Friday, January 21, 2011

JOM GEGAR BLOG



Jom join sama-sama



CEBE LTdL 2011 Sponsorship | Total Active Sdn Bhd.



What A Great Start!


 

UTUSAN MALAYSIA 19 Januari 2011
KOSMO 19 Januari 2011


Credit this pic here.

Temuramah by Astro Awani.

 Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM),
Abu Samah Wahab bersama penaja, CEBE Malaysia.


 Jurulatih baru team Malaysia, Graham Seers


 CEBE Malaysia and LTdL Malaysia team.


 Faiz dan Suhardi Hassan. Amacam bro pakai CEBE? hihi..
Boleh menang takkk?

 big bossesssss of CEBE Malaysia.

More info, click here and here.


Sila bagi satu spek CEBE free utk saya ye..hihi



Wednesday, January 19, 2011

Suatu Ketika Dulu…..1st Contest Bersama Annurkasehcollections



Due Date: 28 February 2011


Ini gambar yang dipertaruhkan...





suatu ketika dulu………….


  • Aku rindu geng aku, Chepah, Fazah, Zack, Ila, Yus..
  • Rindu kat Zarith @ Yeh @ Yah, kawan baik dari sekolah rendah - menengah.
  • Rindu budak kelas 1-3 Hajar dan 4-5 Fatimah.
  • Rindu dorm D1-1, D2-2 dan A2-4
  • Rindu kakak-kakak senior 1998/1999
  • Rindu kat Suhaila, Aini dan Niza.. walaupon kita tak geng tapi kita kawan rapat sangat dulu-dulu. Ingat takkk?
  • Aku rindu program mentor-mentee. 
  • Aku rindu program usrah kat musalla Rabiatul Adawiyah
  • Aku rindu nak makan durian beramai-ramai. Siap ada program durian-thon lagi.
  • Aku rindu nak makan maggi dalam cebok.. hihi
  • Aku rindu nak laung-laung kat budak suruh masuk dorm ready nak baca al-Mulk ramai-ramai sebelum tidur.
  • Rindu nak jogging pagi-pagi hari minggu.
  • Rindu nasi lemak dan mee goreng lepas prep malam.
  • Rindu nak study dekat tangga tgh-tgh malam. Siap bentang tikar tu.. hihi
  • Rindu kat adik-adik junior... serius rindu sebab kitaorg kan senior yang baikkk kan, kannn..
  • Rindu nak buli pakcik-pakcik (actually abang-abang tapi saja je kita org pakcik..hihi) dewan makan. 
  • Rindu nak makan pecal makcik dewan makan. Memang sedap.. sampai hari ni aku tak pernah rasa pecal kat tempat lain sesedap pecal dewan makan sekolah aku dulu.
  • Rindu segala-galanya pasal SCIPP....

Kalau nak senarai semua, aku rasa mau esok baru habis..


Aku nak ucapkan terima kasih kat annurkasehcollections sebab sudi buat contest menarik ni. Sedikit sebanyak terubat rindu aku kat kawan-kawan sekolah dulu.


Kalau nak join, klik kat sini.

Tuesday, January 18, 2011

1st misz-ella.blogspot Contest



Penganjur: Kak Chik @ Ella
Due Date: 18 January 2011


Here is the slogan task:


Saya suka membaca 'entry-entry' di misz-ella.blogspot kerana ..... (Tidak kurang dari 50 patah perkataan)


Sebelum saya menjawab slogan dengan panjang lebar, terimalah 3 rangkap pantun caca merba khas untuk Kak Chik.




Ok. Dah habis pantun,
kita bergurindam plakkkk untuk slogan khas untuk Kak Chik... hehe




 Dari Asam Masin Garam Kicap Manis Terus ke Dari Jari-Jari Halusku
Owner blog Kak Chik Nama Dipanggil,
Rajin Sungguh Kak Chik Menulis,
Pelbagai Entry Pelbagai Story Dikongsi.





Entry Ditulis sangat menarik
Ada yang lucu, ada yang sedih
Kalau nak lepas geram di blog Kak Chik bercerita
Happy moment tidak dilupa
Rasa tak jemu baca berkali
Terus terpikat letak di blog list.


Life as a mother dikongsi dicerita,
Hidup ceria ditemani Aiman anak teruna tersayang
Rasa bahagia ceria sokmo
Keluarga dan teman tidak dilupa.


Kak Chik memang seorang ibu cekal
Rajin memasak, sukakan kecantikan
Pelbagai menu dan masakan dikongsi dirasa
Terjah restoran rasa makanan jadi kesukaan
Suka habiskan masa dengan pelbagai aktiviti menarik
Rasa teruja rasa nak join jugak.










Bila baca entry pasal makanan,
Rasa terliur rasa nak rasa jugak
Bila baca entry pasal Kak Chik masak-masak
Kongsilah resepi saya nak cuba gak.. hehehe..



Nampaknya semua syarat sudah dipenuhi
Banner sudah diletak, backlink sudah dibuat
Komen jugak  diberi sudah
Harap-harap hati Kak Chik terpikat sama...



***************************************************

 
Makan roti dengan kaya
Harap-harap hadiah milik saya :):)


Sedap sungguh buah kuini
Sekian sahaja daripada blog ini ;p



Related Posts with Thumbnails