Tuesday, March 1, 2011

Refleksologi.

Korang pernah try refleksologi tak? Nowadays, kalau korang ke uptown, downtown area KL dan Selangor, ini adalah salah satu bisnes yang mendapat sambutan hangat kan.. especially urutan kaki. Aku tak pernah try lagi yang dekat uptown/uptown tu :( Teringin gak nak try tapi bagi aku agak mahal..hehehe..




Masa pergi Perak last week, aku dan hubby sempat terjah Gerbang Malam. Gerbang Malam ni macam uptown kat KL ni la. Orang cakap, kalau pergi Ipoh, tak lengkap kalau tak singgah Gerbang Malam. Dan... refleksologi memang macam cendawan tumbuh selepas hujan. merata-rata. 


 Yoe sedang diurut oleh Abang Din :)
Abang Din tengah pandang kamera tu...






Salah satu tempat releksologi urut kaki paling mendapat sambutan di Gerbang Malam - Abang Din Alawi. RM20 for 1 hour. Murah kan. Actually, sangat murahhh. Tapi kalau ada ibu-ibu yang mengandung, jangan pula gatal-gatal nak menurut kaki. Tak elokkk.


Selain urut kaki, korang boleh request urut one whole body. Diorang memang ada bilik khas nak berurut. Kalau ada ibu-ibu yang baru lepas bersalin, or baru keguguran nak beurut, boleh juga. Memang ada kakak@ makcik yang berkhidmat kat sini jugak. So, tak payah la nak malu kalau ada kalangan perempuan nak berurut.



Lagi satu tempat nak urut kaki, D' Halim Terapi Refleksologi. Ada banyak lagi tapi malas dah snap pic. Segan pon yeeee..hehehehe.


Aku pernah try twice refleksologi urutan kaki ni, sekali di Bangkok dan satu lagi masa kat Airport Bali. Yang kat Bangkok, urut-mengurut ni memang dah jadi industri kat di negara diorang sebab dah jadi sebahagian dari tarikan pelancong. Dan memang murahhh.


 Sebelum nak mengurut, dayang dayang spa basuh kaki kami dulu. Kasi clear dari anasir-anasir asing supaya sesi mengurut berjalan lancar...hehehehe. In this pic: Kak Aida dan Ru Yih, my officemates.


 Ada bilik special masa sesi mengurut tu. Aku layan sampai tertidur tidur..


Siap dapat tea dan biskut lagiiii :) Ni sebelum masuk bilik urut tu..


Tapi betul ke bagus refleksologi ni? Sah ke di sisi undang-undang... kira selamat ke kita nak try this service? Beurut memang bagus tapi maksud aku kat sini, bisnes ni yang memang tengah in ni memang banyak gila kot kat mana-mana. Selamat ke? Diiktiraf keee...


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails