Thursday, August 30, 2012

Raya 2012



**credit to salju qaseh**

Assalamualaikum :)

Ni jek sekeping dua gambar raya pertama.. yang lain-lain masih dalam kamera orang lain. ni pon encik suami mana entah menghilang. oh ya, balik rumah nak membuang air, katanya kat rumah baru feel cis haha ;p kat dalam gambar atas tu kat rumah pakcik selang 3,4 rumah je dari rumah sendiri tapi dalam setahun boleh kira dengan jari berapa kali pergi. takpon, setahun 2 kali masa raya puasa dengan raya haji ahaks ;) biasalah kalau balik kampung cuti-cuti lain memang tak cukup masa nak jumpa semua orang even jiran sebelah rumah pon. tambah-tambah sekarang dah bekeluarga lagi la masa terhad kena bahagi dua.. huhuhu..


SELAMAT HARI RAYA uols :) banyak ke dapat invitation ke rumah terbuka. tahun ni aku tak terbuka hati lagi nak buat open house, tapi tak bermakna aku tak alu-alukan sapa-sapa yang nak datang. sapa-sapa nak datang, dipersilakan.. nak makan sedap, roger awal-awal, kalau tak jangan kata kek koklat, biskut raya pon tinggal debu-debu kasih jek.


opss, ada sekeping lagi gambar dalam handphone. 




Maaf zahir & batin...


Thursday, August 16, 2012

Dah Nak Balik Raya Dah..

Aku dah cuti hari ni tapi encik suami masih bekerja hari ni. so aku lepak rumah kemas apa yang patut. baju-baju yang mana kena gosok, aku dah gosok siap-siap tak payah la kat kampung nak gosok. tadi check fridge, banyak gila benda-benda yang kena buang. hahaha. macam-macam ada, maklumlah bulan puasa ni, semua benda nak simpan konon nak panaskan balik nak makan, sekali tak tersentuh pon.


Aku ni kalau nak ke mana-mana, nak tinggal rumah berhari-hari, memang aku kemas siap-siap rumah, buang apa yang patut so bila balik penat-penat tu tak de la rasa serabut sangat tengok rumah bersepah. Aku akan sapu satu rumah, kalau rajin, siap mop bagai sebelum tinggal..hehehe. Yang mana berdebu aku akan lap. Aku ni bukan nak cakap aku ni rajin, tapi lebih kepada pemalas tapi so untuk mengurangkan kerja aku bila balik rumah nanti, aku kemas siap-siap. Balik dari kampung nanti, confirm-confirm banyak lagi bawa barang, lagi banyak nak kemas.


Tadi, aku cakap dah gosok baju kan, dah hanger cantik dah. yang mana kena pack masuk beg dah susun cantik-cantik dah.Biskut raya pon dah susun nak masukkan dalam paper beg. Pendek kata, tunggu suamiku aje balik ambil aku terus bertolak balik. Mungkin buka puasa kat tengah jalan je. Confirm jem jalan nak balik kelantan ni. Every year memang jalan nak balik kelantan akan jem. Kalau pikir kan jem memang tak sanggup tapi bila pikirkan nak jumpa family, adik beradik dan kawan-kawan terus rasa semangat. Lagipon, encik suami yang banyak drive, aku jadi mem jek. hihi ;p


ok la uols, di kesempatan ni, aku dan suami ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata sepanjang kita kenal - tak kisah kenal di alam nyata or di alam maya, aku dan suami ada terkasar bahasa, tersalah cakap.. maafkan la kami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kepada yang akan balik kampung, drive carefully dan ingatlah orang tersayang yek :)


Selamat hari raya uols dan maaf zahir batin dari kami berdua.



Monday, August 13, 2012

Buka Puasa

Jumaat (10 Ogos 2012)

Jumaat lepas office buat buka puasa kat JW Marriott Hotel, KL. Teringat peristiwa tahun lepas masa nak beriftar kat Marriott, kitaorang (aku, encik suami dan his cousins) salah hotel. Mati-mati kitaorang ingat Marriott Putrajaya, sekali dah sampai kat area buffet ramadhan tu, kitaorang call makcik kitaorang nak tanya dok kat bahagian mana. Makcik aku jawab dok kat floor x (aku lupa floor mana) tepi poolside. Kitaorang dah confuse sebab kat Marriott Putrajaya, buffet ramadhan dia kat floor bawah. Sekali staff kat situ cakap, jangan-jangan Marriott KL kot. Bila dah confirm balik, memang sah Marriott KL. berkejar kitaorang ke sana.. Paham-paham je la jalan KL kan time-time dekat nak berbuka. Sampai-sampai tu orang dah berbuka puasa pon.


Punya la panjang intro kan. haha



Office aku book yang kat floor 4, which is RM69++ per head. Kat Marriott KL ada dua tempat buka puasa, satu kat poolside (lupa which floor) dan satu lagi kat 4th floor.



Ni kek birthday utk august babies.sponsored by the hotel.


Dari segi variety of foods, agak puas hati. Ada banyak juga choice. Ada nasi ayam, makanan ala kampung, masakan india, kambing panggang (my fav), rojak buah, kuih-muih, segala jenis dessert, segala jenis sup dan macam-macam la lagi. satu pic aku tak ambil sebab malas. hikhik. pic kat atas tu pon belas ehsan colleague aku. thank you kak haida :)


Ada cerita kelakar masa nak balik. Dah la masa nak pergi hotel, minyak kereta dah berkelip-kelip. Kalau nak kira, cukup je untuk sampai hotel dan balik rumah tapi paham jelah KL ni, selalu jem.. Tapi aku gamble je bawa dengan minyak berkelip-kelip tu. Alhamdulillah, sampai hotel dengan selamat. Masa tu, 2 orang colleague aku tumpang sekali. Dorang dah membebel dah dan dok kalut tanya - sempat ke, sempat ke.. Letih den nak jawab, hilang konsentrasi. hahaha ;p


Bila time balik, aku sesorang sebab kawan tadi dah tumpang orang pula sebab haluan kami berbeza. Aku memang dah ingat aku park kat mana. Tapi boleh tersesat-barat.. sebab parking kat situ memang confuse sebab aku park dekat Starhill mall tu tapi pergi cari kereta kat parking hotel. Nasib baik jumpa pak guard baik hati siap eskot aku sampai jumpa kereta aku.. wakakakakakakak! Serius kelakar. penat pon ye jugak, berpeluh-peluh ketiak weh..


Sabtu (11 Ogos 2012)


Aku demam yang teruk. Panas gila badan aku, siap aku letak towel berais lagi, lap satu body. Pastu, dengan batuk yang sangat hebat, selsema bagai - full package. Sebelum tu, dah 2 hari aku tak lalu masa bersahur, masa berbuka, biasa-biasa jek, takde la excited nak makan itu ini.Sebab tak tahan sangat dan lapar, aku buka puasa. Minum milo 2 mug, makan bubur 2 mangkuk (sedap padahal tak rasa sangat sebab selsema kan), makan ubat batuk pastu terus segar.. hahaha ;) badan dah makin sejuk. Sebelum tu dah mandi 2-3 kali dah..


Petang tu, my sister belanja buka puasa kat Flaming Steamboat kat Sunway. Memang puas hati, sebab boleh makan sepuas hati, pastu sedap berbaloi dengan harga - tak salah aku, RM28 per head. Tapi aku makan berpada-pada jugak le tapi memang banyak juga la makan. haha. Cakap je la makan banyak nak bertapis-tapis lagi. hahaha ;p 


Ahad (12 Ogos 2012)

Ahad buka puasa bersama office encik suami  dan kawan-kawan bos di Intekma Resort. Food? Tak best sangat, tak banyak choice. tapi for me, dah cukup mengenyangkan. Dah kau makan nasi sepinggan, bergelas-gelas sirap bandung, tak kenyang lagi?? hikhik..


Ni bukan kawan office encik suami, tapi geng2 bos sebab diorang join sekaki. Every year memang buat buka puasa sekali. Tahun ni, join office encik suami.. 2 dalam 1. Kawan-kawan bos, kawan-kawan encik suami juga. Gambar aku? Takde dalam group ni tapi ada dalam group office.. tapi takde sapa-sapa tag pon lagi.


Lepas bersurai, aku ajak encik suami pergi cari baju raya. Plan nak ke PKNS tapi entah mana tetiba tukar nak Jakel, nak tengok karpet la konon. Masuk-masuk dalam Jakel, terus pergi cari maju melayu encik suami, dapat la sepasang siap dengan samping, dan baju kurung untuk aku sepasang. Misi mencari sepasang lagi baju raya untuk aku..hehehe...


Aku suka Ramadhan dari Syawal... sebab Ramadhan sangat istimewaaa.. banyak kisah menarik.. Salam ramadhan uols :)


p/s: Uols dah bayar zakat ker? Uols tahu tak di samping bayar zakat, boleh dapat hadiah best. Click sini.


Friday, August 10, 2012

Iklan Bernas yang sangat menyentuh hati...



Nak 30 hari internet free? here.


Thursday, August 9, 2012

Online Order for McDonald's ;)

Kepada uols yang memang bz memanjang dan asyiklah dok mengadap internet 24/7, bolehlah cuba order McD secara online di https://www.mcdelivery.com.my


Register here.


ATTENTION! Choc Cookies Mak Aji's Oven Dah Sampai...

Kepada yang order Choc Cookies Mak Aji's Oven, cookies anda dah sampai.




Harap bersabar yek semua, akan ku contact dan balas email satu-satu.


P/S: Sape nak duit raya rm1k? click here.

Thursday, August 2, 2012

Why Parents Shouldn't SMS.





HAHAHAHA...

** credit to my boss ** 

Wednesday, August 1, 2012

Small Winning From Magazine..

Ini sebahagian hadiah yang sempat encik suami pergi redeem last week, ada 2-3 hadiah lagi yang belum sempat nak pergi redeeem. Kalau nak harapkan aku, lagi lambat nak pergi redeem.



Decibel perfume worth RM275 from EH! mag. Nama encik suami. 
Kebetulan perfume untuk lelaki so jadi hak milik dia le...



Sakae Sushi voucher worth RM100. Nama my cousin. Kemenangan dari Her World mag.
Ni kali kedua menang voucher yang sama. Yang dulu burn macam tu je sebab tak ada masa nak pergi (alasan semata-mata). Kali ni, insya Allah nak pergi try. Sedap ke ekk.. pernah try sushi king je.



Kemenangan atas nama sendiri - yang ni join Her World beauty awards online voting.
Dapat produk Heathcote & Ivory worth RM70.



Voucher Nine West worth RM100. T&C cakap kena redeem kasut je.
Tapi tak pergi redeem pon sebab kekangan masa. Nak pass kat orang lain pon tak boleh.


Ada 2,3 lagi menang dari magazine tak sempat nak pergi redeem sebab semua nama proxy. Nak kena ada surat baru boleh redeem. Kalau nama sendiri macam dah susah nak lekat. Apapon, alhamdulillah.. rezeki yang ada boleh share-share dengan family and friends.


Related Posts with Thumbnails