...


Bukan niat nak menunjuk2 tapi sebagai kenangan je.. sebab aku ni suka beli barang, pastu dah boring pakai jual balik.. takpon bagi kat orang. Yang dapat bonus tu, korang beli apa ye? share2 ye...
Related Posts with Thumbnails